17 April 2012

PTPTN : Apa yang sepatutnya?

Aku bukan peminjam PTPTN.

Tapi masa aku kat U dulu, batch aku adalah penerima pertama tawaran pinjaman PTPTN, kalu tak silap masa tu tahun 1997. Memang masa tu semua orang kabur pasal pinjaman PTPTN.

Yang lebih kesiannya, kawan-kawan aku dapat duit masa kita orang dah masuk 2nd year degree. Bayangkan betapa huru haranya pentadbiran PTPTN masa tu, belum masuk cerita pasal nak bayar balik. Yang penting, kita ada penaja untuk bayar yuran pengajian. Bezanya penerima pinjaman PTPTN nie dapat duit yang lebih banyak berbanding penaja yang lain.

Sekarang, isu PTPTN nie dah matang. Ramai orang dah tau ape itu pinjaman PTPTN. Tetapi hakikatnya, PTPTN nie memang berbeza sikit dengan lain-lain pinjaman pelajaran. Peminjam akan perlu bayar caj perkhidmatan. Yang peliknya, kadar caj perkhidmatan ini dikira secara tahunan, dah ianya akan bertambah jika kita gagal membayar certain amount. Jadi jumlah hutang kita akan meningkat dari tahun ke tahun la, jawabnya.

Yang buat ramai tak puas hati, kenapa pinjaman untuk pelajaran pun nak kenakan caj. macam nak ambik untung pulak. kalu nak caj pun biar la pada kadar yang tetap dan nominal je. ada la juga yang kerajaan dah buat untuk tambahbaik. tapi masalah ini telah merebak, emosi peminjam makin tak stabil.

apa nak buat, bersabar je la. hukum meminjam perlu dibayar. cuma kena ikut kemampuan kita la. Tak gitu?

05 April 2012

Berjalan ke Kemaman, Terengganu

Masa akhir bulan Mac 2012 yang lalu, aku dan keluarga telah berkesempatan berjalan ke Kemaman, Terengganu. Nak kata bercuti, tak la sangat sebab masa nie orang umah aku kena bagi talk kat Intan Wilayah Timur. Disebabkan itu, kitaorang 'menyelam sambil minum air' la.

Lagipun sebenarnya aku memang suka berjalan di kawasan Kemaman. Kiranya banyak kenangan lama aku disana, dulu aku PAC kat sane. Lagipun, Kemaman nie terkenal sebagai kawasan pengeluar keropok. Kedai-kedai jualan keropok ada berpuluh disini, terutamanya di kawasan persisiran pantai di kuala kemaman, belakang masjid geliga. 

Salah satu tempat yang aku suka pergi, adalah Gerai Aziz Satar. Gerai ni buleh dikatakan tak putus pelanggan, waktu hujung minggu agaknya. Kalau tak silap kedai ini dibuka pada waktu petang. Tarikan utama kat gerai ini adalah sata, otak-otak ikan, sotong/ikan/udang goreng tepung, laksam, nasi ayam. dari segi rasa, memang buleh tahan.

Kedai Kopi Hai Peng pula satu kedai kopi yang terkenal di Bandar Chukai, Kemaman. Kitaorang pergi sarapan pagi kat kedai tersebut, juga pelanggannya ramai. Buleh dikatakan pantang ada meja kosong, ada je yang akan duduk. Kelebihannya pada kopi yang pahit dan berlemak. Sedap. Recommended.

Sebelum balik, aku akan beli keropok keping dan keropok lekor. Elok dibuat buah tangan untuk sahabat-sahabat. Faktor lain yang aku suka, kedamaian dikawasan pantainya, walaupun ombak laut kuat menghempas, tapi seronok berehat-rehat sambil beriadah bersama keluarga. i'm happy.

Rumah Subsale : Langkah 2 - Semak Valuation

Ramai blogger yang ada pengalaman membeli rumah sub-sale telah berpesan, jika kita dah berkenan sangat dengan sesebuah rumah janganlah sampai buta mata dan pekak telinga. Kita masih kena rasional lagi.

Jika dah suka sangat nak membeli rumah tersebut, kena buat semakan nilai hartanah. Untuk membuat semakan nilai rumah yang nak kita beli, boleh ditanya terus dengan agen hartanah yang anda berurusan. Agen akan memaklumkan sama ada harga jualan sama dengan value rumah tersebut atau valuenya lebih tinggi atau lebih rendah.  

