Minggu lepas, aku telah pergi ke Showroom Honda di Puchong. Kepada yang tak tau kat, mana kedai nya yang berhadapan dengan IOI Mall. Sebab utama aku pergi ke sana, untuk mengambil road tax kereta yang aku pakai. Setelah sampai disana, sales person yang biasa aku jumpa tu, siap cakap ' ini hari, showroom sudah macam pasar'.
Aku pun perasan, memang ramai orang kat dalam showroom pada masa tu. Sebenanrnya, aku ada terbaca satu berita yang Honda telah menetapkan harga baru bagi Model Jazz. Kalau tak silap, dulu harga Honda Jazz lebih daripada 100k. Sekarang harga baru depa jual 72k++. Perbezaan lebih 30k daripada harga asal. Depa cakap penurunan ini disebabkan Honda Jazz ini telah dipasang di Malaysia, Kilang Honda di Pegoh, Melaka.
Dulu Honda City pun macam tu jugak, lepas dipasang di Melaka, harganya lebih murah berbanding dibawa masuk setelah siap dipasang. Mungkin berlaku economics of scale kot, sebab tu harga jualannya lebih rendah. Soal kualiti, setakat yang aku dengar tidak jadi isu, maknanya walaupun dipasang di Malaysia, kualiti pemasangan masih mengekalkan standard asalnya.
Tapi cuma anda bayangkan, pada yang beli honda pada tahun 2012. Harga jualan pada itu, katakan 100k. Tup tup, 2013 depa turun harga jadi 72k. Memang rugi besar sapa yang terkena, kereta yang sama anda beli dengan harga yang lebih mahal. Silap-silap, baki hutang tahun 2013, lebih tinggi daripada harga jualan yang baru.
Sebelum ini aku pernah tulis berkaitan fat industry, ditambah pulak dengan penurunan harga kereta. Persediaan awal yang perlu kita hadapi adalah masalah kesesakan jalan raya, sebab semua orang menggunakan kereta. Silap-silap kesesakan akan menjadi bertambah teruk. Yang seronok, adalah pengedar kereta baru, penjual second hand car pula mungkin akan terkesan jugak dengan penurunan harga kereta nie.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.