31 January 2013

Simpanan Untuk Anak

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang hidup sederhana, makan dan minum semua cukup, cuma yang kurangnya dari segi wang atau duit. Kurang duit bukan la sesuatu yang isu besar kepada bapak dan mak aku. Bagi mereka, yang penting keperluan untuk makan, pakai dan tempat tinggal untuk anak-anaknya, sentiasa mencukupi. 

Walaupun kurang duit, rasanya mak aku tak pernah gagal untuk memberikan duit belanja sekolah sebanyak 20 sen kepada aku setiap hari. Dan, aku ada menyimpan duit tersebut di dalam tabung buluh, yang dibuat sendiri. Dan akhirnya, hasil dari tabungan ini dicampur dengan duit raya, aku pun telah membuka Akaun Nuri, di Bank Rakyat.

Di waktu itu, aku tak pasti sama ada wujudnya kesedaran atau mungkin atas faktor tidak mampu, keluarga aku tak menyediakan apa-apa simpanan khas untuk anak-anaknya.

Berbeza dengan situasi pada hari ini, keperluan dan kempen kerajaan sering kita dengar supaya mak bapak hendaklah menyediakan tabungan atau simpanan khas untuk anak-anak mereka. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan contoh terbaik kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi memastikan kejayaan SSPN ini, kerajaan telah memberikan pelepasan cukai mengikut kadar tertentu bagi yang menyimpan untuk anaknya dalam SSPN.

Bagi aku, ada 3 isu pokok berkaitan perkara ini, iaitu, satu, kesedaran ibu bapa dan kedua, keperluan untuk menyediakan, ketiga, kemampuan.

Ibu bapa tidaklah terikat untuk masuk dalam SSPN semata-mata, mungkin simpanan melalui Amanah Saham Didik atau menyertai program insuran yang mempunyai pelan simpanan untuk anak-anak.

Hakikatnya, kesedaran ini disokong dengan kemampuan, diikuti dengan keperluan. Suka atau tidak, ibu bapa pada hari ini perlu untuk mengambil langkah menyediakan tabungan untuk anaknya, khususnya untuk keperluan pendidikan.

Belajar dan Berfikir Menjadi Pemimpin

Aku telah terpilih untuk mengikuti satu seminar berkaitan 'thought leadership'. Speakernya hebat, seorang penulis buku iaitu Mr Robin Ryde. Mr R nie masih muda, berumur lingkungan 42 tahun. Dimaklumkan beliau seorang yang banyak memberikan ceramah di seluruh dunia, khususnya di negara-negara eropah.

Memang secara umumnya, aku agak blur dengan ilmu berkaitan thought leadership ini. Namun, bagi memastikan kehadiran aku berbaloi, aku cuba sebaik mungkin untuk memahami berkaitan perkara ini.

Thought leadership ini bermaksud corak kepimpinan berkaitan idea dan menajamkan cara pemikiran orang dalam sebuah organisasi untuk menjadi pemimpin. Susah sebenar aku nak faham, tapi lebih kurang inilah maksudnya.

Pembentangan dimulakan dengan 'the 4 circles Model of Leadership' yang mengandungi:
  1. Self - contohnya, kesedaran sendiri,
  2. Others - contohnya, making an impact
  3. Organisation - contohnya, structure, strategy
  4. Environment - contohnya, technology
Dalam memimpin, ada cabaran yang perlu dilihat lewat masa ini seperti :

Generation Y
  • Generasi ini membesar dalam dunia teknologi. Semuanya dihujung jari.
  • Hidup dalam dunia perniagaan yang selesa, boleh buat banyak bisnes dalam satu masa
  • Mereka berharap untuk dapat gaji yang baik, menyesuaikan kerjaya dengan kehidupan mereka berbanding menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja. 
  • Mereka tidak mengamalkan konsep hirarki.
  • Mereka berharap suara mereka didengar dan tidak takut untuk bersuara/bertanya.
  • Mereka suka dengan keseimbangan antara kerja dan kehidupan.
  • Mengamalkan budaya kerja yang dekat dengan nilai dirinya.  
Kewujudan Media Sosial
  • Facebook, blog, twitter merupakan medium sosial yang berkembang dengan sangat pantas dan jumlah penggunanya adalah sangat ramai, diseluruh dunia.
  • Media sosial ini telah mengurangkan birokrasi terutama dalam memberikan aduan.
Jika kita fikirkan perkara ini memang sedang berlaku di masa sekarang. Baik dimana, pemimpin dalam organisasi sepatutnya sedar akan cabaran ini untuk terus kekal relevan.

Susahnya nak tulis perkara yang kita separuh faham. Moga ada yang bermanfaat.

