'Saya serik benar anak sertai PLKN'
Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri keselamatan di semua kem latihan PLKN.
Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem. "Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita. Saya mempunyai lima lagi anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk pelepasan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Ahmad Al-Hashyiemi dilaporkan hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air di kem terbabit ketika mengangkut barang dalam operasi pemindahan akibat banjir. - BH. 19 Jan 2009.
ULASAN PENULIS
Inilah kenyataannya. Setiap kali musim remaja menyertai PLKN pasti sahaja ada kemalangan yang berlaku, tak kira sama ada sengaja atau tidak. Peristiwa ini membimbangkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di kem-kem latihan pada masa sekarang atau masa-masa hadapan.
Tapi adilkah kalau kita nak menyalahkan pihak pentadbiran kem dan PLKN, pasti tiada satu jawapan tepat yang akan kita perolehi. Teruk sangat ke latihan di kem PLKN, takkan takder penambahbaikan yang diambil oleh pengurusan kem. Banyak persoalan yang rasanya sukar untuk dijawab secara langsung, yang berkias mungkin banyak.
Kemalangan tidak berbau, dengan kata lain, ini semua dugaan tuhan, kalau duduk kat rumah, adakah anak-anak kita akan selamat sepanjang masa. Rasanya tetap jugak berlaku kemalangan tapi disebabkan takder pihak yang nak disalahkan, keluarga biasanya akan redha je ngan ketentuan illahi. Kalau kita bace paper, ader jugak kes budak yang mati lemas, tapi mak bapak redha je… kenapa?
Satu lagi, anak-anak remaja nie kalu dah dikumpulkan dalam satu kumpulan yang ramai, perangai mereka pasti menjadi-jadi, sukar untuk dikawal. Sebab pe, dah jiwa remaja, budaya menunjuk-nunjuk, masing-masing nak tunjuk sapa yang hebat. Ini lah pentingnye jurulatih yang berkualiti yang perlu ada di setiap kem PLKN.
Eloknya, hasrat melahirkan remaja yang patriotik memang penting melalui PLKN. Namun, keselamatan tetap harus diutamakan. Kemalangan tidak berbau, Tindakan menghukum atas sesuatu kemalangan mungkin ader baiknya, tapi mungkin juga ada buruknya. Marilah kita fikir-fikirkan.

No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.