20 July 2012

Kertas dan Pokok

Aku selalu diingatkan supaya menggunakan kertas recycle.
Aku tanya balik kenapa nak gunakan kertas recycle.
kertas yang baru kan ada banyak.
Dimaklumkan, bila kita recycle kita akan mengurangkan penggunaan kertas,
secara tidak langsung mengurangkan penebangan pokok, sebab kertas dibuat daripada pokok.

Tapi aku lebih memikirkan sumbangan industri kertas kepada ekonomi negara,
maknanya bila kita banyak gunakan kertas, dengan pembelian kertas akan menggerakkan ekonomi negara supaya lebih cergas.

09 July 2012

WANG PERLU DIURUS



Setiap hari kita memerlukan wang. Untuk mendapatkan wang, kita perlu bekerja tidak kira sama ada kerja makan gaji, berniaga, mengambil upah atau melakukan pelbagai bentuk pekerjaaan yang lain. Semua pekerjaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan wang. 

Hakikatnya, kita menggunakan wang setiap hari, tetapi kebanyakkan kita akan mendapat wang secara bulanan kecuali sebilangan kecil yang mendapat wang setiap hari seperti peniaga. Disini perlunya kita menguruskan wang supaya wang yang diperolehi untuk satu bulan, dibahagikan penggunaannya untuk perbelanjaan setiap hari, dan juga untuk pembelian barang yang mahal seperti rumah dan kenderaan.

Pepatah melayu 'ukur baju dibadan sendiri', boleh kita praktiskan dalam kita mengurus wang. Selalunya bila kita dapat gaji, kita sentiasa berangan-angan untuk membeli segala macam keperluan tak kira makanan dan pakaian. Sepatutnya, kita perlu meletakkan keutamaan dalam menentukan perbelanjaan kita, tentukan jenis barang yang hendak dibeli dan kos yang perlu dibelanjakan.

Berbelanja melebihi kemampuan sebenarnya mengundang masalah dan boleh membawa kemurungan kepada kita. Ini selalu terjadi bila kita membeli mengikut hawa nafsu, tanpa perancangan. Pada peringkat awal, membeli barang adalah satu terapi yang baik kepada minda, tetapi ianya akan memberi tekanan jika kita kehabisan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti membeli makanan dan lain-lain barang keperluan.

Ramai dikalangan kita suka menyebut 'kita kena merancang perbelanjaan', tetapi hakikatnya berapa ramai yang benar-benar merancang perbelanjaannya. Aku sendiri suka merancang tetapi perancangan aku hanya tersimpan di minda sahaja. Sebaiknya ianya perlu ditulis, sebab perancangan diminda mudah untuk diubah.

Dalam menguruskan wang, aku akan pastikan setiap gaji akan mempunyai baki untuk simpanan sehinggalah mendapat gaji bagi bulan seterusnya. Untuk aku, ianya berhasil setakat ini tetapi bagi mengelakkan kita terpakai duit tersebut, pindahkan ke dalam satu akaun simpanan yang lain.

Kesimpulanya, kita perlu menguruskan wang melalui pendapatan kita. Menguruskan wang bukan bermakna kita kedekut sampaikan nak beli susu anak pun berkira, tetapi kita perlu mengetahui dan menyenaraikan keutamaan perbelanjaan kita. 

05 July 2012

BAYARAN UNTUK PINDAH MILIK NAMA

SITUASI

Nilofa telah mendapat kunci rumah barunya lebih kurang 2 bulan yang lalu. Baru-baru ini, lawyer S&P telah memaklumkan bahawa beliau perlu membuat bayaran untuk proses tukar nama di dalam geran (title) bagi rumah tersebut. Beliau merasa keliru, kerana beliau berpendapat semua proses ini sepatutnya telah selesai semasa pembelian rumah tersebut. Boleh tak anda terangkan berkaitan perkara ini.

PANDANGAN

Biasanya semasa pembelian rumah terutamanya rumah baru, geran rumah tersebut masih didalam master title. Setelah rumah tersebut siap, pemaju perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat pindah milik daripada master title kepada individual title iaitu daripada nama pemaju kepada nama pembeli.

