PETUA 8P
P1 ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan;
P2 ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang;
P3 ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang;
P4 ialah 'Perhatian', dimana mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan;
P5 ialah mewakili 'persefahaman'
P6 membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
P7 adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
P8, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.