20 January 2009

Awas ! Denggi

PETANDA DENGGI KIAN SUKAR DIKESAN

Orang ramai diminta lebih peka terhadap demam denggi kerana petanda diserang penyakit itu kini berbeza daripada sebelum ini sehingga menyukarkan doktor mengesan penyakit itu lebih awal. Denggi kini menunjukkan tanda yang amat berbeza berbanding beberapa tahun lalu kerana petanda sama dengan pelbagai penyakit lain, termasuk jaundis, hepatitis atau kegagalan fungsi organ dan buah pinggang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata tanda biasa denggi seperti demam dan kesakitan otot masih ada tetapi kebanyakan pesakit mengalami tanda berlainan.
“Denggi akan menunjukkan pendarahan atau bilangan platlet darah yang rendah, tetapi sekarang tandanya amat berbeza. Ada sesetengah pesakit denggi mempunyai penyakit kuning, hepatitis, malah ada yang mengalami kegagalan organ atau buah pinggang. “Orang tidak tahu antara tanda denggi. Ia bukan tanda yang biasa, menyebabkan pegawai perubatan gagal mengesan jangkitan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Dr Ismail berkata, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan masih tinggi walaupun statistik menunjukkan penurunan 3.4 peratus bagi minggu kedua tahun ini berbanding minggu pertama. "Peningkatan disebabkan kadar pembiakan Aedes yang tinggi kerana orang ramai kurang prihatin terhadap penjagaan kebersihan serta perubahan cuaca," katanya. BH. 20 Jan. 2008.

PANDANGAN

Cerita Denggi isu lama, tapi isu penyakit nie takder benda baru atau lama kan. Bila kite diserang denggi, risiko kematian juga tinggi. Tapi adakah masyarakat kita menyahut kempen kerajaan dengan membersihkan persekitaran rumah kita. Rasa-rasanya masing-masing akan beri macam-macam alasan, ye lah ader yang kate rumah dia bersih je, mana ader takungan air, ader jugak yang akan kata takder masa, mana sempat nak buat semua nie dan macam-macam lagi la….

Tapi bila kite dah disahkan mengidap denggi, baru ader akal…. Minta-minta la dijauhkan. Nak pulak sekarang virus denggi ni dah berevolusi, payah pulak doktor nak kesan…. Mari la kite sama-sama berdoa agar tuhan beri kite kesejahteraan hidup. AMIN.


No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.