Setelah kelulusan diperolehi individual title ini diperolehi, pemaju akan memaklumkan kepada peguamnya untuk menguruskan proses tukar nama bagi membolehkan geran baru dikeluarkan ke atas nama pembeli. Peguam akan menghubungi pembeli dan sememangnya kos tukar nama ini perlu ditanggung oleh pembeli. Transaksi ini tidak berlaku semasa urusan pembelian rumah tempoh hari, maka kos yang perlu dibayar adalah berbeza dengan kos yang dibayar semasa urusan pembelian.

04 July 2012

PENJUAL ENGGAN MENYERAHKAN S&P

Situasi
 
Katakanlah Hariz hendak menjual sebuah rumah dan mengikut S&P asal, harga belian rumah tersebut adalah sebanyak RM100,000. Selepas 1 tahun, Hariz bercadang untuk menjual rumah tersebut pada harga RM190,000 dengan sedikit renovation yang telah dibuatnya. Market value rumah dikawasan berkenaan adalah sekitar RM170,000-200,000. Hariz masih memikirkan sama ada :
 
i. Perlukah beliau menyerahkan S&P asal kepada pembeli untuk digunakan dalam urusan permohonan pinjaman bank (bank loan application) dan urusan penyediaan S&P oleh lawyer kerana beliau tidak mahu pembeli mengetahui harga belian rumah tersebut.
 
ii. Boleh atau tidak beliau padamkan harga belian dalam salinan S&P tersebut.
 
Hariz bercadang untuk menjual rumah tersebut dengan harga sama dengan market value atau lebih sikit memandangkan ramai yang berminat untuk membeli rumah tersebut.
 
Pandangan :
 
Berdasarkan situasi ini, terdapat beberapa isu yang perlu diperhalusi dan difahami. Isu utamanya disini :  
  • Hariz ingin menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga belian asal. Kemungkinan harga jualannya lebih tinggi daripada nilai pasaran rumah tersebut. 
  • Hariz tidak mahu menyerahkan salinan S&P asal rumah kepada bakal pembelinya bagi mengelakkan pembeli mengetahui keuntungan yang bakal diperolehinya. Disebabkan pembeli mengetahui harga belian asal rumah tersebut.
  • Sekiranya perlu juga menyerahkan salinan S&P, Hariz bercadang untuk memadamkan harga belian dalam salinan S&P tersebut.  
Hakikatnya, adalah menjadi hak penjual untuk meletakkan berapa harga jualan bagi rumah yang hendak dijual. Tiada masalah bagi perkara ini. Cuma risiko yang mungkin berlaku, tiada siapa yang berminat untuk membeli atau jika ada yang berminat, kemungkinan akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman. Masalah akan selesai jika pembeli mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dengan kata lain ‘tidak masalah kewangan’.
 
Adalah memadai untuk menyerahkan salinan geran (title) yang mana dalam geran tersebut mengandungi maklumat pemilik, gadaian dibuat dengan bank mana, sebarang sekatan, keluasan tanah, status tanah sama ada freehold atau leasehold. Jika telah membuat pengubahsuaian (renovation), pelan lantai (layout) yang baru perlu juga dikemukakan sebabnya ianya akan memberi kesan market value. Tetapi jika ada pengubahsuaian tetapi takde layout yang baru, perlu dimaklumkan secara lisan kepada valuer, supaya pengubahsuaian ini diambil kira dalam pengiraan market value.
 
Tetapi sekiranya geran masih belum dikeluarkan, penjual tiada pilihan dan perlu menyerahkan salinan S&P asal disebabkan peguam perlu menyatakan di dalam S&P yang baru berkaitan semua sejarah transaksi berkaitan hartanah tersebut.
 
Secara umumnya, pihak peguam dan bank memang memerlukan maklumat penting seperti geran, alamat hartanah, tarikh pembelian, pelan asal, gadaian dan sebagainya yang mana maklumat tersebut boleh didapati di dalam S&P. Tindakan memadamkan harga belian didalam S&P asal, rasanya boleh dilakukan tetapi boleh dianggap sebagai satu tindakan yang tidak profesional. Sebenarnya tidak menjadi masalah kepada penjual, sekiranya pembeli mengetahui keuntungan yang diperolehinya. Ini kerana dalam jual-beli ini, pembeli dapat rumah, penjual dapat duit + untung. Win-Win Situation.

