29 November 2012

Kamu mempunyai pilihan.

Bila berada dalam keadaan tersepit, kita sering beranggapan yang kita nie tidak mempunyai pilihan melainkan perlu terus kekal dalam keadaan tersebut.
Tapi hakikatnya, kita mempunyai pilihan.

23 November 2012

Persoalan : Beli Rumah Yang Masih Dalam Gadaian.

Saya telah menerima satu pertanyaan dari Saudara Nazriproshopbowler dan saya rasa soalannya agak berat untuk saya ulas sendiri. Saya berpandangan elok rasanya isu ini diletakkan disini supaya ada pihak lain yang boleh jua memberi input. Saya harap tuan punya soalan tidak keberatan ye.

Situasi yang diberikan adalah seperti berikut :

...macam ini, saya hendak membeli sebuah rumah. rumah ini telah digadaikan oleh pihak tertentu kepada pihak bank. sebab rumah ini adalah usaha sama. so..owner tidak dapat pun duit yg digadaikan sebaliknya pihak lain yang dapat. pihak tersebut perlu melepaskan gadaian tersebut. tapi mengambil masa.

...persoalannya..boleh ke kalau saya buat snp dengan owner. sebab memang ade bukti rumah tu owner tu punye. cuma digadaikan. sebenarnya rumah ini adalah rumah anugerah. so..xde utang bank la kecuali gadaian oleh pihak satu lg.

...macammana kita nak jadikan kepentingan kita terjamin didalam snp tersebut? katakan kita beli dengan harga 200K dan bayar 10% sebagai downpayment pada 2012. kita tidak tahu bila gadaian akan dilepaskan. so kita letakkan syarat2 duluan..'sehingga gadaian dilepaskan dan rumah ditukar kepada nama owner barula proses pinjaman dilakukan'.

...didalam snp dimasukkan jika penjual xjadi jual..kena bayar double. tapi pada saya tidak berbaloi walaupun double...sebab faktor masa, duit yg dilaburkan dan harga semasa rumah tersebut. apa yang perlu lagi saya tambah didalam snp untuk menjaminkan rumah tersebut dijual kepada saya juga dengan harga yang dinyatakan? boleh bagi cadangan x? manala tau..lps2 sign snp ade yg offer tinggi..boleh je dia break snp tersebut...huhhu... saya amat suka rumah tersebut....thanks...

PANDANGAN SAYA  
Seeloknya, isu utama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan dengan gadaian yang dibuat dengan pihak bank oleh pihak yang satu lagi (agak konfius sikit). Sila rujuk di dalam geran atau individual title bagi rumah tersebut, sama ada dinyatakan atau tidak transaksi gadaian yang telah dibuat dengan pihak bank. Jika ada, bank pasti akan memohon kaveat ke atas rumah tersebut bagi menjaga kepentingan bank. Kaveat ini akan menyebabkan sebarang urusniaga seperti pindah milik nama atas rumah tersebut tidak boleh diproses oleh pejabat tanah sehingga kaveat ini dilepaskan. Jika dalam konteks pinjaman, mestilah sehingga pinjaman selesai dibayar.   
 
Untuk sign S&P bagi urusan jual-beli boleh diteruskan bagi memastikan anda dapat memiliki rumah tersebut. Berkaitan syarat tambahan di dalam S&P, biasanya lawyer akan menggunakan syarat yang standard tapi mungkin kena bincang detail dengan peguam S&P anda untuk tambahan syarat. Dan harus diingat, sebarang syarat tambahan memerlukan persetujuan kedua-dua pihak (penjual atau pembeli). 
 
Dan akhirnya, walaupun anda suka sangat dengan rumah tersebut pastikan keputusan pembelian anda tidak dipengaruhi dengan emosi. Kita hanya merancang, tapi tuhan yang akan menentukan. 
 
Saya juga mengalu-alukan pandangan dan komen. Terima kasih.

