28 December 2012

Muhasabah Diri

Hari ini Jumaat, 28.12.2012, masih ada 3 hari lagi sebelum kita masuk tahun 2013. Masuk permulaan tahun yang baru. Topik khutbah jumaat hari yang aku dengar, berkaitan dengan muhasabah diri.

Secara umumnya, muhasabah diri ini lebih kepada menilai kembali perjalanan hidup yang telah kita lalui. Adakah kita telah mencapai matlamat yang kita sendiri tetapkan. Jika  dari sudut sebagai seorang muslim pula, kita perlu menilai semula amal ibadat yang kita lakukan, sama ada telah mencukupi sebagai hamba Allah atau kita masih leka dan hanyut dengan keseronokan dunia. Mana yang kita rasa kurang atau lemah, eloklah kita berazam untuk membaiki diri kita, bersempena pula dengan tahun baru masihi ini. Konsep muhasabah ini boleh je kita lakukan secara harian, ianya lebih bersifat mikro.

Jika aku imbas kembali, tahun 2012 banyak pencapaian yang aku perolehi, walau bagaimanapun masih ada yang perlu diperbaiki terutama dalam urusan aku dengan Yang Maha Esa. Dari segi karier pula, aku memang bersyukur dengan pendapatan yang aku perolehi sekarang, berada dalam kedudukan yang selesa disamping boleh berkongsi rezeki bersama kaum keluarga. Tapi untuk berada dalam kebebasan kewangan masih jauh lagi perjalanan.

Tahun ini juga aku telah memiliki sebuah rumah teres yang dibeli untuk tujuan kediaman sendiri. Semasa proses pembelian rumah ini, aku didedahkan dan lebih memahami liku-liku dan selok belok untuk membeli rumah atau hartanah secara subsale. Dan yang lebih menggembirakan aku, pengetahuan ini telah aku terjemahkan dalam bentuk penulisan di blog untuk bacaan secara umum. Penulisan mengenai pembelian secara subsale ini telah banyak menarik pembaca, dan ianya memberikan satu kepuasan kepada aku.

Dalam dunia penulisan blog pula, blog aku lebih menjurus kepada penulisan berkaitan pelaburan hartanah dan aku juga sering membaca blog dalam komuniti yang sama. Aku dapat rasakan minat aku dalam bidang hartanah ini memang sangat mengujakan. Walaupun sasaran aku untuk membeli rumah untuk pelaburan atau aku panggil House for Investment masih belum tercapai, tapi aku masih punya masa 1 tahun lagi untuk pastikan sasaran ini berjaya. Doakan lah.

Proses beli rumah subsale ini, telah membuka  minda aku untuk mula menyewakan apartment aku di Kajang, yang telah kosong selama 1 tahun (selepas dapat kunci dari pemaju). Sebenarnya aku sayang nak sewakan rumah tersebut, tapi aku tak berhasrat untuk tinggal. Last-last, aku sewakan juga. At least, bayar bulan-bulan aku guna duit sewa.

Satu perkara yang aku patut buat tapi masih tertangguh adalah menunaikan zakat. Moga aku mendapat kekuatan untuk menjalankannya. Amin.

21 December 2012

Jalan Masih Jammed Walaupun Cuti Sekolah

Kalau dulu waktu cuti sekolah jalan buleh dikatakan agak lengang, tetapi tak tau kenapa bulan disember 2012 walaupun cuti sekolah jalan masih jam. Kalau kita fikirkan memang ada banyak kemungkinannya, seperti :
  • Bilangan pemilik kereta yang sentiasa meningkat. Dengan promosi syarikat pengeluar kereta, masing-masing berlumba nak meningkatkan hasil jualan.
  • Semua orang beranggapan jalan lengang masa cuti sekolah, so boleh bawak kereta. Sudahnya, jumlah kereta lebih daripada biasa.
itu je la, komen aku. Apa komen anda ?

17 December 2012

D'Island, X2 Residency dan City of Green

Aku telah mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sambil meninjau peluang pelaburan hartanah di kawasan Puchong. Mula-mula aku masuk ikut Bandar Bukit Puchong, dan terus sampai ke D'Island. Wah! memang gempak gak perumahan D'island nie. Ibarat duduk di sebuah pulau, sebuah tasik yang indah. Agaknya cuma ada satu jalan masuk je kot. Harga rumah aku tak tau, tapi melihat kepada bentuk rumah mau berjuta agaknya.

Kemudian, aku lalu kat Taman Tasik Prima, masuk sampai ke Taman Mas Sepang. Aku mencari-cari arah ke sebuah kondo yang masih dalam pembinaan sebab buleh nampak dari jauh, aku jumpa la pejabat jualan Kondo iaitu X2 Residency. Tapi aku tak masuk pun, cuma tengok dari jauh. Aku rasa harga kondo nie memang mahal dan lokasinya tidak la menarik sangat. Bila tengok dalam iproperty harganya 739K.

Kat kawasan Puchong ada satu lagi kondo yang masih dibuka untuk jualan iaitu The Wharf. Bila aku search memang depa aku masih buat jualan, tapi harganya tetap jua aku tak tau... aku agak tak lari dari RM300k ++. Dalam iproperty harganya yang paling rendah adalah RM293,140.

Bila aku balik rumah nampak pulak banner kat jalan di Lebuhraya Sg Besi menuju ke Bukit Jalil, ada kondo yang dikenali sebagai City of Greens, juga aku tak pergi tengok kat pejabat jualan. Bila aku search kat internet, sudah banyak forum bagi yang bincangkan hartanah ini. Harga yang disebut dalam iproperty adalah RM699K.

