28 February 2013

Zakat Pendapatan

Berzakat merupakan rukun islam yang keempat. Ini bermaksud urusan membayar zakat merupakan ibadah yang wajib sebagai seorang muslim sama seperti menunaikan sembahyang lima waktu. Bila ianya adalah ibadah, pelaksanaannya bersifat urusan hamba dengan penciptanya, wajib dilaksanakan tapi jika tak laksanakan akan berdosa. Tiada penguatkuasaan yang jelas oleh sesama manusia, lebih kepada nasihat menasihati.

Baru ini aku telah berkunjung ke Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, urusannya mudah. Yang penting anda perlu bawa dokumen yang menunjukan jumlah pendapatan yang anda perolehi dalam tempoh satu tahun.

Bagi pembayar yang pertama kali, anda perlu mendaftar menggunakan no kad pengenalan dan berikan butiran seperti alamat rumah, bil anak dan emel. Kemudian, petugas di kaunter akan mengisi maklumat pendapatan tahunan anda serta komitmen seperti bayaran bulanan kepada ibubapa, bayaran yuran pengajian (jika ada) dan bayaran insuran takaful.

Selesai mengisi maklumat ini, anda akan mengetahui jumlah sebenar zakat yang perlu dibayar bagi tahun tersebut. Dimaklumkan juga jumlah haul nisab (pendapatan minima yang mewajibkan anda mengeluarkan zakat) adalah lebih kurang RM13k.

Walaupun jumlah yang ditaksirkan diketahui, tetapi Pusat Zakat tidak mendesak untuk anda membayar keseluruhan amaun tersebut. Terpulang kepada keputusan anda. Ini yang dikaitkan dengan 'konsep ibadah'. Jika anda ada kemampuan pada masa itu, bayar keseluruhan ataupun bayar satu jumlah yang kurang dan dibayar lagi bakinya pada masa hadapan. Potongan gaji secara bulanan pun boleh.

Selesai pembayaran, berlaku akad pemberi dan penerima. Moga wang zakat yang diberikan akan digunakan bagi membantu membangunkan masyarakat Islam yang layak menerimanya. Zakat ini juga merupakan sebuah pelaburan, pelaburan untuk akhirat.

Nota : entry sekadar berkongsi pengalaman, moga ada yang mendapat kefahaman.

27 February 2013

Hidup Dalam Dunia Yang Serba Salah

Diceritakan satu kisah;

........kita selalu bertindak seperti kisah Lukman Hakim, anaknya dan keldai, menuju ke satu destinasi. Lukman Hakim menaiki keldai manakala anaknya berjalan di belakang. Orang ramai yang memandang menyalahkan si bapa tidak bertimbang rasa kerana membiarkan anaknya berjalan sedangkan menaiki keldai.

........maka Lukman Hakim pun berjalan, dan menyuruh anaknya menaiki keldai. berkata pula orang lain, menyalahkan anaknya kerana membiarkan bapanya berjalan manakala si anak menaiki keldai. Maka Lukman Hakim dan anaknya sama-sama menunggang keldai itu. 

.......Namun masih ada juga orang menyalahkan kedua-dua anak beranak itu kerana bertindak kejam tergamak menunggang keldai yang kecil sehingga terseksa. Akhirnya kedua-duanya berjalan bersama-sama dengan keldai itu.

.......Orang lain pun berkata juga, kebodohan kedua beranak kerana tidak menunggangi keldai tersebut.

Itu lah, hakikat kehidupan kita setiap hari. Walau apa jua yang kita lakukan pasti ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju, mahupun ada yang langsung tidak peduli.

Kebijaksanaan untuk memilih yang mana tindakan yang lebih baik adalah terletak di bahu kita, kita yang menentukan risiko sebab dan akibat.

25 February 2013

Iswara Make Over : Central Lock

Hujung minggu baru, aku telah meluangkan masa untuk meneruskan kerja-kerja make over Iswara aku. Ada la beberapa spare part yang aku nak ganti. Tapi masalahnya, aku tak pasti kedai accessories mana yang bagus di kawasan Puchong.

Meredah-redah jugak aku nak mencari kedai accessories nie, mula aku pergi sekitar Taman Puchong Utama, kat kawasan komersil bersebelahan dengan Carrefour. Aku berenti dan dah masuk nak tanya, malangnya tak sorang pun yang sudi nak melayan pertanyaan aku. Apa lagi, aku pun blah.

Kemudian aku pergi ke Taman Puchong Prima dan Taman Puchong Perdana, tapi tak jumpa kedai. Ada yang aku tapi tak menarik minat aku.

Last, aku singgah kedai kat kawasan Tesco Puchong, aku tak pasti lak Puchong. Aku tanya budak kedai, nak minta dia tengok central lock, dia kata mungkin main central kt pintu pemandu tu rosak, satu barang RM50. Minta kurang tak dapat, aku pun setuju je la.

