MASALAH TANDA HARGA
MENIPU SAIZ
Harga sama tetapi isinya kurang sudah menjadi lumrah sekarang. Barang yang dipamerkan secara besar-besaran juga belum tentu pembelian terbaik. Ia dibuat sedemikian disebabkan pekedai membeli banyak barang. Ia mungkin suatu tawaran yang baik atau sebaliknya. Satu cara untuk mengetahui penipuan ini ialah dengan membandingkan harga.
MUSLIHAT JENAMA
Syarikat besar membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyakinkan anda bahawa jenama mereka yang terbaik. Barang itu tidak selalunya lebih baik daripada jenama lain yang jauh lebih murah. Selalunya barang berjenama itu datang dari kilang yang sama, Cuma labelnya berbeza ketika keluar dari kilang.
CARI BARANG DI ATAS RAK
Barang berharga mahal biasanya diletakkan separas mata diatas rak, manakala barang murah ditempatkan sama ada di tempat tinggi atau paling rendah.
HARGA AYAM TURUN, BARANG DALAM TIN NAIK
Jika harga barang itu diturunkan di suatu kawasan, ia mungkin dinaikkan di tempat lain. Jika boleh, beli barang yang murah pada masa itu dan elakkan barang dinaikkan harganya.
Bersikap adil kepada diri dan keluarga. Tawaran yang tulen boleh dicari, tetapi anda perlu mencarinya bersungguh-sungguh, memerhati dengan penuh teliti bersama kalkulator ditangan. Pekedai mempunyai hak meletakkan harga barang jualan, kecuali bagi barang terkawal. Anda juga mempunyai hak mendapatkan tawaran lebih baik dan berjimat cermat.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.