27 April 2011

CARA MENGATASI GEMENTAR KETIKA BERUCAP


Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ia boleh dilakukan di dalam situasi yang terancang seperti tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.
 
Pengucapan awam yang baik memerlukan seseorang perucap yang berpengetahuan (menguasai bidang, berpengetahuan luas dan sensitif pada topik), berkemahiran berucap (berkeupayaan untuk mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya) berkeyakinan (yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik) dan memperlihatkan peribadi/perwatakan yang baik (audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan gerak geri fizikal dan lain-lain).

Tips 1: Biasakan dengan ruang atau tempat berhujah.
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.

Tips 2:Kenalpasti Penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurang apabila anda berdiri di depan mereka nanti.

Tips 3:Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan.
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.

Tips 4:Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti, jika tidak anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat secukupnya.

Tips 5:Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan menyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan berasa lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya.

Tips 6: Yakini diri bahawa orang lain mahun anda berjaya menyampaikan ucapan.
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya persembahan dan ucapan anda mempunyai kriteria ini pastinya anda akan berjaya.

Tips 7:Jangan Memohon Maaf
Sekiranya anda menyatakan kegentaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda akan membuatkan penonton mengimbas kembali persembahan dan cuba mengenal pasti dimanakan kesilapan tersebut, Jangan sekali-kali melakukan perkara itu.

Tips 8:Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda beri penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.

Tips 9:Tukarkan perasaan gementar kepada Tenaga Positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.

Tips 10:Kutip Pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.

Nota; diambil dari artikel yang dibaca.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.