Aku minta dia check, motor turun-naik cermin kereta, dan memang motor dah tak berfungsi. Kalau tukar, harganya RM85... minta kurang dapat RM80. dan last sekali, aku suruh dia pasang sticker hitam ke atas cermin, nak kasi kurang silau sikit. So total yang aku kena bayar adalah sebanyak RM140.

Budak bengkel minta boleh pula minta ngan aku bayar separuh kat dia, separuh lagi kat kaunter. Aku tak kisah, cuma aku agak budak nie nak songlap kot duit boss dia. Lepas tu aku tengok budak nie macam risau, tapi memang boss dia tak perasan, sampai satu gulong sticker hitam, dia boleh pulak tertinggal kat dalam kereta aku, kat bahagian belakang. Aku pun perasan setelah sampai ke rumah. 

Bagi korang la, patut tak aku pulang balik gulungan itu atau aku buat tak tau je. Bukan aku curi pun, budak bengkel tu yang salah letak. Nanti la aku fikir nak buat ape. Pasni, aku tunggu dan simpan bajet sikit untuk g cat lak, dalam RM1.5k.

22 February 2013

Bandar Rimbayu, IJM Land

Aku dapat SMS berkaitan proses pengundian Projek Bandar Rimbayu, Fasa 1. Undian ini akan diadakan pada 2 Mac 2013 di Holiday Villa, Subang. Pendaftaran jam 8.00 - 9.30 pagi. Bank Draf sebanyak RM10k perlu dibawa bersama.

Aku pun tak ingat masa bila aku daftar, tapi memang ada daftar. Bila check, dalam website dia, projek ini tak jauh dengan Kota Kemuning, bersebelahan. Tapi harga rumah, tak pulak dinyatakan. So aku masih tunggu dan lihat.

Update

Berdasarkan semakan aku forum, rumah yang dijual adalah :

Phase 1 will have double storey link houses:-

1. 22' x 75' (built-up area 2,179sf) from RM580,000 onwards

2. 24' x 75' (built-up area 2,322sf) from RM640,000 onwards  

Total unit : 526 unit  

21 February 2013

Iswara Make Over : Ganti Bonet

Aku ada sebuah Proton Iswara Aeroback. Proton Iswara aku nie berwarna merah. Aku mula beli iswara dalam tahun 2003, kalau tak silap. Aku ada tulis entry berkaitan jasa kereta ini kepada perjalanan hidup aku.

Kereta Iswara dibuat dalam tahun 1997, jadi umurnya sekarang lebih kurang 16 tahun. Tapi kereta tidak menjadi pengangkutan utama lagi, sebab aku bawa kereta lain untuk pergi kerja.

Iswara, banyak berehat di kawasan parking je. Ramai kawan-kawan tanya, kenapa tak jual je. Tapi aku sayang nak jual kereta, lagipun berapa sangat la harganya kalau kereta dah berusia 16 tahun. Mungkin harganya sekitar 5-6 ribu sahaja. Tak berbaloi pun kalau aku jual.

Condition engin kereta masih baik. Setakat 10 tahun, aku guna tak pernah lagi kes enjin mati ditengah mahupun enjin tak boleh stop. Cumanya, warna catnya telah agak pudar, sebab banyak sangat berjemur ditengah panas. Agak jugak part yang dah mula membengkung, nak bocor agaknya. Kat bonet enjin memang paling teruk sekali, sampai bila hujan air leh menitik di kawasan enjin.

Baru-baru, aku telah gantikan bonet enjin nie. Kos gantian ini lebih RM280 aje. Maka masalahnya bocor telah selesai. Lepas nie, aku ingat nak ganti central locking. Sekarang guna manual aje, dulu siap pakai remote lagi. Cermin tingkap kat sebelah penumpang depan, dah tak boleh nak turun dah. Ingat nak kena ganti motor kot.

Dah akhir sekali, aku plan nak cat balik dengan dengan warna asalnya, Merah. Sebabnya aku memang suka kereta yang berwarna merah. Aku dah survey kat bengkel, kos cat lebih kurang dalam RM1.5k sahaja.

Dan, aku merancang nak make-over kereta untuk mencantikkannya.

19 February 2013

Banjir di IOI Puchong

Hujan yang lebat semalam telah menyebabkan banjir kilat dikawasan Puchong, terutama di kawasan IOI. Nampaknya risiko banjir nie ada di mana-mana.

Aku tengok banyak jugak kereta yang tersadai. Memang naya sungguh, mesti depa ni terperangkap kat situ. Tak boleh nak buat ape. Redho je la. Banyak jugak belanjanye nak baiki, nak claim insuran rasanya tak cover.

