31 May 2012

KELAYAKAN MEMBUAT PINJAMAN BANK

Meminjam dengan bank untuk membeli rumah merupakan satu keperluan dan tindakan yang biasa diambil semua orang. Namun dalam urusan meminjam kita perlu mengambilkira jumlah pendapatan bulanan, jumlah komitmen dan hutang yang perlu ditanggung setiap bulan serta jumlah ansuran bulanan yang kita mampu untuk bayar.

Merujuk kepada soalan lazim, dalam banking info menyatakan :

....bayaran ansuran bulanan tidak seharusnya melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar bulanan anda. Dalam menilai keupayaan anda membuat pembayaran balik, institusi kewangan juga akan mengambil kira pembayaran balik hutang anda yang lain seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit....

Point utama disini adalah :
i.  1/3 daripada pendapatan kasar bulanan.
ii. Komitmen dan semua hutang perlu diambilkira.
(mulai tahun 2012, Bank Negara telah mengetatkan syarat pinjaman dengan mengambilkira pendapatan bersih sahaja)

Contoh;
Gaji sebulan = RM3,700. Hutang kereta: RM560.00 Kad Kredit:  RM100.
Gaji bersih = RM3,040.
1/3 daripada gaji bersih : RM1,013.

Berdasarkan contoh, jumlah bayaran ansuran yang layak untuk dipertimbangkan adalah sebanyak RM1,013 sebulan. Untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang layak dipohon, anda boleh gunakan kalkukator pinjaman perumahan. Jumlah pinjaman ini bergantung kepada tempoh pinjaman dan kadar interest yang ditentukan oleh Bank.

Ini merupakan panduan awal dalam proses menentukan harga rumah yang mampu dan patut anda beli. Pembelian diluar kemampuan perlu dielakkan, takut menyusahkan anda dikemudian hari. Semakan dengan pegawai bank yang menguruskan pinjaman sebenarnya boleh dibuat secara walk-in sahaja, tanpa perlu buat appointment.




30 May 2012

Satu Kepuasan

Bagaimana kita mahu mencari kepuasan. Kepuasan apa? kepuasan nafsu, kepuasan hidup dan macam-macam jenis kepuasan lagi. Hakikatnya untuk mencapai satu kepuasan tidak boleh diukur, ianya bersifat subjektif. Mencari kepuasan penting dalam memastikan kita sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. 


29 May 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA : MELAWAT KE MELAKA

Melaka sangat dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Melaka sering menjadi tumpuan pelancong dalam negara untuk berjalan-jalan bersama-sama keluarga. Aku juga telah berkesempatan untuk melawat ke negeri bersejarah ini. Lawatan ini adalah rentetan menghantar adik aku yang telah selamat berkahwin dengan orang Masjid Tanah, Melaka. Lokasi lawatan yang telah sempat aku kunjungi adalah seperti berikut :

Kawasan Pantai Pengkalan Balak
Aku tengok banyak chalet-chalet ditepi-tepi pantai. Rasanya kalau nak walk-in pun boleh. Konsep tempahan agak kurang sikit sebabnya chaletnya diuruskan oleh orang kampung. Lagipun jarang orang akan booking bila walk - in pun boleh, unless regular customer yang dah prefer chalet yang depa suka.Kat kawasan pantai ada la jugak jualan-jualan tapi tak banyak pilihan. 

Hang Tuah World Heritage Hotel
Aku dan keluarga telah menginap di hotel nie. Actually, kitaorang booking online guna agoda. nie pengalaman kedua, kita orang booking guna agoda. Kira boleh dipercayai la servis agoda. Semasa nak check-in, pengurusan hotel telah upgrade bilik ke Family Suite, instead of deluxe room yang aku booking. Maybe bilik deluxe dah abis kot.
Tapi keadaan biliknya tak best, macam tak berapa maintain je aku rasa. apa yang tak bestnya seperti :
- Tak ada peti ais
- Tak ada tong sampah
- lantai karpetnya basah dan menyebabkan bau busuk.
namun, kitaorang bersyukur sebab boleh tido dengan aman.

