09 January 2012

IKEA

Semalam, 8 Januari 2011, aku ngan family pergi ke Ikea. Orang yang datang pun buleh tahan! ramai jugak... aku tengok ramai kaum cina yang datang shopping kat ikea pada masa nie... maybe sebab Chinese New Year dah dekat kan.

Rasanya ramai orang kate barang-barang kat Ikea ni cantik... tapi kualiti aku tak pasti. aku tengok banyak jugak produk yang 'made in china' walaupun Ikea nie pasaraya yang berasal dari Sweden. Produk China nie banyak yang cantik, tapi rendah kualitinya. Untuk kita bersangka baik, takkan pengurusan ikea tak nak jaga nama baik depa, jika ambil produk dari China... mesti depa dah test, untuk pastikan kualiti produk tu terjamin.

Satu lagi, setiap kali aku g ikea.. mesti ader orang putih yang sibuk membeli jugak. agaknya depa nie expatriate yang keja kat negara kita. tu tandanya, jenama ikea nie satu jenama yang global.

Sebenarnya, konsep perniagaan berasaskan household item memang mendapat tempat dihati masyarakat malaysia. cumanya tak banyak pasaraya yang menawarkan konsep perniagaan seperti ikea nie....yang banyak adalah kedai perabot, tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

bab parking, nak dikatakan mudah dapat parking kat ikea nie tak jugak. kira nasib jugak, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. tapi semalam nasib aku baik, sebab cepat dapat parking. Tips nak dapat parking, pergi awal pagi, sebelum orang ramai. ataupun, waktu lepas lunch. Mata kita kena liar, mencari pemilik kereta yang dah selesai shopping dan dah nak balik.

04 January 2012

T.A.H.U.N 2.0.1.2

Tahun 2011 telah berlalu pergi... 2012 telah tiba.
Tahun berganti tahun... apa makna kepada kita?
Bagi teman, 2011 dilalui dengan penuh warna warni...
banyak perkara menarik yang teman  lalui...

Pertama, pasal keluarga...
ariana dah makin membesar... semakin 'banyak akal'.. bermacam2 keletahnya...yang membuatkan teman rasa 'happy; sangat. Mama Ariana pun teman rasa memang pelengkap kepada kami 3 beranak. Tanpa mama, tentu kami akan sunyi.

Kedua, Mak Piah, mak teman,
mak makin lanjut usia... namun mak masih sihat walaupun mak akan cepat penat, jika berjalan jauh. Aku bersyukur sangat kerana dapat menggembirakan mak, terutama bila balik kampung .... mak nampak happy melihat keletah cucunya, ariana. Seboleh mungkin aku nak mak happy dengan aku, perkara wajib, aku akan bawa mak pergi shopping barang dapur, setiap kali aku balik kampung... perkara wajib yang mak akan beli, beras, tepung dan gula... lapang sungguh dada aku bila dapat berbakti kepada mak.   

Ketiga, kerjaya
selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja. walaupun aku rasa aku perlukan tempat baru dan suasana baru, aku tetap menjalankan tugas aku sekarang sebaik mungkin. yang bestnye, aku dapat merasa kenaikan gaji. bersyukur sangat. maybe rezeki ariana dan mama ariana.

Final, kehidupan.
Sebagai manusia dan khalifah dimuka bumi ini, aku bersyukur dengan limpah kurnia dan rahmat yang diberikan oleh Allah. Namun aku sedar, masih banyak ruang yang perlu aku baiki terutama dalam menunaikan 5 rukun islam.

AZAM 2012.
Biarlah aku kekal dengan apa yang aku miliki, jika dimurahkan rezeki perkara yang PATUT aku capai dalam 2012 adalah :
  • beli rumah 'lepap'
  • tambah ahli 'keluarga'
  • meningkatkan iman dan amal.

06 December 2011

Roh dan Jasad

Kome paham tak bila kita bercakap soal roh dan jasad. Kome nampak tak roh tu macamaner? Teman pun tak tau nak terang roh tu macam mane. Tapi teman percaya roh tu wujud. Jasad pulak perkara yang dapat dilihat seperti tubuh badan manusia.

Namun tubuh badan yakni jasad sahaja yang ader tanpa rohnya, maka manusia itu tidak bernyawa lagi... jika ader rohnya sahaja tanpa jasad... kita pun tak tau nak bayangkan. Boleh ke kita nampak roh tu macam maner... bukan kate nak nampak, nak bayangkan pun tak mampu.

Kalau kome nak rasa kewujudan roh, mari kita bayangkan roh itu dengan kuasa elektrik, dan peralatan elektrik seperti kipas dan TV adalah jasadnya. Kome pernah nampak tak kuasa elektrik, mesti tak pernahkan. tapi ader yang pernah rasa kuasa elektrik. Yang kita nampak cuma percikan api, dari kuasa elektrik tersebut. Jika kuasa elektrik ini disambung kepada kipas maka kipas akan berpusing dan TV akan menyala. Tanpa kuasa elektrik, kipas dan TV tak berfungsi, ibarat ianya tidak bernyawa.

Begitu juga antara roh dengan jasad manusia. Inilah keindahan kuasa Allah yang maha pencipta. Mari la kita mencari keredhoannya. Amin.

30 November 2011

ZOO NEGARA

Baru-baru ni teman berkesempatan dengan keluarga pergi Zoo Negara. Zoo Negara ni terletak di Ulu Klang. Kiranya bersebelahan dengan Bangunan FINAS. Melawat Zoo ni benar-benar mengusik jiwa teman.. sebab dulu masa teman sekolah rendah, pergi la sekali mengikuti rombongan ke Zoo Negara. Kalau tak silap dalam tahun 1990 kot. Budak lagi masa tu, memang excited la dapat berjalan-jalan.

