 |
| Sumber : Laman web TTPT. |
1 Disember 2012 yang lepas, yakni Sabtu minggu lepas aku telah melapangkan masa untuk pergi meninjau sales launching di Embun Residence, Taman Puncak Saujana, Kajang. Aku dapat tahu mengenai pelancaran rumah nie pun melalui surat khabar Berita Harian pada 30 November 2012.
Sebenarnya aku tidak berminat sangat untuk membeli rumah ini, sebab itu aku pergi waktu petang selepas selesai menghadiri satu kenduri kahwin di KL. Memandangkan masih banyak masa kitaorang pun gerak dari KL (area Jalan Semarak) ke Kajang.
Perjalanan dari KL ke Kajang melalui Cheras ikut lebuhraya Grand Saga. Laluan nie bukan laluan yang aku biasa guna, aku pun guna navigator dalam Galaxy Tab. Jika dari KL untuk sampai ke Kajang especially Taman Puncak Saujana ni hanya satu Tol sebanyak RM1 sahaja yang perlu dibayar. Apa yang nak aku sampaikan, jika beli rumah kat sini untuk berulang ke KL, kos TOL hanya RM1. Wah! agak bagus.
Tapi kalau dari segi trafik pulak, aku rasa memang akan sesak. Sebabnya dalam perjalanan aku dari KL ke Kajang, walaupun hari Sabtu volume kereta buleh dikatakan agak banyak. Cuba bayangkan jika waktu puncak, memang kenyang dengan jammed la kot.
Mula-mula agak berpusing-pusing jugak aku mencari kawasan Embun Residence nie, landmark yang aku ingat adalah TESCO Kajang, pastu atas sikit dari Saujana Impian. Laluan masuk ke taman nie menggunakan Taman Jenaris. Buleh la dikatakan taman nie agak kedalam sikit, tapi memang menghijau mata memandang... suasana yang sesuai untuk dijadikan kediaman. Tak jauh dari kawasan perumahan TTDI Groove, cuma ianya belah bawah sikit je.
Aku sampai lebih kurang dalam pukul 3.00 petang...waktu tu hujan renyai sikit. Aku tengok pengunjung pun tak berapa ramai, mungkin sebab dah petang. Wakil pemaju pun telah menerangkan serba sedikit mengenai pembangunan embun residence nie, basically pemaju sedang dalam proses piling tapi takde rumah contoh yang buleh dilihat. Lagipun, rumah ada hampir 15 layout... dari jenis A sampai ke jenis I/K... aku pun tak ingat. sebab tu agaknya pemaju tak buat rumah contoh kot.
Dalam banyak-banyak layout, yang jenis C yang paling banyak pemaju buat... rasanya sebanyal 150 unit daripada 300 unit. Rumah nie dikatakan berkonsepkan rumah bandar (townhouse) 4 tingkat... budak Sales tu cakap ibarat macam rumah apartment nie, cuma ianya 4 tingkat sahaja.
Satu unit rumah pemaju memang akan kasi 2 parking lot, dah siap ditetapkan kat mane lot unit bagi setiap unit rumah. dan perumahan ini besar kemungkinan berkonsepkan gated community sebab hanya ada satu jalan masuk sahaja. Dari segi harga berbeza mengikut jenis layout dan yang paling rendah adalah RM 225,750. tapi unit yang murah nie dikawasan belakang dan rasanya kat tingkat 3 dan 4 sahaja.
Budak Sales tu bagitau semua unit bawah (tingkat 1) memang telah abis dijual/booking. Bagi Unit tingkat 2 pula masih ada beberapa unit sahaja, dan aku telah tertarik dengan satu unit jenis C di Blok 8. Sebabnya blok 8 nie, lokasinya dibahagian depan dan dekat dengan surau. Harga bagi jenis C nie lebih RM238k++. Untuk booking aku kena bayar RM1k. Syaratnya jika tak jadi beli, pemaju akan pulang RM750 (jika belum sign S&P) atau RM500 (jika telah sign S&P). Dalam dok fikir punya fikir, unit tingkat 2 blok 8 tu telah dibooking oleh sorang pakcik kat meja sebelah je, melepas aku. Rasanya tu je last unit yang terbaik yang aku berkenan pada masa tu. Nak buat macam mana dah takde rezeki.
Ada lagi 3-4 unit tingkat 2, tapi lokasinya kat blok belakang dan ada juga jenis lain dengan harganya RM278K++ di Blok 9. Selebihnya memang tinggal tingkat 3 dan 4 sahaja, yang nie memang masih banyak lagi. Hampir semua blok pun masih ada. Jika ada yang berminat boleh call pemaju, TPPT Sdn Bhd.
Sudahnya, aku tak booking pun, cuma minta jadi waiting list jika ada yang tak jadi beli bagi unit tingkat 1 (bawah) atau tingkat 2 dan bagi jenis layout yang kurang dari RM250k. Pada asalnya aku tidak la berminat sangat nak beli rumah nie, sebab tu datang pun petang. Datang pun sekadar nak meninjau-ninjau, nak tengok bentuk rumah dan suka-suka je.. mengisi minat kat hartanah nie.
Tapi apa yang jadi, aku macam nak buat pembelian panik pulak, bila tengok ramai je yang dah booking. Dalam hati masa tu rugi kot bila aku tak booking, sekali takde unit yang berkenan. Bila aku pikir balik, pembelian aku nie lebih kepada untuk pelaburan (penyewaan), bukan untuk duduk sendiri dan aku tak mahir sangat dengan kawasan sekitar dan tak tahu prospek sewa bagi kawasan ini. Lagi satu, bila dah booking aku kena beri komitmen untuk dapatkan pinjaman dan ianya memerlukan fokus daripada aku. Lagipun aku ada plan besar untuk rumah di Puncak Jalil yang akan jadi rumah kediaman aku.
Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh beli. Walaupun aku tak jadi beli, ada ilmu tersirat yang aku perolehi. Ilmu yang paling asas yang aku perolehi adalah aku tau kat mana Taman Puncak saujana, Kajang. Aku tersenyum sendirian.