Asam Pedas Kota Laksamana
satu lagi lokasi yang patut dikunjungi untuk merasa masakan asam pedas melaka. Sesampai je kita orang kat kedai nie, memang ramai pengunjungnya. Servisnya agak baik, kitaorang tak perlu menunggu lama untuk makan.

Menara Taming Sari
Sekitar jam 10 pagi kitaorang telah membeli tiket untuk naik Menara Taming Sari. Harga tiket RM10/seorang. Tapi sekejap sangat, sekitar 7 minit je, memang tak puas la yang menikmati pemandangan sekitar bandar hilir.

Kota A Famosa
Tarikan utama di negeri melaka. Disini jika anda berminat untuk menaiki beca, banyak terdapat di kawasan hadapan A Famosa. Aku tak naik ke kota diatas sebab anak aku dah nak tido sangat. Nanti aku mesti aku naik ke atas kota tu.

Setahu aku masih ada lagi tempat-tempat menarik yang boleh aku lawati, tapi disebabkan masa yang singkat dan lagipun, mak perlukan rehat. Maybe lain kali kitaorang akan pergi lagi ke negeri Melaka.

28 May 2012

Rumah Subsale: Langkah 7 - Consent To Transfer and Consent To Charge

Semasa kita berurusan dalam membeli rumah, sila dapatkan status hartanah rumah yang anda berminat untuk beli. Biasanya agen akan maklumkan sama ada tanah tersebut berstatus freehold atau leasehold, kena dipastikan jua ianya master title atau individual title. Status ini penting untuk diketahui kerana peguam akan mengenakan charge mengikut status tanah tersebut.

Mengikut pengalaman, rumah yang aku beli berstatus leasehold dan telah dikeluarkan individual title. Di dalam geran yang dikeluarkan, dengan jelas menyatakan seperti berikut 'SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN: Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri'. 

Berdasarkan statement ini, pihak berkuasa negeri bermaksud Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah Galian Negeri yang menguruskan dan memberikan kelulusan mengikut proses yang ditetapkan. Setau aku memang ader pelbagai kelulusan yang pejabat ini akan diproses, ianya memang kes yang yang unik.

Terdapat dua proses kebenaran yang perlu dipohon ke Pejabat Tanah iaitu :

i. Consent to transfer (CTT)
CTT bermaksud kebenaran pindah milik tanah dari Penjual kepada Pembeli. Kedua-dua pihak perlu menandatangani Borang 14A yang telah siap diisi oleh Lawyer SPA. Kelulusan pindah milik ini membolehkan pindah milik boleh dilaksanakan daripada penjual kepada pembeli.   

ii. Consent to charge (CTC)
CTC pula bermaksud kebenaran gadaian. Kebenaran gadaian ini terpakai bagi kes pembelian yang melibatkan pinjaman dengan institusi kewangan. Ianya bertujuan untuk memelihara kepentingan institusi kewangan, pembeli tidak boleh sewenang-wenangnya menjual hartanah tersebut terutama bagi kes pembeli yang gagal membayar ansuran pinjaman bank. 

Proses memohon CTT dan CTC biasanya dilaksanakan oleh Lawyer S&P. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah : 
  1. Borang Permohonan Kebenaran Pindah milik dan gadaian yang telah diisi dan ditandatangani.
  2. Salinan sijil carian rasmi (geran tanah) yang diakui sah
  3. Salinan diakui sah Surat Perjanjian Jual Beli
  4. Salinan diakui sah surat pinjaman bank dari bank kepada pembeli
  5. Salinan Kad Pengenalan pembeli dan penjual yang diakui sah
  6. Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu tahun semasa yang diakui sah
  7. Wang bayaran permohonan.
Ada yang berpandangan tempoh kelulusan yang diberikan ini akan mengambil masa yang lama, tapi sebenarnya bergantung kepada bergantung kepada pindah milik dari siapa ke siapa. Jika dari bumi ke bumi, non-bumi ke non-bumi atau non-bumi ke bumi, biasanya kelulusannya lebih cepat. Tetapi jika bumi ke non-bumi, dikatakan prosesnya akan mengambil masa disebabkan memerlukan kelulusan di peringkat PTG Negeri dan Menteri Besar.

