Hakmilik strata adalah hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan. Contohnya, pangsapuri atau kondominium.
Makanya jika anda sedang atau merancang membeli rumah pangsapuri, perkara utama yang anda kena faham adalah mengenai status hakmilik strata. Persoalan yang perlu anda dapatkan jawapannya adalah :
- adakah hakmilik strata telah dikeluarkan.
- ianya masih atas nama pemaju atau telah didaftarkan atas pemilik rumah.
- jika atas nama pemaju, adakah syarikat pemaju masih masih wujud lagi atau telah bankrap.
- jika atas nama pemilik, anda boleh tentukan adakah penjual merupakan pemilik yang sah... ataupun penjual hanyalah agen yang tidak berdaftar.
Jika hakmilik strata masih atas nama pemaju, dan pemilik ingin menjual rumah tersebut, anda kena ambil maklum bahawa masa yang diambil agak lama untuk selesaikan urusan pindah milik. Sebabnya, pindah milik akan melalui 2 kali proses iaitu pindah milik dari developer kepada pemilik rumah (penjual) dan kemudian pindah milik dari penjual kepada pembeli. Ada juga developer yang membenarkan direct transfer terus ke pembeli, tapi jarang yang bersetuju.
Sebab itu, kepada pemilik rumah pangsapuri, pastikan anda selesaikan urusan pindahmilik strata title daripada pemaju kepada anda sebagai pemilik. Kiranya urusan pembelian anda tersebut dianggap selesai antara anda dengan pemaju.
Ianya akan memudahkan anda untuk menjual atau memindahmilik kepada rumah kepada waris/anak, tanpa perlu merujuk kebenaran develepor lagi. Biarlah kita keluarkan sikit kos guaman untuk selesaikan perkara ini tetapi untuk kesenangan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.