Anda juga boleh membuat semakan dengan pegawai bank yang incharge berkenaan pinjaman rumah. Tak perlu appointment, just walk-in. Mereka ini mempunyai kenalan dengan penilai. Jika semakan mereka rasakan ok, maka langkah seterusnya boleh dilaksanakan.  

Terdapat 3 keadaan yang akan mempengaruhi keputusan pembelian iaitu : 
i.  nilai rumah = harga jualan ; boleh teruskan urusan pembelian
ii. nilai rumah > harga jualan ; boleh teruskan urusan pembelian.
iii.nilai rumah < harga jualan ; kena fikirkan semula.

Senario diatas hanya akan mempengaruhi keputusan pembelian jika anda bergantung kepada keperluan pinjaman bank. Tapi jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak, isu nilai hartanah tidak menjadi pertimbangan yang kritikal kerana perbezaan nilai hartanah dengan harga jualan boleh dibayar secara tunai. Harga jualan pula sebenarnya perkara awal yang anda perlu setuju dahulu sebelum membuat semakan nilai.

Mengikut pengalaman aku, hanya dua rumah sahaja yang aku buat semakan nilai dengan pegawai bank iaitu :
Rumah 3 : keluasan 18x65. basic unit. nilai yang disemak lebih rendah daripada harga jualan. perbezaan hampir RM30k. 
Rumah 5 : keluasan 22x70. basic unit. nilai lebih kurang sama harga jualan.

Anda dinasihatkan untuk menyemak nilai sebelum membuat keputusan pembelian. So what next?



03 April 2012

Rumah Subsale : Langkah 1 - Survey Rumah

Dalam usaha kita untuk membeli rumah, sebenar ada banyak langkah yang kita perlu kita ambil tahu. Namun aku bercadang untuk menceritakan langkah demi langkah, moga penerangan lebih jelas dan terperinci. Sebenarnya ada banyak blog yang aku jumpa menceritakan secara ringkas bagi semua peringkat yang akan terlibat.

Dalam kita nak mencari lokasi rumah yang hendak dibeli, kerja yang memang menarik dan membuka mata kita adalah survey rumah. Survey rumah nie tidak ada satu pendekatan yang standard yang perlu kita buat, memadailah ikut keselesaan masing-masing.

Sebelum survey di lapangan, eloknya buat la survery di internet terlebih dahulu. Bagi mengetahui iklan mengenai penjualan rumah yang terkini, biasanya aku akan merujuk kepada laman web 'Mudah.com' atau 'i-property'. Dua laman web ini yang sering digunakan oleh agen hartanah bagi mengiklankan rumah. Kemungkinan besar disebabkan pengunjungnya yang ramai dan tiada kos pengiklanan. Melalui laman web ini, kita juga boleh memilih lokasi rumah yang kita cari. Namun kebiasaannya, iklan dalam laman ini tidak menyatakan alamat terperinci rumah tersebut. Maklumat biasa yang diberikan seperti harga rumah yang ditawarkan, nama taman, keluasan rumah, kemudahan kawasan sekitar dan nombor telefon agen. Terdapat juga kes rumah yang diiklankan sendiri oleh pemilik rumah tersebut.

Apabila kita telah kenalpasti rumah yang nak dibeli, kita akan menghubungi agen hartanah berdasarkan nombor telefon yang diberi. Biasanya kita akan bertanya sama ada rumah tersebut telah dijual atau tidak. Jika tidak, kita boleh berbincang lanjut untuk mengadakan janji temu dan mengaturkan sesi lawatan ke rumah tersebut. 

Based on pengalaman aku, 5 buah rumah di taman yang sama pernah aku aturkan janji temu. Sebabnya memang aku mencari rumah di lokasi yang sama, namun harga memainkan peranan penting dalam aku menentukan sama ada nak tengok rumah atau tidak. Maksimum harga yang aku tetapkan adalah RM350 ribu. Sebabnya kita kena tahu kemampuan kewangan kita untuk membayar ansuran bulanan jika membeli rumah.