29 January 2013

Drama Melayu

Kali nie aku nak menulis berkaitan pemerhatian aku kepada penayangan drama melayu. Tapi jangan kata tak macho kalau tengok drama melayu, aku pun layan suka-suka je. Memang aku follow setiap siri yang ditayangkan, tapi tidaklah terikat untuk menonton sampai takut nak terlepas tayangan. 

Yang selalu aku tonton adalah siri Akasia, kat TV3. Akhir-akhir ini drama yang disiarkan banyak berdasarkan novel. Jika drama ini diadaptasi daripada novel, jalan ceritanya lebih kemas dan menarik. Tetapi, Aku tak pernah la baca novel yang diadaptasi, jadi aku tak boleh nak bandingkan sama ada jalan cerita yang didramakan sama atau tidak dengan novel. Namun, bukan semua drama yang diadaptasi akan sama 100% seperti yang ditulis di dalam novel. Penulis skrip pasti akan mengolah skrip mengikut kesesuaian untuk dilakonkan.

Apabila cerita drama berdasarkan novel, tema cinta agak dominan yang sering kita tonton. Ada yang cinta terhalang oleh keluarga, cinta terhalang disebabkan darjat dan macam-macam lagi. Dan satu aspek yang aku susah nak terima dalam kebanyakan drama adalah aspek kebetulan yang sangat kebetulan.

Contohnya, adegan terserempak dengan anak orang kaya, mula-mula nak minta tolong, pastu jadi couple, mula timbul perasaan tak puas hati pihak ketiga, yang menyimpan dendam. Belum masuk bab terserempak kat pasar raya, konon-konon baru balik kerja, tup-tup ternampak bekas awek yang dah kawin, sedang bergaduh dengan suaminya. Apalagi dia la jadi hero yang menolong.

Satu lagi, setiap drama mesti ada satu watak perempuan yang menjengkelkan, cinta dan sayang sangat-sangat dengan seorang jejaka, yang telah jatuh hati dengan orang lain, selalunya dengan heroin. Dia punya cinta sampai sanggup buat apa saja, ada yang sampai sanggup upah pembunuh, kira dah sampai tahap obses, yang akhirnya insaf.

Ini bukan bertujuan untuk merendahkan kualiti drama melayu, hakikatnya drama adalah gambaran kehidupan masyarakat kita. Ia dihasilkan untuk memberi hiburan, disamping menyelitkan nilai - nilai murni dan menunjukan sifat-sifat yang tidak patut kita contohi. Tetapi penceritaan yang lebih kemas, susunan plot yang meyakinkan, kurangkan elemen kebetulan dalam cerita, pada pandangan saya akan memberikan mutu yang baik dalam drama melayu yang dihasilkan.

23 January 2013

Quality Time

Aku suka bercakap soal kualiti, ramai orang yang suka bercakap soal kualiti. Ramai juga yang mementingkan kualiti. Contohnya, kualiti kerja dan kualiti produk.

Tak lari juga bila kita menyebut 'kualiti masa' atau 'masa yang berkualiti'. Bagi mendapatkan masa yang berkualiti, ia berkaitan dengan penjadualan atau penyusunan masa yang dibuat dalam satu hari atau dalam satu minggu. 

Masa yang berkualiti sebenarnya merujuk kepada kemampuan kita memperuntukkan masa yang tepat bagi menghasilkan sesuatu kerja. Contohnya, penyediaan kertas kerja. Jika kita merancang dengan baik dari segi timeline, disusun dan dibincang mengikut aturan, kertas kerja yang dihasilkan akan berkualiti. Ini bermakna kita juga telah menggunakan masa dengan berkualiti, dimana kita tak perlu memperuntukkan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.

Seeloknya, untuk mendapat masa yang berkualiti kita perlu tetapkan tempoh yang sesuai bagi menyiapkan tugasan tersebut. Mungkin akan berlaku adjustment diakhir tempoh yang diperuntukkan, tetapi ianya bertujuan untuk mengekalkan kualiti kerja. 

22 January 2013

Diari Kehidupan.

Dalam kita nak melakukan sesuatu perkara perlu ada perancangan...ayat klise kan. Dalam masa yang sama juga kita perlu rekod jadual harian kita. Sebab itu diari diciptakan. Ramai ke yang suka guna diari. agaknya ramai tak yang guna.

21 January 2013

Jangan yakin sangat harga yang dipamerkan.

Bukan setiap hari kita ada idea nak menulis. Kadang kita akan rasa kosong, tak tau apa yang nak ditulis. Sesetengah orang esp. blogger mempunyai keselesaan untuk berkongsi kisah kehidupannya, tapi tidak bagi aku.

