29 April 2013

Sunway Pyramid, Subang Jaya

Dulu Sunway Pyramid merupakan salah sebuah shopping kompleks yang hebat, tapi sekarang ini kita punyai banyak pilihan atau ada banyak shopping kompleks lain yang  lebih kurang sama hebat dengan Sunway Pyramid.

Apa yang nak aku bagitau, jalan-jalan Sunway Pyramid tidaklah sepenat berjalan di 1Utama dan Midvalley. Dari segi kepelbagaian, lebih kurang sama, mungkin kat Mid Valley ada banyak lagi shop lot.

Parking, banyak tapi still susah jugak nak dapat, kira nasib gak. Parking dia lebih rendah berbanding parking kat Sogo.

...nampak sangat, tak ide nak menulis kan.

24 April 2013

Kempen Botol Kicap.

Kat kawasan rumah aku, aku telah terperasan satu kempen berkenaan barang naik... dalam poster tu depa tunjuk gambar botol kicap cap kipas udang... depa banding harga botol kicap tersebut berdasarkan PRU 11 (RM3.80), PRU 12 (RM5.80) dan PRU 13 ( ? ).

Satu idea kempen yang menarik. Cuma kenapa produk kicap yang menjadi pilihan. Pilih pula kicap yang mahal, bukan ke kicap ini ada banyak jenama kat pasaran. Tapi bila nak jadi bahan kempen memang depa pilih-pilih subjek dan contoh yang boleh 'spin'. Walhal, harga barang ini ada yang turun, ada yang naik. 

Bagi aku, cuba anda 'Lihat, faham, fikir dan contest....'.

22 April 2013

Kempen telah bermula !

Calon yang sah bertanding telah diketahui mulai pada 20 April 2013 yang lalu, maka bermulalah tempoh kempen mereka.

Biasanya, bila berkempen masing-masing akan membentangkan hala tuju kepimpinanannya, sudah pasti selaras dengan manifesto parti yang diwakilinya. Tapi bagi yang bertanding bebas, apa yang cuba diperjuangkannya. Kalau setakat 'lepas geram', memang perjuangan tak kemana, lebih ke mana mencari kepuasan peribadi, lebih kepada niat di hati nak jadi 'YB'. Tak lepas juga, ada yang bertanding bebas mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas.

Dalam era ledakan teknologi, maklumat sentiasa berada dihujung jari anda... mudah sebenarnya untuk berkempen. Tapi pendekatan tradisional, seperti turun padang tidak boleh ditinggalkan, sebab ramai yang berpandangan ianya lebih berkesan. Sesi interaksi antara dua pihak ini yang penting.

Sebagai rakyat, kita patut mendengar dan menilai semua kempen-kempen ini. Bukan setakat dengar pendapat orang-orang je, bukan semua yang diceritakan itu benar...

16 April 2013

Malaysia Memilih !

Dua tiga hari aku aku sering melihat dan mendengar kenyataan 'Malaysia Memilih'... sebenarnya aku rasa sangat janggal penggunaan perkataan ini.. seakan ianya ada kekurangan sesuatu.

Ye aku tahu... anda pun tahu... musim pilihanraya telah tiba. Tagline ini digunakan untuk menarik rakyat malaysia untuk mengundi dan memilih kerajaan yang akan memerintah.

Ramai orang kata... rasanya, semua orang kata PRU13 ini merupakan pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah, tanda-tanda awalnya dilihat begitu, sengit dari segi persediaan antara parti pemerintah dengan persediaan parti pembangkang.

Yang jelas, masing-masing telah membentangkan manisfesto... tapi aku rasa isi manifesto masing-masing 'sama tapi bukan dia'....

Satu lagi, trend memperkenalkan bakal calon lebih daripada waktu penamaan calon, kalau dulu teka teki bakal calon akan diketahui sehingga ke saat waktu penamaan calon di pusat penamaan calon. trend ini yang bagusnya, pengundi  dah tahu sapa bakal-bakal calon yang bertanding di kawasan masing-masing, trend ini patut dikekalkan pada PRU yang akan datang.

Bab persediaan awal, ye bagi aku memang sengit antara parti-parti yang bertanding... tapi adakah sengit ini akan diterjemah dalam keputusanya nanti... sama-sama kita lihat.

08 April 2013

Demam Manifesto

Manifesto kembali lagi... kita tak boleh lari dari mendengar dan membaca mengenai perang manifesto antara yang sedang memerintah dengan yang mahu memerintah. Kedua-duanya mengatakan manifesto mereka merupakan yang terbaik untuk rakyat malaysia.

Persoalannya, adakah kita kisah dengan manifesto yang depa nie bentangkan. Apa yang kita pentingkan sebenarnya.

Apa yang aku nampak, dua-dua janji nak menurunkan harga kereta. Maknanya kepada anda yang merancang untuk beli kereta, lebih baik tunggu masa harga kereta telah diturunkan, harapnya jangan la sampai menanti buah yang tidak gugur.

28 March 2013

Aku tersentuh !

Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

Aku sebenarnya tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Aku rasa aku tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan aku dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk meninggal ahli keluarga untuk tempoh yang hampir tidak pasti berapa lama.

Kadang-kadang, akal aku tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah. Secara logiknya, untuk menang, agak mustahil. Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi aku sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

ps: kenapa semangat nak menulis blog semakin hari pudar? Disebabkan itu, aku selalu membiarkan blog ini tanpa entri baru.

18 March 2013

Shopping di Jalan TAR

Jalan TAR sangat femes, terutama bila musim perayaan. Hampir semua orang suka dan biasa berjalan-jalan di sana. Tapi aku pun tak pasti apa yang best sangat, mungkin sebab banyak pilihan barangan dan banyak kedai. Selalunya orang akan bershopping kain dan tudung di situ.

Semalam aku pun telah berkunjung ke sana, biasanya kitaorang akan parking kat Sogo, tapi untuk kali ini kita orang decide nak parking kat tempat lain... akhirnya kita orang parking kat Semua House, mulanya kitaorang ingat dikenakan bayaran RM4 sekali masuk, banner bukan main besar, propanya je lebih. RM4 hanya untuk pengunjung selepas 4 petang, di waktu bukan hujung minggu. Maka, kitaorang pun dikenakan kadar biasa, jumlah parking yang aku kena bayar adalah RM9 (lebih kurang 3jam ++). Agak banyak jugak lot parking kat Semua House nie. Kitaorang parking kat sini sebab nak g Jakel. Sambil tu nak survey juga la, kat Gulati's, Maya Silk... tapi kat situ mahai beb... akhir Jakel jugak yang menjadi pilihan.

Apa yang aku perasan, ada jugak lot kedai kat Semua House yang tutup. Maybe bisnes tak berapa baik kot. Tapi tak la banyak sangat. Turun dari Semua House, jalan menuju ke Masjid India. Ibarat anda berada di Madras, India. Sebabnya pengunjung di dominasi oleh orang depa je. Ramai orang luar yang suka cari makan di negara kita.

Satu lagi bab gerai-gerai makan. Memang ada banyak jugak la yang aku perasan tapi tekak aku tak lalu nak membeli makanan disitu, bukan apa, aku kurang yakin dengan tahap kebersihannya... especially bab air minum, takut depa belasah air paip je. Silap buleh sakit perut. Hakikatnya, orang lain ok je kan.