28 February 2013

Zakat Pendapatan

Berzakat merupakan rukun islam yang keempat. Ini bermaksud urusan membayar zakat merupakan ibadah yang wajib sebagai seorang muslim sama seperti menunaikan sembahyang lima waktu. Bila ianya adalah ibadah, pelaksanaannya bersifat urusan hamba dengan penciptanya, wajib dilaksanakan tapi jika tak laksanakan akan berdosa. Tiada penguatkuasaan yang jelas oleh sesama manusia, lebih kepada nasihat menasihati.

Baru ini aku telah berkunjung ke Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, urusannya mudah. Yang penting anda perlu bawa dokumen yang menunjukan jumlah pendapatan yang anda perolehi dalam tempoh satu tahun.

Bagi pembayar yang pertama kali, anda perlu mendaftar menggunakan no kad pengenalan dan berikan butiran seperti alamat rumah, bil anak dan emel. Kemudian, petugas di kaunter akan mengisi maklumat pendapatan tahunan anda serta komitmen seperti bayaran bulanan kepada ibubapa, bayaran yuran pengajian (jika ada) dan bayaran insuran takaful.

Selesai mengisi maklumat ini, anda akan mengetahui jumlah sebenar zakat yang perlu dibayar bagi tahun tersebut. Dimaklumkan juga jumlah haul nisab (pendapatan minima yang mewajibkan anda mengeluarkan zakat) adalah lebih kurang RM13k.

Walaupun jumlah yang ditaksirkan diketahui, tetapi Pusat Zakat tidak mendesak untuk anda membayar keseluruhan amaun tersebut. Terpulang kepada keputusan anda. Ini yang dikaitkan dengan 'konsep ibadah'. Jika anda ada kemampuan pada masa itu, bayar keseluruhan ataupun bayar satu jumlah yang kurang dan dibayar lagi bakinya pada masa hadapan. Potongan gaji secara bulanan pun boleh.

Selesai pembayaran, berlaku akad pemberi dan penerima. Moga wang zakat yang diberikan akan digunakan bagi membantu membangunkan masyarakat Islam yang layak menerimanya. Zakat ini juga merupakan sebuah pelaburan, pelaburan untuk akhirat.

Nota : entry sekadar berkongsi pengalaman, moga ada yang mendapat kefahaman.

2 comments:

  1. mohon pembetulan tuan. rasanya yang rm13k tu bukan haul, tapi nisab.
    haul adalah tempoh: cukup tempoh pendapatan itu setahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran.Saya telah betulkan.

      Delete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.