Diceritakan satu kisah;
........kita selalu bertindak seperti kisah Lukman Hakim, anaknya dan keldai, menuju ke satu destinasi. Lukman Hakim menaiki keldai manakala anaknya berjalan di belakang. Orang ramai yang memandang menyalahkan si bapa tidak bertimbang rasa kerana membiarkan anaknya berjalan sedangkan menaiki keldai.

........maka Lukman Hakim pun berjalan, dan menyuruh anaknya menaiki keldai. berkata pula orang lain, menyalahkan anaknya kerana membiarkan bapanya berjalan manakala si anak menaiki keldai. Maka Lukman Hakim dan anaknya sama-sama menunggang keldai itu.
.......Namun masih ada juga orang menyalahkan kedua-dua anak beranak itu kerana bertindak kejam tergamak menunggang keldai yang kecil sehingga terseksa. Akhirnya kedua-duanya berjalan bersama-sama dengan keldai itu.
.......Orang lain pun berkata juga, kebodohan kedua beranak kerana tidak menunggangi keldai tersebut.
Itu lah, hakikat kehidupan kita setiap hari. Walau apa jua yang kita lakukan pasti ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju, mahupun ada yang langsung tidak peduli.
Kebijaksanaan untuk memilih yang mana tindakan yang lebih baik adalah terletak di bahu kita, kita yang menentukan risiko sebab dan akibat.

Encik Syaifulrizal pun quote cerita ni kpd sy beberapa hari yg lalu. Selari la pemikiran korg.
ReplyDelete