Banjir kilat nie termasuk dalam kategori bencana alam. Ianya hanya berlaku dalam beberapa minit sahaja. Punca jumlah hujan yang luar biasa, ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak mampu menampung kadar limpahan hujan tersebut.

18 February 2013

Pelaburan Mana?

Yang sentiasa ditunggu
Awal tahun, biasanya agensi yang bertindak sebagai pemegang deposit akan mengumumkan kadar dividen yang akan dibayar kepada ahlinya. Ramai jugak yang mula berkira-kira untuk membelanjakan dividen tersebut.



TH juga memberi pulangan yang baik.

Tapi bagi aku, jika sekadar nak berbelanja bukan untuk tujuan pelaburan, mungkin eloknya gunakan duit yang lain selain daripada yang diperolehi daripada dividen ini. Biarkan duit ini terus meningkat.

Hanya yang mencarum sahaja yang akan dapat.


Nota : tepuk dada, tanya poket.

15 February 2013

Rumah Subsale : Langkah 9 - Urusan Pindah Milik Cukai Taksiran

Rasanya anda pun tau apa itu cukai pintu kan. Bagi yang kurang pasti, boleh anda rujuk entri yang pernah aku tulis sebelum ini.

Kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku dalam urusan tukar nama atau pindah milik dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam kes aku, rumah yang aku beli terletak di kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Langkah awal yang aku buat adalah dengan melayari laman web MPSJ bagi mencari maklumat berkaitan urusan pindah milik. Dalam masa yang sama aku berhasrat mencari jika ada borang yang perlu diisi.

Telahan aku benar, bagi urusan pindah milik, borang yang perlu diisi adalah Borang I: Notis Jualan atau Pindah Milik (Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976). Mungkin PBT yang lain, depa ada keluarkan borangnya sendiri. Nasihat aku, anda semak la dalam laman web PBT, dimana rumah yang anda beli.




Setelah lengkap borang ini diisi, antara dokumen yang perlu disediakan adalah salinan Sale and Purchase Agreement (S&P). Bagi mengelakkan kekurangan dokumen, aku nasihatkan sediakan juga salinan IC, Surat Kelulusan Pindah milik dan Salinan Geran yang baru.

Jangan lupa, pastikan anda ada maklumat cukai pintu bagi hartanah yang anda beli, jika ada salinan cukai pintu yang lama lagi bagus. Paling tidak, anda tau nombor akaunnya. Dengan adanya nombor akaun, anda boleh cetak resit cukai tersebut kat kaunter di MPSJ jugak. Dan sebelum tukar akaun, pihak PBT akan minta supaya anda jelaskan semua bayaran yang tertunggak. Selalunya dalam urusan pembelian rumah subsale, lawyer akan pastikan pemilik asal telah bayar cukai pintu ini, maknanya tiada la bil yang tertunggak. Unless, jika anda lambat menguruskan tukar nama.

Ikut pengalaman aku, urusan ini sebenarnya mudah. Dalam tempoh beberapa minit sahaja akan selesai. Ianya mudah sebab borang telah diisi lebih awal dan salinan dokumen yang disediakan dan yang diperlukan mencukupi. 

09 February 2013

Apa pilihan anda : Rumah lama atau rumah baru ?

Pertanyaan Email daripada Zal Madi :

".... saya nak tanya untuk rumah yang hendak dibeli,mana yang ok rumah yang telah lama diduduki atau rumah yang baru siap,maksud saya untuk buat sewa,sila bagi pandangan boleh."

Pandangan Saya :

Untuk menentukan yang mana lebih baik, sama ada rumah yang telah diduduki atau rumah baru siap, kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahannya. Yang pastinya, kelebihan dan kekurangan ini memang boleh kita atasi dengan sabar.

Rumah yang telah lama diduduki, selalu semasa proses pembelian kita sudah buat study mengenai kawasan perumahan tersebut, kita boleh agak permintaan sewanya. Kalau rajin survey, kita boleh tahu siapa prospek penyewa. Cuma, rumah yang telah diduduki ini, harga belian mungkin lebih tinggi daripada harga asal. Ini akan memberi kesan kepada jumlah sewa yang akan ditetapkan. Takut silap-silap jadi -ve cashflow pulak.

Berbeza pula dengan rumah baru. Semuanya serba baru. Tapi disini kita masih boleh study kawasan sekitarnya, seperti dekat dengan kilang tak, dekat dengan pusat bandar tak, ada public transport tak dan macam-macam lagi. Yang penting, kita kena faham kawasan perbandaran rumah yang hendak dibeli. Tapi untuk dapat rumah baru dikawasan yang baik, dengan harga yang rendah, memang susah, boleh dikatakan hampir mustahil. Jika lokasi bagus, mesti harga pun bagus jugak. Jika harga mahal, kena tau prospek penyewa, adakah jika kita letak sewa 1.5k sebulan, akan ada yang nak sewa. Semua ini kita

Sebenarnya tiada pendekatan yang standard dalam menentukan perkara ini. Apa penting kita kena tau serba serbi pasal kawasan rumah yang hendak dibeli, berapa bayar bulan-bulan dan berapa yang patut disewa. Kadang-kadang kalau kita detail sangat dan banyak sangat expectationnya, alamatnya tak payah teruskan urusan ini. 