Aku lebih selesa berkongsi pengalaman. Apa bezanya dengan berkongsi kisah kehidupan. Ikut kefahaman aku, pengalaman dan kisah kehidupan menjurus kepada perkara yang sama, yang membezakannya adalah perinciannya dan ilmu yang hendak kita sampaikan. Tamat.

Tesco atau Tesco Extra, sangat dikenali. Sapa tak kenal, memang duduk dalam hutan agaknya. Tesco adalah merupakan sebuah hypermarket. Di kawasan lembah klang, hampir semua bandar-bandar utama mempunyai cawangan Tesconya sendiri. Kalau dulu masa nak beli rumah, selalunya pemaju akan highlight hypermarket yang terdekat sebagai extra point kepada pembeli. Tapi sekarang, hypermarket pula yang dibina dikawasan yang telah lama dibangunkan. Dulu kita cari depa, la nie depa cari kita.

Minggu lepas aku telah pergi membeli barang keperluan di Tesco Extra Puchong, barang keperluan ini untuk aku bawa balik kampung untuk Mak aku. Aku selalunya alternate antara Tesco, Giant dan Mymydin. Sengaja, boring kalau stick kat satu je.

Nak jadi cerita, aku pun masuk kawasan beras dalam TESCO. Memang banyak pilihan beras yang ada dengan kepelbagaian harga. Pendek kata, tepuk dada tanya poket. Semua jenama ada, faiza, jati, rambutan, udang dan macam-macam lagi. dan aku telah bersetuju untuk beli beras cap rambutan (5% hancur), kategori beras siam. Sebabnya pembantu jualannya sibuk kempen suruh ambik, murah daripada biasa... dia cakap biasa depa jual RM35++, kali ni offer depa kasi RM24.88. Apa lagi, aku pun rasa harganya memang murah daripada biasa. Dah beli, angkat masuk troli dan pusing-pusing beli barangan lain.

Setelah selesai, beratur dan bayar barang yang dipilih dikaunter pembayaran, aku pun semak resit. Untuk double check harga barang yang telah aku bayar, tak banyak barang dibeli, dalam 10++ barang je.

Dan aku perasan harga beras yang dikenakan adalah sebanyak RM27.88. Eh, beza pulak dengan harga yang pembantu jualan tu bagi tau tadi masa kat dalam. Apa lagi aku pun bergegas ke Kaunter Perkhidmatan, dan aku ceritakan situasi berkaitan perbezaan harga antara yang dipamerkan di dalam dengan yang dicetak di dalam resit.

Petugas kaunter tu pun ambik resit, dan masuk ke dalam kawasan jualan Tesco. Aku tunggu kat kaunter tu je. lepas kurang 5-7 minit, petugas tu datang balik, dah menyerahkan duit kepada aku sebanyak RM4. Tapi yang tak bestnya, petugas tu langsung tak cakap apa-apa, mula-mula check kat dalam, balik, tekan-tekan mesin pengira dan pulangkan duit aku. Langsung tak bagi penjelasan apa yang berlaku, cumanya aku faham la yang Tesco telah tersalah harga antara kat dalam dengan sistem di kaunter bayaran.

Hak aku sebagai pengguna telah aku tunaikan, hak Tesco untuk membetulkan keadaan juga telah berlaku. Cuma ada beberapa pemerhatian yang aku rasa perlu dibuat ; 
  1. Eloknya petugas kaunter tu berikan sedikit penjelasan kepada customer, tak elok biar customer buat tafsiran sendiri. 
  2. Tesco perlu mengemaskini sistem dengan cepat antara harga yang dipamerkan dengan harga yang dimasukan dalam sistem adalah sama (yang ditag menggunakan bar kod).
Mungkin nasib aku baik sebab aku ingat harga yang dipamerkan dan perbezaan ini boleh dilaporkan. Tapi bagaimana dengan orang lain, yang beli banyak barang, penuh troli kadang-kadang tak perasan perbezaan antara harga yang dipamerkan dengan yang dicaj.

Nasihat aku kepada pembaca, jika shopping di hypermarket, pastikan anda bandingkan harga yang dipamer dengan harga yang dikenakan. Walau pun seringgit dua tapi ianya penting untuk pastikan pihak hypermarket prihatin dengan pengguna.

16 January 2013

Penakluk Dunia

Ciri - Ciri penakluk dunia adalah :
  • Daya Ketahanan diri
  • Penampilan menyakinkan
  • Kebijaksanaan berunding
  • Bertindak sebagai satu pasukan.
ni tambahan;
  • Mempunyai visi yang menarik,
  • keghairahan,
  • kepimpinan luar biasa,
  • kuasa motivasi,
  • rundingan berkesan,
  • daya ketahanan,
  • percaya kepada kemampuan tentera sebagai pasukan yang kental.