Disini lah perlunya kita selalu follow up dengan lawyer yang berurusan dengan pejabat tanah. Anda juga boleh menyemak sendiri dengan pejabat tanah, cuma anda kena dapatkan nombor fail permohonan sebagai rujukan. Anda boleh bergantung kepada pejabat lawyer, tetapi jika anda sendiri yang follow up sebenarnya juga penting terutama dalam mempercepatkan proses.

Harus diingat, jika permohonan kebenaran anda telah lulus tempoh 90 hari akan bermula untuk anda membuat bayaran (disbursement) kepada penjual. Nasihat aku tentukan bila tarikh akhir 90 hari tersebut. Jika dalam tempoh 90 hari anda masih belum membuat bayaran, anda boleh memohon lanjutan 30 hari dengan interest 10% per annum. 

Perkara-perkara ini sebenarnya penting untuk kita fahamim, walaupun ianya dilaksanakan oleh lawyer S&P. Apa yang aku nyatakan berdasarkan apa aku lalui dan pembacaan. Kekeliruan dan kesalahfahaman amat dikesali.

23 May 2012

Review : Mahabbah

Entah kenapa sejak dua menjak nie, aku banyak menonton drama melayu. Umumnya, menonton drama melayu nie ada daya tarikanya sendiri, cuma kita dianggap kekampungan jika suka tengok drama... macam makcik-makcik la... itu tu brand yang diberikan kepada penonton drama melayu.

Hakikatnya, jika kena jalan ceritanya, ramai yang suka dengan drama melayu. aku pun begitu, contohnya drama Mahabbah, satu drama yang seronok ditonton, ada pelbagai emosi seperti gembira, sedih, kesian, marah semasa kita menonton drama nie.

Walaupun lakonan pelakonnya biasa sahaja, tapi jalan cerita agak menarik. drama nie lebih berkisar kepada konflik keluarga yang mana orang kaya tidak boleh menerima orang biasa sebagai menantu/ahli keluarganya. Itu konflik utamanya, disitu timbul konflik yang lain seperti cemburu, dendam, tak puas hati dan anak yang tidak kasih sayang ibunya.

Selalunya drama melayu adalah cerminan kepada nilai yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini. Ianya memang berlaku dalam lingkaran masyarakat kita, oleh itu elok la ambik iktibar pada perkara-perkara yang kita rasa tak patut kita lakukan sebagai anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ayah.... fikir-fikirkan la.

22 May 2012

Review : Di Hamparan Shamrock

Fikiran aku bercelaru. tapi aku mahu melepaskan tekanan ini dengan menulis. bagus kan. hakikatnya kita jika tertekan, idea menulis akan semakin mencurah-curah. mudah disebut tapi betul ke?

Anda dah baca ke buku Di Hamparan Shamrock (DHS) yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Jamil. Seingat aku ini merupakan buku beliau yang ketiga yang aku pernah baca. Memang ustaz nie seorang yang pandai menulis, walaupun ruang lingkup tulisan hanya berkisarkan pengalamannya semasa belajar, semasa menuntut di luar negara. Kelebihan tulisannya, beliau pandai mengaitkan peristiwa atau pengalaman lampaunya dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada situasi tersebut.

