- Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya mendedahkan seseorang kepada risiko keguguran rambut jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.
- Tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda.
- Dua faktor ini menyumbang kepada masalah fizikal (luaran) dan genetik. Faktor luaran termasuk pencemaran kimia seperti sebatian sintetik, bahan pengawet dalam produk penjagaan rambut, gas beracun seperti karbon monoksida dan hujan asid yang mengandungi asid sulfurik.
- Pencemaran biologi pula disebabkan jangkitan kulat, bakteria dan kuman lain dalam udara, sama ada di rumah atau tempat kerja, yang boleh menyebabkan kerosakan akar rambut.
- Kehilangan rambut juga boleh disebabkan faktor genetik dan ia sukar diatasi, tetapi kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak.
- Garis rentas menunjukkan rambut kerinting sebenarnya berbentuk segi tiga, manakala separa kerinting berbentuk lonjong dan bulat bagi rambut lurus. Mata sikat hendaklah tidak terlalu rapat kerana ia boleh mencederakan kulit kepala dan pembukaan liang akar rambut.
- Kehadiran liang ini menyebabkan permukaan kulit kepala menjadi tidak rata dan mata sikat yang terlalu rapat akan menghasilkan geseran atau daya tarikan berlebihan dipanggil traction alopecia yang menyebabkan keguguran rambut.
- Sebenarnya setiap akar rambut boleh kehilangan rambut beberapa kali dan bilangan ini berbeza antara individu. Setiap kali kehilangan rambut, akar rambut akan menghasilkan rambut baru sehingga kehilangan rambut terakhir kerana selepas itu, liang akar akan tertutup.
- Kecederaan pada liang akar rambut akan mendedahkan ia kepada jangkitan bakteria, kulat atau kuman lain akibat pencemaran. Geseran itu sama ada boleh membuatkan rambut putus atau gugur. Jika sekadar putus, rambut akan tumbuh semula tetapi jika akar rambut tercabut sama, tiada rambut akan tumbuh di tempat berkenaan.
- Tekanan di tempat kerja antara punca utama masalah keguguran rambut di kalangan lelaki dan wanita. Ada orang menyikat rambut berulang kali untuk meredakan tekanan kerja dan tabiat ini hanya akan merangsang masalah keguguran rambut.
- Setiap orang perlu memastikan akar rambut mendapat nutrien secukupnya. Malangnya, kesihatan rambut tidak banyak bergantung kepada diet seharian, sebaliknya ia perlu diberikan nutrien dari luar.
- Hampir 50% nutrien semula jadi, terutama daripada ekstrak pucuk tumbuhan primordial, boleh dimasukkan ke dalam akar rambut bagi mendapatkan rambut sihat dan bermaya.
- Paling penting, elakkan syampu yang banyak kandungan bahan kimia terutama ammonium (bahan pengawet sintetik) dan silikon kerana sebatian ini boleh mempercepatkan kerosakan akar rambut.
- Sebolehnya elak warnakan rambut. Jika terpaksa, gunakan bahan pewarna tanpa sebatian ammoniam silicon dan raksa. Pastikan ketika menyapu, bahan pewarna tidak terkena kulit kepada kerana jika terkena, walaupun sekejap, sudah mampu merosakkan akar rambut.
- Usah terlalu kerap menyikat rambut. Urat kulit kepala dengan jari bagi melancarkan aliran darah. Jangan sekali-kali mencuci rambut menggunakan sabun kerana kebanyakan sabun mengandungi sodium hidroksida, sebaliknya pilih syampu lembut yang bebas ammonium dan silikon.
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Yang baik pastinya dari Tuhan yang Esa dan yang buruk atas kelemahan kita. Mari kira bermuhasabah diri.
29 April 2011
PUNCA RAMBUT GUGUR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.