Anda pernah sampai ke Lumut, Perak. Setau aku lumut merupakan salah sebuah bandar yang sedang berkembang maju di Negeri Perak. Kedudukannya di tepi pantai, tetapi agak jauh daripada Lebuhraya PLUS. Kalau dari PLUS Highway, ada dua jalan yang boleh digunakan untuk pergi ke Pekan Lumut.
Satu, susur keluar daripada Bidor, ambil jalan yang melalui Pekan Teluk Intan dan terus ke Pekan Lumut. Satu lagi, susur keluar di Ipoh, ambil yang melalui Pekan Bota dan Pekan Ayer Tawar dan terus ke Pekan Lumut.. pada pendapat aku kalu dari Ipoh agak jauh berbanding dari Bidor... nak pulak dari Ipoh ke Lumut tu, banyak traffic light.

Pekan Lumut inilah terletaknya jeti untuk Pulau Pangkor. Di pekan lumut ini juga terkenal dengan produk-produk laut seperti ikan bilis, ikan kering masin dan udang kering. Harganya tidaklah terlalu murah, tetapi produknya baru dan segar.
Lumut juga merupakan pangkalan utama TLDM. Jangan terkejut jika anda jumpa ramai anggota navy di pekan Lumut.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.