08 February 2013

Ulasan Buku : Biografi Syed Mokhtar Albukhary


Aku telah baca buku ini, walaupun saat ulasan ini dibuat masih ada beberapa muka surat yang masih belum aku habiskan. Secara umumnya, dengan membaca biografi jutawanini, satu perkataan yang aku nak gambarkan 'inspiring'.

Buku ini bukan ditulis oleh Syed Mokhtar sendiri, tetapi oleh Premilla Mohanlall. Buku ini dijual agak murah, dengan RM19.90 di MPH. Satu pembelian yang berbaloi.

Setelah baca buku, aku rasa lebih mengenali siapa itu, Syed Mokhtar Albukhary. Sebelum ini, aku biasa dengar, selalu baca nama beliau di dalam surat khabar, terutama dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Syed Mokhtar juga dikenali sebagai seorang dermawan yang sentiasa membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Antara fakta-fakta utama yang aku nak kongsi hasil dari membaca biografi ini adalah :
  • Syed Mokhtar lahir dalam sebuah keluarga yang biasa, tetapi hidup dalam dunia berniaga. Memang dari kecil lagi beliau telah terdedah dengan dunia perniagaan.
  • Kesusahan hidup semasa kecil, menjadi beliau seorang yang sangat bersyukur. Kesyukurannya diterjemah dalam bentuk kerja amal yang dilakukannya.
  • Tanpa pelajaran formal sehingga ke U, beliau masih boleh berjaya dalam perniagaannya. Pengalaman perniagaan merupakan aset beliau yang sangat berharga.
  • Konsep hands-on atau buat sendiri, berniaga sendiri. Semasa bermula berniaga, semuanya beliau lakukan sendiri bersama beberapa orang rakan kongsinya.
  • Mempunyai perancangan yang strategik dalam memajukan perniagaannya. Beliau banyak menggunakan pendekatan perkongsian dengan orang cina dalam syarikatnya, ini membantunya untuk menembusi pasaran yang dikuasai oleh bangsa cina.
  • Pandai mengambil peluang. Ada antara perniagaan yang diceburi melibatkan kontrak dengan kerajaan, elemen beliau sebagai bumiputera sedikit sebanyak membantu beliau dalam perkara ini. 
  • Walaupun dibantu melalui DEB untuk mendapat kontrak/pinjaman, beliau tidak gagal untuk membayar balik pinjamannya. Ini melihat kesungguhan beliau menjaga nama baiknya.
  • Hubungan baik dengan pemimpin kerajaan juga sedikit sebanyak membantu beliau mendapat kontrak dengan kerajaan. Tetapi keupayaan beliau untuk 'deliver' juga faktor positif disebalik kejayaannya.
  • Dengan mengambil alih 3 korporat utama, MMC, Pernas (Tradewinds) dan DRB-HICOM beliau berjaya mengubah hala tuju 3 syarikat ini. Masa ambil alih syarikat, semua anak syarikatnya yang telah berjaya akan disusun dibawa 3 syarikat utama ini. Ini pendekatan orang yang pandai berniaga.
  • Restu ibu. Beliau akan melawat ibunya setiap bulan, setiap kali ada masalah beliau sentiasa merujuk dengan ibunya.
Ini adalah kisah kejayaan seorang jutawan. Walaupun, ada yang merasakan beliau tergolong dalam kelompok kroni tetapi keupayaan beliau mengurus untuk kekal berjaya sehingga hari ini membuktikan, keupayaan dan kemampuan beliau yang sebenarnya menjadi beliau seorang yang berjaya.

01 February 2013

Perjuangan

Dalam suasana dekat dengan PRU 13, macam-macam isu yang dibincangkan di dada akhbar tak kira akhbar nasional mahupun akhbar yang mirip kepada kepartian.

Semua orang bercakap soal perjuangan. Tak kira sama ada pemimpin politik, pemimpin NGO, pemimpin masyarakat. Tapi cuba kita kaji, sama ada mereka ini sebenarnya berjuang untuk apa dan untuk siapa? adakah berjuang untuk diri sendiri, berjuang untuk bangsa, berjuang untuk agama. Ataupun berjuang untuk berkuasa dalam macam-macam lagi.

Bagi aku, dua perjuangan yang penting, yang perlu disokong iaitu Berjuang untuk bangsa dan berjuang untuk agama.