Bagi yang pernah membuat pinjaman bank, tak kira la sama ada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan mahupun pinjaman peribadi. Pastinya anda pernah mendengar berkaitan CCRIS. Ini adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System. Ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Kalau tak silap, sebelum ini, aku pernah beritahu bahawa CCRIS bukan eksklusif untuk dilihat oleh pihak bank sahaja, anda sebagai pengguna/peminjam juga boleh mendapatkan salinan CCRIS ini. Cuma, untuk dapatkan maklumat CCRIS ini anda perlu walk-in sendiri di Bank Negara. Lebih kurang sama, macam dapatkan penyata KWSP. Dengan ada salinan CCRIS ini, anda akan tahu maklumat kredit anda yang direkodkan secara rasmi oleh Bank Negara.
Baru-baru ini, aku telah pergi ke Bank Negara untuk mendapatkan salinan CCRIS aku. Ini merupakan pengalaman kedua aku, kebetulan pula aku punya masa lapang semasa lalu di hadapan Bank Negara.
Dalam masa yang sama, memang aku sedang dalam proses memohon pinjaman dengan Public Bank. Pinjaman kenderaan second hand. Hasil daripada semakan aku dalam CCRIS, memang rekod kredit aku baik, semua berstatus '0'. Maknanya aku seorang peminjam yang membayar hutang dari kaca mata bank. Sebab itu, loan aku dengan public bank hanya mengambil masa selama 3 hari je untuk lulus. Bukan niat nak poyo, tapi ini pentingnya untuk kita sentiasa menguruskan hutang, prinsipnya, Bayar ikut masa yang ditetapkan. Letakkan keutamaan untuk membayar kepada komitmen/hutang.
Tapi dalam masa yang sama, aku perasan dalam CCRIS menunjukkan aku masa aktif lagi menggunakan kad kredit Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Ikut rekod, kad kredit telah lama tamat tempoh, kalau tak silap masa tahun 2005 lagi. Aku pernah la guna satu dua kali kad kredit tersebut, dan setelah tamat tempoh kad itu, aku tak pohon pun kad yang baru. Seingat aku, memang aku pernah baca statement daripada BIMB, yang mengatakan aku ada tunggakan sebanyak RM0.72 sen. Masa tu, memang aku tak peduli pun pasal tunggakan tersebut.
Tapi tidak sekarang, kesedaran aku mengenai perkara menyebabkan aku membuat semakan dengan BIMB. Mula-mula aku call BIMB punya call centre. Dimaklumkan kes ini merupakan kes tunggakan, aku perlu merujuk sendiri ke Collection Department, BIMB. Setelah dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas, mereka memang sedar akan tunggakan tersebut tetapi katanya, tunggakkan tersebut telah diwaivekan. Sebelum tu, aku tanya, bagaimana untuk selesaikan tunggak ini. Pegawai BIMB tu tanya gak sama ada tengah proses buat pinjaman ke, dan aku bagitau setakat ini ianya tidak menjejaskan pertimbangan bank untuk luluskan pinjaman aku.
Dan akhirnya, pegawai BIMB tu memaklumkan mereka akan ambil tindakan untuk keluarkan maklumat ini daripada rekod CCRIS. dan aku pun sangat mengalu-alukan tindakan tersebut.
Disebalik pengalaman ini, apa yang hendak aku kongsikan, bank ini selalu lambat atau tak ambil tindakan langsung untuk keluarkan nama kita daripada senarai CCRIS, walaupun kita tidak lagi menggunakan kemudahan kredit dengan mereka. Sebab itu, aku sangat menyarankan untuk anda luangkan masa untuk dapatkan salinan CCRIS anda, terutama jika anda merancang untuk memohon pinjaman.
Bayangkan kes aku, setelah telah lebih 8 tahun, depa tak buat apa-apa, setelah aku semak, dan kemukakan komplen, baru nak ambil tindakan. Hakikatnya, tiada siapa yang akan menjada kepentingan anda, melainkan anda sendiri.