Membeli barang adalah satu terapi minda yang sangat baik. Kita akan rasa bahagia dan juga akan mendapat satu kepuasan. Sebab itu, semua orang suka membeli belah. Tapi dalam proses membeli rumah bukan semua orang mempunyai kemampuan untuk membeli rumah secara tunai. Jika kita membeli secara tunai, proses pembeliannya akan lebih mudah dan menjimatkan banyak masa serta tenaga.
Walaubagaimanapun, kepada yang menggunakan pembiayaan pinjaman, ianya mungkin akan mengambil masa yang agak lama disebabkan proses permohonannya akan mengambil masa. Banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh peguam sebelum peguam menasihatkan bank untuk melepaskan duit pinjaman.
Dokumen umum yang perlu semasa memohon pinjaman bank adalah seperti berikut :
Salinan Kad Pengenalan Pembeli dan Penjual
Alamat terkini dan nombor perhubungan (rumah dan pejabat)
Salinan 3 bulan penyata bank
Salinan 3 bulan slip gaji
Salinan Borang J
Salinan Penyata KWSP yang terkini
Salinan geran rumah yang nak dibeli dan S&P yang lama
Setelah loan telah diluluskan, Bank's Solicitor's akan meminta penyata penebusan (redemption statement) daripada S&P Solicitor's. Ini bagi keadaan dimana penjual masih belum menjelaskan loan rumah tersebut dengan pihak bank.
S&P Solicitor's pula perlu mendapatkan penyata penebusan tersebut daripada bank tersebut (bank penjual). Dalam tempoh 1-2 minggu (bergantung kepada bank), redemption statement akan dikeluarkan oleh bank penjual.
Kemudian bank pembeli perlu menyediakan jumlah penebusan (redemption sum) mengikut jumlah redemption statement bank penjual. Proses ini akan mengambil masal 3 - 7 hari (atau lebih lama bergantung kepada dokumentasi/ tempoh pemprosesan oleh pihak bank).
Setelah mendapat cek bayaran daripada bank pembeli, bank penjual akan melepaskan dokumen seperti geran asal, discharge form dan duplicate form.
S&P Solicitor's akan mengemukakan dokumen ini kepada Bank's Solicitor's. Setelah mendapat dokumen tersebut, Bank's Solicitor's akan mengemukakan permohonan Memorandum of Transfer (MOT) - Borang 14A, charge form/discharge of charge kepada pejabat tanah yang berkaitan.
Bank pembeli akan mengeluarkan baki pinjaman setelah Bank's Solicitor's menasihatkan bank untuk berbuat demikian setelah pendaftaran kaveat telah selesai ke atas hartanah tersebut, pendaftaran MOT dan charge form dikemukakan kepada pejabat tanah.
Presentation of MOT means the perfection on the transfer of nama of the property title, from vendor to purchaser.
Bank pembeli akan mengeluarkan cek bayaran kepada bank's solicitor's. Kemudian, bank solicitor's akan mengeluarkan cek kepada S&P Solicitor's. Setelah berpuas hati, di mana penjual telah melaksanakan tunggakan seperti bil air, bil api, bil pembetungan dan bil penyelenggaraan, baru S&P Solicitor's akan membuat bayaran kepada penjual.
Semua urusan ini hanya melibatkan S&P solicitor's, bank's solicitor's, bank pembeli, bank penjual dan pejabat tanah. Selalunya sebagai pembeli dan penjual tidak terlibat secara langsung dalam proses ini, tapi pembeli kena selalu ambil tahu dan pantau. Sebabnya jika ada satu pihak yang lewat, keseluruhan proses akan lewat.
Nota : Maklumat mengenai proses ini diambil dari bicaralegal.blogspot.com. Ianya telah diolah mengikut kefahaman aku.