Dalam DHS, penulis berpegang kepada prinsip bahawa beliau juga manusia biasa, yang mempunyai nasib malang atau dugaan hidup yang dilaluinya. Bagi beliau, untuk menjadi seorang yang kuat perlu tabah menghadapi dugaan. Antara yang terkesan emosi aku dalam dugaan yang beliau hadapi, adalah ketika beliau dipenjarakan disebabkan tinggal di negara orang melebihi tempoh yang dibenarkan. Walaupun sekejap, kena penjara bukan sesuatu yang menarik untuk dibayangkan, memang kita akan teringat semua orang yang tersayang. 

Walaupun beliau telah menamatkan kelas pengajian sarjana, tetapi beliau tidak layak dianugerahkan ijazah disebabkan ujian Hafalan Al-Quran yang belum selesai. Ujian ini tertangguh disebabkan perkara yang beliau sendiri tak dapat nak elakkan, namun perjuangan dan istiqomah beliau dalam menghadapi dugaan ini sangat mengagumkan.

Penceritaan mengenai persekitaran semasa beliau menjadi Imam di Belfast juga sangat menarik, di mana banyak peristiwa yang berkaitan dengan Islam yang bagi aku memang bagus untuk membuka minda kita. Contohnya, seperti pengalaman beliau mengislamkan masyarakat setempat yang telah mendapat hidayah untuk memeluk Islam, ketokohan dan kepimpinannya dengan latar belakang Islam yang kukuh sepatutnya dijadikan teladan.

Umumnya, satu kepuasan dalam membaca dan menghayati pengalaman yang ditempoh oleh penulis. Gaya penulisan yang santai juga merupakan faktor penarik.



18 May 2012

Rumah Sub Sale : Langkah 6 - Surat Tawaran Pinjaman

Dalam step ini , aku rasa ianya merupakan kesinambungan kepada Langkah 4 dan dilaksanakan serentak dengan langkah 5.

Dalam kes aku, setelah Alliance Bank meluluskan pinjaman yang aku pohon, aku terus bersetuju untuk menandatangani surat tawaran pinjaman yang dikeluarkan. Surat tawaran ini agak panjang jugak, tapi yang penting syarat atau condition yang ditawarkan sama dengan keperluan yang kita pohon tempoh hari. Maybe ada sedikit perbezaan, tapi jika anda rasa ok. takde masalah la kan.

Perkara penting yang aku tengok adalah seperti jumlah loan yang ditawarkan termasuk MRTA, interest yang ditawarkanlock-in period dan tempoh pinjaman. Jika anda telah sign surat tawaran ini, kira anda telah ada kontrak la dengan bank tersebut, dan anda tidak boleh la nak tukar pikiran pulak suka-suka hati je. Sebab tu kena fikir masak-masak dalam nak putuskan nak pinjam dari bank yang mana dan nak setuju dengan bank mane. Maybe ada kes yang dah sign tapi tak jadi, agaknya kena discuss balik dengan bank tu. aku takde pengalaman nak handle macam mane.

Dalam masa yang sama, anda boleh memilih lawyer mana yang akan menguruskan loan agreement anda dengan bank dan Lawyer ini mestilah panel kepada bank tersebut. Maknanya, peminjam kena setuju, Bank juga kena setuju dengan pelantikan lawyer tersebut. Kalu satu pihak tidak setuju, tak boleh proceed ngan lawyer tu.

Selepas selepas urusan sign, kita kena tunggu pengurusan bank untuk melantik lawyer yang dipersetujui untuk menguruskan loan agreement. Mengikut pengalaman, agak lama jugak menunggu pelantikan ini, hampir 3 minggu baru bank lantik lawyer tersebut. 

Jika bank lambat lantik lawyer loan agremeent, Lawyer SPA tidak boleh proceed untuk mohon consent to transfer (CTT) dan consent to charge (CTC) di Pejabat Tabah. Sebabnya dalam permohonan CTT dan CTC, perlu dikemukakan sekali Surat Tawaran Pinjaman yang telah dimatikan setem. Permohonan CTT dan CTC secara bersekali nie untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bagi hartanah leasehold yang telah ada title.