19 January 2010

TANGGANG MODEN

Kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara kita belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.

Aku pernah terbaca dalam laporan akhbar berkaitan perkara ini… malang sungguh rasa hati. Ada pihak berpendapat mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku berkait rapat dengan cara ibu bapa mendidik anak-anak, dan ianya menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.

Kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah. Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya. Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa. Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.

Namun, dari sisi yang lain pula, sekiranya anak-anak yang menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan juga mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa. Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa.

Marilah kita terus menginsafi diri dan ingat asal usul lahirnya kita di muka bumi….

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.