Setelah anda telah membuat keputusan untuk membeli rumah tersebut, maknanya anda telah berpuas hati dari semua segi. Maka anda sudah boleh membuat bayaran booking untuk rumah tersebut.
Berdasarkan pembacaan aku, kadar bayaran booking yang agen boleh kenakan adalah 2-3% daripada harga rumah. Jika agen minta lebih daripada 3%, ada kemungkinan agen itu tak berdaftar atau agen yang mengambil kesempatan kepada pelanggannya. Bayaran 3% ini perlu dibayar kepada syarikat agen hartanah tersebut sebagai charges yang dikenakannya kepada penjual. Ianya termasuk di dalam harga jualan rumah tersebut.
Ramai yang mengatakan bayaran booking akan hangus jika pembeli yang membatalkan urusan jual beli rumah tersebut. Ianya terkecuali jika pembatalan dibuat oleh penjual, bayaran booking ini perlu dipulangkan oleh penjual (penjual yang perlu berurusan dengan agen hartanah yang dilantiknya jika ada agen yang mengambil kesempatan dan tidak pulangkan booking)
Setelah anda bayar booking, pastikan agen akan memberikan satu 'Letter of Confirmation for sale' kepada anda. Dalam surat ini akan dinyatakan beberapa syarat penting yang perlu kita selesaikan. Syarat penting adalah berkaitan mode of payment, kita perlu menyelesaikan bayaran keseluruhan harga jualan rumah tersebut dalam tempoh 90 hari dari tarikh mengikut keadaan berikut :
Freehold - bermula dari tarikh SPA ditandatangani.
Leasehold - bermula dari tarikh surat kelulusan consent to transfer diperolehi daripada state authority
Master title - bermula dari tarikh suarat kebenaran oleh developer
Jika dalam tempoh 90 hari, gagal dipenuhi, kita boleh melanjutkan lagi untuk tempoh 30 hari dengan interest 10% per annum at daily rest.Tempoh ini sebenarnya tempoh yang standard dalam urusan pembelian rumah sub sale. Ianya boleh diadjust menjadi lebih dari 90 hari jika mendapat persetujuan untuk kedua-dua pihak. Anda juga boleh menambah syarat-syarat lain yang anda nak masukkan dalam pembelian tersebut, contoh rumah diserah dalam keadaan yang baik.
Bayaran booking merupakan satu ikatan yang sah di dalam kontrak, di mana penjual telah bersetuju untuk menjual, pembeli telah bersetuju untuk membeli, harga jualan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Sebagai langkah keselamatan, anda perlu menyemak daripada membayar secara tunai kepada agen. Eloknya dibayar menggunakan cek kerana duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Kalu anda takde cek, boleh buat Banker Cheque kat bank.
Sebagai agen hartanah yang baik, sepatutnya beliau memberikan contact person di kalangan lawyer dan pegawai bank yang boleh membantu menguruskan pembelian rumah ini. Tapi jika anda mempunyai kenalan sendiri pun boleh digunakan, ikut keselesaan masing-masing. Yang penting, biar la lawyer dan pegawai bank yang komited dan tidak menyusahkan anda di kemudian hari nanti.
Satu lagi, 'Letter of Confirmation for sale' boleh digunakan untuk anda membuat pinjaman bank dan juga untuk urusan penyediaan Sale and Purchase Agreement (SPA).
Anda juga boleh minta agen tersebut bekalkan salinan SPA asal yang dipegang oleh pembeli. Namun, jika telah ada individual title juga telah memadai untuk anda perolehi. Jangan lupa dapatkan sekali floor plan rumah yang nak kita beli tu. Kalau ader dalam SPA asal takpe, tapi kalau takder kena minta ngan owner.
Maybe ayat penerangan aku skema sikit, tapi semua yang aku tulis tu memang aku praktikan semasa aku beli rumah sub sale. So next, aku akan tulis pasal membuat pinjaman bank dan penyediaan SPA.