Tajuk memang tak ingat. Sudah menjadi kelaziman, setiap tahun aku pasti akan membeli kerepek di kawasan Sekinchan dan Sungai Besar, Selangor. Disini, sudah boleh dianggap sebagai Destinasi Kerepek. Sebab sepanjang jalan, kita boleh lihat gerai-gerai yang menjual kerepek dan kuih raya di kiri dan kanan jalan.
Aku tengok dalam tahun 2012, lebih banyak yang membuka gerai yang menjual pelbagai pilihan kerepek dan kuih raya. Pastinya akan memeningkan kita untuk memilih gerai yang mana yang menjual dengan harga yang murah dan rasa yang sedap.
Tiada tips yang boleh aku kongsikan, sebabnya aku pun masih try and error aje. Cuma selalunya, aku suka membeli kerepek di Masri Bahulu. Lokasi kedai dia, tidak jauh selepas pekan Sekinchan. Dalam 5km je rasanya. Kenapa, sebabnya kerepek yang dijual mempunyai rasa yang lebih baik ditambah mempunyai pelbagai perisa.
Ini cuma pilihan dan pandangan, lagipun aku tidak compare dengan semua penjual disepanjang jalan tu.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.