Sebenarnya ada banyak perkara penting yang kita nak tahu semasa kita buat sesi lawatan rumah ini. Perkara yang penting tersebut seperti :
  1. Harga jualan rumah
  2. Status geran (title) rumah tersebut. Sama ada master title atau individual title.     Keduanya melibatkan proses pembelian yang sedikit perbezaan.
  3. Keadaan fizikal rumah
  4. Lain-lain perkara yang kita rasakan sesuai.
Tetapi jika nak disenaraikan, 1001 perkara yang kita akan tengok, cuma ia bergantung kepada rumah yang bagaimana yang kita cari. Kalau banyak sangat kriteria yang kita tetapkan, alamat payahlah untuk kita bersetuju membeli rumah tersebut. Dari 5 buah rumah yang pernah aku lawati :

Rumah 1: harga ok. Luas 18x65. rumah masih master title. dekat dengan kedai. tapi tak dapat tengok dalam rumah, kena setkan janji temu yang lain.
Rumah 2: harga agak mahal sikit sebab 20x70. rumah dah ada individual title. rumah ada penyewa. owner nak jual cepat sebab nak pergi luar negeri tapi lokasi rumah ceruk sikit dan tidak menarik.
Rumah 3: harga mahal sikit, tapi still ok. luas 18x65. rumah cantik. owner pun baru lepas cat rumah. lokasi pun menarik. memang aku rasa berkenaan ngan rumah ini. Rumah masih master title.  
Rumah 4: harga ok, agak murah. luas 18x65. satu kawasan dengan rumah3, cuma rumah ini sebelah dalam sikit. tapi neighbourhood macam tak best. Title tak pasti.
Rumah 5: harga ok, agak mahal tapi still buleh consider sebab luas 22x70. lokasi pun ok, belakang rumah ader taman permainan. boleh dipertimbangkan. Rumah dah ada individual title.   

Untuk kelima-lima rumah tidak disurvey dalam satu masa, kalu tidak silap dalam tempoh 4 bulan. Bila aku telah dapat rumah yang aku berkenan, biasa aku akan buat langkah 2. Apakah Langkah 2. NEXT?  

26 March 2012

Kerja itu nikmat kehidupan?

....Cuba bayangkan, bila kita bangun pagi-pagi, kita takde tujuan? nak pergi keja, tapi kita tak keja, takde pejabat, tak kawan-kawan opis. kalu dah takder keja, takkan kita asyik nak g jalan2 je atau g windows shopping....

itulah perasaannya bila kita takde kerja, pasti kita akan hilang punca. cumanya kita nie bila bekerja, kita akan rasa terbeban. sebabnya, kita nak yang terbaik, yang jadi yang paling pandai buat kerja, bila kita tak  mampu nak mencapai standard yang kita sendiri letak, tu la punca kita rasa kita nie tidak menyumbang dalam pekerjaan kita. ibaratnya, macam makan gaji buta.

kita dan kerja sebenarnya bersulam dalam sebuah kehidupan. dengan adanya pekerjaan, warna kehidupan kita akan berwarna warni, bila kita ada banyak sangat keja, kita akan rasa stress, kita pilih warna Merah, bila dapat gaji, kita rasa happy sangat, kita akan pilih warna biru, bila kita rasa dah berjaya menyiapkan satu tugasan yang diberikan dengan baik, kita akan pilih warna pink... sebab itu bagi aku kerja itu satu nikmat dalam hidup kita.

23 March 2012

Mari kita bersabar

Kalau rasa marah, geram dan tak suka dengan sesuatu perkara tu, apa yang patut kita buat. Lepaskan geram atau kita akan mula memaki hamun, memang kita akan buat satu tindakan yang kita rasa tindakan yang betul. cumanya, ianya akan betul pada masa itu sahaja.

Eloknya bila perasaan begini muncul dalam diri kita, elok la kita bersabar... ataupun kita beristifar supaya dapat menenangkan diri kita.

19 March 2012

Jem di KL

Kalu disuruh meeting di KL kul 9 pagi, aduh memang kena ader perancangan yang betul. Pukul berapa yang patut untuk bertolak bagi mengelakkan lambat sampai. Jem di KL ini memang dijangka, tahapnya tidak menentu. Ada yang jem sampai tak bergerak langsung, ade yang bergerak perlahan-lahan, tapi jangan terkejut yang macam tak jem langsung. Itu la uniknya jem di KL.