Itu lah gambaran harga bagi hartanah baru dibina disekitar kawasan Puchong. Bagi aku harganya bukanlah harga yang mampu milik. Yang membeli agaknya memang mempunyai kemampuan atau pendapatan yang tinggi. Kalau kita tengok dari segi lokasi, tidaklah terlalu 'perdana' pun, ada je yang dibina dikawasan masih belum matang lagi.

12 December 2012

Takde Masa...

Bila aku tulis topik yang skema, aku tengok tak ramai yang sudi membacanya... tapi jika aku review berkaitan event atau tempat, ramai yang sudi singgah. tapi kadang-kadang kena tulis jugak hal-hal kehidupan nie.

Kali aku nak bincang berkaitan masa. Selalu kita akan dengar rungutan 'aku takde masa nak .....' ... 'tak sempat la, bz sikit la nie'. Itulah kenyataan yang selalu keluar dari mulut kita bila dikaitkan dengan masa. Asyik tak cukup masa sesaja.

Hakikat yang kita perlu sedar berkaitan masa, satu hari ada 24 jam, satu minggu ada 7 hari, satu tahun ada +-365 hari... memang tu je masa yang kita ada, tidak lebih dan tidak juga kurang. 

Salah satu perkara yang penting dan perlu kita uruskan adalah masa, mengurus masa sama seperti kita menguruskan kehidupan kita, nak bangun pukul berapa, nak bertolak pergi opis pukul berapa, nak balik umah pukul berapa dan nak tido pukul berapa... semuanya perlu ditentukan dan diuruskan. Selalunya kita akan berkomproni antara masa dengan aktiviti tersebut, tu yang selalu kita akan merasakan tidak cukup masa.

Dalam buku 'berani kaya', penulis ada menyatakan dalam sebuah kesibukannya beliau berjaya mengatur masanya sendiri.. aturan ini menyebabkan kita akan meletakkan keutamaan yang perkara yang patut diutamakan, mengemudian perkara yang boleh dikemudian atau yang boleh diesokkan.

Eloknya mari kita berdoa agar mempunyai masa. 

10 December 2012

The Big Bad Wolf Books, MIECC + The Mines

Semalam aku telah mengunjungi The Mines Shopping Centre, dan masa mula-mula nak masuk memang banyak kereta sampai jalan pun jammed. Agak teruk jugak la. Satu yang tak best kat kawasan the mines, jalan masuk dan jalan keluar di kawasan yang sama, takde jalan alternatif.

Aduh, aku pun sebenarnya terjebak dengan crowd yang pergi ke The Big Bad Wolf Books, sebabnya terpaksa parking dekat luar MIECC. Tapi kita orang tak pergi lak masuk kt jualan buku nie. Maklum je la, depa cakap banyak buku inggeris je, so tak menarik minat aku.

Dalam the mines, aku g kat level 4, plan nak survey telefon dan apa yang perasan telefon yang banyak kat pasaran adalah model SAMSUNG.. tak kira sama ada Galaxy Tab, Galaxy Note, Galaxy SIII, Galaxy Ace, Galaxy Young... dan itu yang aku ingat je la.

Kalu dulu NOKIA merupakan jenama yang dominan, sekarang tidak lagi...

08 December 2012

Sonic Cheverolet

Cheverolet baru, Sonic Sedan dan Sonic Hatchback telah dilancar oleh Naza Quest Sdn Bhd. Model sub-kompak ini dipasang di kiling milik General Motors di Rayong, Thailand.

Sonic Sedan - RM 76,888
Sonci Hatchback - RM 78,888

Kedua-dua varian menggunakan enjin ECOTEC 1.4 liter denam kelajuan dalam transmisi automatik. Terdapat 5 warna pilihan iaitu Black Sapphire, Royal Gray, Oceanic Blue, Switchbalde Silver dan Summit White.

apa lagi, sapa yang bercadang mencari kelainan boleh membeli kereta ini. satu lagi, Pandalela Rinong menggunakan kereta ini sebagai hadiah kemenangan pingat di olimpik.

07 December 2012

Bil Perkhidmatan Pembetungan

Bil Perkhidmatan Pembetungan atau lebih dikenali sebagai bil IWK adalah salah satu bil utiliti yang perlu kita bayar sebagai pengguna. Tapi selalunya, ramai yang yang ambil tak peduli dengan bil ini sebabnya kita tidak merasa secara sedar bahawa perkhidmatan ini telah disediakan. Sebab itu jugalah ramai yang tertunggak bil ini.

Satu lagi bil ini dikeluarkan setiap 3 bulan sekali, bagi unit apartment kos sebulan adalah sebanyak RM8. Baru-baru ini, aku telah menerima panggilan untuk membayar bil IWK dan jumlah yang telah tertunggak adalah sebanyak RM192. Jika aku bahagikan kepada RM8 bermakna tunggakan aku nie bagi tempoh 24 bulan. 24 bulan nie sama dengan 2 tahun. Wah! lamanya tak bayar.

Bayangkan dah 2 tahun aku tak bayar bil pembetungan, kalau bil eletrik dan bil air rasanya takkan tertunggak sampai 2 tahun. Lagi pun, aku tak terfikir ataupun tak rasa risau pun jika pihak IWK nak potong perkhidmatannya. dan aku pun tak tau sama ada IWK nie beri perkhidmatan atau tidak. 

Mungkin bila telah timbul bau-bauan yang tidak menyenangkan baru aku akan sedar kepentingan perkhidmatan ini. Ataupun bila kita flush, kumbahan tu tak hilang dan duduk bertakung kat toilet kita... baru ada akalkan.

Itulah nasib industri pembetungan kat negara kita. Bila terhantuk baru terngadah.