03 July 2012

10 Kesilapan Penjual

1. Menjual melebihi market value

2. Dokumen tidak lengkap.

3. Kes penceraian menjadi punca tiada persefahaman dalam membuat keputusan.

4. Penjual diisytihar bankrap.

5. Tidak bertolak-ansur dalam proses penjualan.

6. Memberi maklumat hartanah yang salah/tidak tepat.

7. Memandang remeh tentang fungsi & kepentingan melantik perunding hartanah.

8. Keadaan hartanah yag tidak terurus.

9. Tidak memberi kerjasama kepada pembeli/perunding hartanah.

10. Tidak tetap pendirian/tidak jujur serta melantik terlalu ramai perunding hartanah termasuk broker haram.

10 KESILAPAN PEMBELI

1. Tiada bukti pembayaran.

2. Membayar deposit kepada broker haram.

3. Tidak menyediakan wang tunai yang secukupnya.

4. Tidak memeriksa status loan.

5. Melantik Lawyer yang tidak/kurang berpengalaman.

6. Membayar deposit kepada pembeli (Owner).

7. Tidak memeriksa Market Value terlebih dahulu.

8. Tidak kenalpasti kawasan persekitaran.

9. Tidak memeriksa keadaan rumah.

10. Tidak memahami perjanjian jual-beli.

Nota ; maklumat ini diambil dari Forum Komuniti Rescom

02 July 2012

DIPAKSA MENGGUNAKAN LAWYER EJEN HARTANAH

Situasi

Aaron bercadang untuk membeli sebuah rumah subsale. Rumah telah dikenalpasti, dan pemilik rumah ingin menjual rumah dengan  menggunakan khidmat ejen hartanah. Pada awalnya semua macam ok.. rumah pun Aaron berkenan.

Bila Aaron ckp "ok" je, terus agen tu cakap, Aaron kene gunakan lawyer dia, lawyer agen tu la. Condition yang agen tu bagi :
if guna lawyer dia        : just bayar RM500 utk booking
if tak guna lawyer dia : Aaron kena bayar RM3000 untuk kos agen. Aaron ingatkan owner yang kene bayar kos agen tu.

...... or mungkin agen tu tau Aaron macam takde experience and dia cuba nak kenakan Aaron... bole anda tolong nasihatkan Aaron?

Pandangan

Inilah dilema bagi membeli rumah subsale. Perasaan curiga akan sentiasa mengelilingi kita. Bukan ape, sebabnya kita takut ditipu hidup-hidupkan. Ni cabaran sebenarnya yang suka atau tidak kita kena hadapi. 

Pertama, Aaron kena tau sama ada agen tersebut sah atau tidak. Biasanya agen yang sah akan memperkenalkan diri beliau daripada syarikat mane, dan akan kemukakan bisnes kadnya sebagai bukti. 

Kedua, memahami urusan booking rumah tersebut. Aaron kena tanya kepada agen berapa yang perlu dibayar untuk booking rumah tersebut. Selalunya agen yang sah akan minta 3% atau kurang daripada harga jualan/belian rumah tersebut. 

Disini timbul kekeliruan disebabkan ejen meletak syarat dan kesan atas syarat tersebut. Namun yang paling penting, adakah jumlah yang dibayar termasuk dalam harga jualan atau tidak. Jika masuk, takder masalah. Jika tidak masuk, kena tanya kenapa? sebabnya kos ejen memang berdasarkan maksimum 3% dari harga jualan dan termasuk dalam harga jualan (yang sepatutnya ditanggung oleh penjual).

Ketiga, masalah pelantikan lawyer sama ada nak juga lawyer ejen atau lawyer sendiri. Selalunya pembeli tidak terikat untuk melantik lawyer ejen, tapi ada juga kebaikan menggunakan lawyer ejen nie sebab lawyer tersebut pastinya telah maklum berkaitan hartanah yang akan diuruskannya. Perbezaan harga booking antara RM500 dengan RM3000 perlu difahami dahulu maksudnya, sebelum kita bersetuju nak melantik lawyer ejen atau lawyer sendiri. 

.... ini cuma pandangan, setiap kita pasti punya pandangan sendiri.