Bayaran tiket masuk Zoo sekarang adalah sebanyak RM 20 bagi orang dewasa. Makanya kalu sesiapa nak melawat Zoo kalau pergi reramai perlu la prepare bajet lebih sikit. Menarik dan santai. Itulah istilah yang boleh teman simpulkan dengan aktiviti melawat Zoo Negara.

Menarik kerana kita dapat mengenal pelbagai spesies binatang mahupun ikan. Bagi anak kampung macam teman, ader sesetengah binatang kiranya buleh je teman jumpa kat kampung teman. Seperti Kera, Musang, Lembu, Kambing, Ular dan spesies burung tapi ye la kalau kat kampung kita main agak-agak je spesies dia... takder sapa yang sahkan betul atau salah. Kalau kat Zoo nie, kita buleh baca papan tanda/kenyataan yang disediakan oleh pengurusan Zoo. Pengetahuan kita insyallah akan bertambah la.

Santai pula kerana persekitaran Zoo yang menarik dan selesa, macam kita bersiar-siar di tepi tasik sambil melihat burung bangau dan angsa berenang-renang. Ibarat macam kita pergi beriadah.

Ikut pemerhatian teman, Zoo nie sesuai untuk dilawati oleh keluarga yang mempunyai anak-anak di peringkat kanak-kanak. Pastinya mereka sangat menghargai pengalaman ini. Ada juga yang teman jumpa, pasangan bercinta... tapi rasanya agak kureng sesuai la sikit untuk depa.

Apapun, teman gembira dengan aktiviti ini. Mungkin teman akan melawat zoo lagi di masa hadapan.

29 November 2011

Idea

Dalam kita ingin menulis, idea merupakan elemen yang sangat penting. Tak mungkin kita mampu menulis jika kita takder idea. Anda rasa idea nie boleh datang tak kalu kita paksa ? Bagi teman, jawapannya boleh.

Sebagai contoh, ketika kita menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu. Anda diminta mengarang sebuah esei berkaitan isu semasa. Pastinya sebelum kita dapat arahan tersebut, takder idea yang terhasil dalam minda kita.Tapi dalam peperiksaan, suka atau tidak kita mesti jawab. Kita akan paksa minda kita untuk berfikir dan mencari idea. Akhirnya teman yakin, anda akan mampu menghasilkan sebuah karangan berkaitan tajuk yang perlu kita sampaikan.

Cuba kita kaitkan dalam penulisan bebas kita. Pasti masalah mencari idea akan muncul. Bagaimana nak mengatasinya, ya, kita paksa minda kita untuk berfikir. Insyaallah pasti boleh.

11 November 2011

Erti Kebahagiaan

Kebahagian adalah elemen tertinggi yang akan menjadi idaman dan kesukaan semua insan. Kebahagian selalunya dirujuk kepada kehidupan berkeluarga sahaja. Namun hakikatnya ianya boleh dirasai dari skop yang lebih luas daripada itu.

Kebahagian ini lahir dari perkataan bahagia. Bahagia ini ditakrifkan sebagai satu suasana senang, aman dan gembira. Dalam mencari kebahagiaan, hakikatnya banyak ranjau dan dugaan yang perlu ditempuhi sebelum kita dapat mengecapi sebuah kebahagiaan. Perasaan bahagia biasanya akan bersifat berulang-ulang, dimana ianya kadang-kadang kita rasai, kadang-kadang ianya hilang begitu sahaja, tatkala kita menghadapi masalah.

Masalah dan bahagia akan siling berganti muncul dalam kehidupan kita. Ada pendapat menyebut hidup tanpa masalah, menyebabkan kita akan rasa kosong, namun hidup penuh dengan masalah membawa kepada tekananm perasaan. Sama juga keadaannya dengan kebahagiaan, hidup penuh kebahagiaan menyebabkan kita lalai dan leka dalam melakukan sesuatu perkara, namun hidup tanpa kebahagiaan membawa kepada tekanan dan penderitaan.

Pemilikan wang yang banyak akan memberi sinar kebahagiaan kepada kita. Tetapi untuk memilik wang yang banyak kita perlu berusaha mencarinya. Kita perlu bekerja seperti berniaga dan sebagainya. Dalam urusan kita bekerja, tekanan dan cabaran akan muncul disekeliling persekitaran pekerjaan kita.

Darjah kebahagian mengikut peringkat usia, ianya berbeza, dimana kanak-kanak merupakan kumpulan yang sentiasa bahagia, tanpa perlu memikirkan masalah dipersekitarannya. Golongan dewasa pula sentiasa merasa bahagia dengan kebebasan dalam menjalani kehidupan yang kita pilih, seperti kuasa untuk membeli barangan dan mempunyai keluarga. 

04 November 2011

Siapa yang patut berkorban?

'Saya dah banyak berkorban'.... 'Saya pun banyak berkorban'....
apa yang telah anda korbankan....
itulah ayat yang selalu kita cakap bila nak menunjukkan yang kita nie seorang yang banyak berkorban...
apa tujuan kenyataan kita... nak menunjuk atau nak minta simpati....
Persoalannya, ikhlas kah kita dalam melakukan pengorbanan, bila kita suka mengungkit..

... rasanya kita akan berkorban demi kepentingan kita...
tak mungkin kita berkorban tanpa sebab-sebab yang konkrit...
'Korban', 'berkorban', 'pengorbanan'
perkataan yang mudah disebut, sedap didengar...
tetapi
perlu penghayatan yang tinggi..agar kita tidak dikorbankan.

(entri nie sempena Hari Raya Korban 1432h)