- Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 telah mula berkuatkuasa seawalnya pada 1 Disember 1955 (bagi negeri Kelantan) dan pada 1 Julai 1957 bagi Negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dan berikutnya bagi negeri-negeri lain.
- Sebelumnya setiap negeri menggunakan enakmen harta pusaka masing-masing dalam mengurus dan mentadbirkan harta pusaka kecil. Ini menyebabkan ketidak seragaman dalam proses kerja serta dirumitkan lagi dengan pemilikan harta si mati yang terletak di berbagai negeri, memberikan masalah yang besar kepada waris.
- Menyedari hakikat ini, maka Kerajaan Persekutuan memikirkan perlunya kepada satu undang-undang yang seragam untuk digunapakai di seluruh semenanjung.
- Kelahiran Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955, Akta 98, sebagai sebuah akta persekutuan, tidak segera menamatkan peranan Pentadbir Tanah Daerah dalam menjalankan tugas penyelesaian harta pusaka kecil, sehinggalah ianya berterusan untuk beberapa tahun kemudiannya.
- Pentakrifan pusaka kecil juga telah berubah mengikut perkembangan masa. Dengan nilaian harta berjumlah RM 10 ribu pada tahun 1974, kemudiannya telah dinaikkan ke RM 25 ribu, RM 50 ribu, RM 300 ribu, RM 600 ribu dan nilaian terakhir pusaka kecil sekarang ini ialah RM 2 juta.
- Kenaikan dalam nilaian hartanah semasa telah menjadi faktor penolak kepada kenaikan bidangkuasa pusaka kecil ini.
- Kegagalan menyelesaikan isu dan masalah harta pusaka kecil, bukan sahaja memberikan kesan terhadap sosial dan ekonomi keluarga dan masyarakat itu sendiri, malah boleh memberi impak terhadap ekonomi dan pembangunan negara.
- Isu tanah terbiar sering dikaitkan dengan masalah harta pusaka yang tidak selesai, dan ianya merupakan pembaziran sumber ekonomi negara yang penting.
- Sesetengah tanah pusaka sangat berpotensi untuk dibangunkan kerana terletak di lokasi yang strategik, namun disebabkan ketidak sefahaman waris dalam urusan pembahagian, ianya tinggal terbiar tidak dimanfaatkan.
- Kegagalan mengurus dan mentadbir tanah pusaka dengan sempurna akan menyebabkan keharmonian sesebuah keluarga akan tergugat dan akan menjadi halangan dalam usaha kerajaan ke arah membangunkan masyakat Malaysia sebagai sebuah ‘Masyarakat Penyayang’.
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Yang baik pastinya dari Tuhan yang Esa dan yang buruk atas kelemahan kita. Mari kira bermuhasabah diri.
04 May 2011
PENGURUSAN HARTA PUSAKA KECIL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.