09 February 2011

PUISI SUAMI ISTERI

Kata Si Suami :


Isteriku
jika engkau bumi akulah matahari
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...


Jawap Si Isteri :

Suamiku,

andai kau memang mentari,

sang surya yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau berikan sinaranmu

kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan
aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...

AKAN TETAPI
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti
Cuba lihat siapa dirimu
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja !

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.