18 May 2011

IKTIBAR DARI PENJARA


Sebuah kisah benar. Mengikut cerita seorang ustaz, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'na yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata, beliau seorang banduan yang tidak bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, Pengarah Penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi Jumaat.

Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku pada pagi esoknya, sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi itu.

Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti org dalam solat dan jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. Mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Nota : Kisah ini diambil daripada email berantai yang teman terima.
Walau apa pun kebenarannya, hanya ALLAH yang mengetahui.
Mari kita sentiasa bermuhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.