JOM BELI NISSAN ALMERA

Nissan ALMERA dijual pada harga atas jalan termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan :


  
Varian E 1.5 Manual (RM66,800)
Varian E1.5 Automatik (RM69,800)
Varian V 1.5 automatik (RM76,800) 
Varian VL 1.5 automatik (RM79,800)

Jika dilihat dari segi, adalah sangat menarik dan rasanya harga mampu milik. Bentuk kereta memang sangat menepati citarasa rakyat Malaysia. Korang rasa sesuai tak kalau kereta nie kita buat busines kereta sewa. Pendek kata, tepuk dada, tanya selera

22 November 2012

Review Buku Berani Kaya : Kuasa Imaginasi


Berimaginasi sebenarnya bagus untuk merangsang minda kita untuk berfikir, pada akhirnya akan keluar sebagai hasil. Cara seseorang berfikir (apa yang difikirkan) dan digambarkan (dalam fikiran) akan mempengaruhi perasaan dan cara seseorang itu bertindak terutamanya cara seseorang itu membuat keputusan. 

Tiada siapa yang akan menyalahkan anda jika anda berimaginasi dan anda tidak perlu berbelanja untuk berimaginasi. Keindahan imaginasi memberikan motivasi kepada anda untuk maju ke hadapan.

Tapi jangan jadi seperti Mat Jenin yang berimaginasi di atas pokok, berimaginasilah di tempat yang selamat dan berpijak dibumi yang nyata.

19 November 2012

Review Buku Berani Kaya : Pakailah 'baju berani'

Di awal perbincangan di dalam buku Berani Kaya, karya Dr Stapa.. beliau telah memberikan takrifan mengenai kaya. Salah satu masalah yang dihadapi oleh golongan bumiputera adalah sentiasa hidup dalam dunia sendiri yang selesa... kita sebenarnya digalakkan untuk memakai baju berani. 

Keberanian akan dicapai jika kita percaya dengan diri kita dan kita mesti mempunyai kehendak/keinginan untuk mencapai sesuatu. Untuk mendapatkan kepercayaan dalam diri, ianya perlu dibina dengan ilmu, Jadi kata kuncinya adalah belajar.... mulakan dengan mendengar bab kata Einstein, "believe, start, listen."

16 November 2012

Tak Susah Sebenarnya....

....Ramai je dah beli rumah berbiji-biji..kawan aku  tak kerje pun, lelakinya cuma pemandu kepada pensyarah kat UKM je, tapi ada 2 biji rumah..satu rumah flat, satu rumah teres..sewa kat org satu..dahlah flat yang dia duduk merupakan tempat yg strategik, dekat dengan segala kemudahan, jadi konpem leh sewakan mahal2 kan.

....Ada sorang lagi kawan aku umur baru 30 tahun tapi rumah dah 3 biji... 2 flat 1 teres.. rumah flat murah je kan, nak2 yang kos rendah sebulan kawan aku bayar baru RM200 lebih tapi standardlah sewa kat orang dah 300-400 lebih kan..so dah leh untung situ.

....Seronoklah yang ada banyak rumah ni, aset tu..buleh sewakan kat orang tak ke untung. tapi kan aku tengak kengkawan yang ade umah 2-3 biji ni semua pakai kereta murah-murah je dan kereta pun satu je..handpon pun cikai je takdelah cam sesetengah org duit abis sibuk nak pakai kereta mewah,mekap kereta lah..beli gadget itu ini nak menunjuk kat orang tapi harta yang penting macam rumah langsung tak dibeli, rela la menumpang rumah mak pak. Takpun berselesaan duduk di kuarters atau menyewa..lebih baiklah bersusah-susah dulu sebab nak bayar loan rumah daripada beriak-riakkan menayang kereta mewah dan gadget canggih.

....Yelaa..rumah ini penting makin lama tanah makin takde..so harga umah makin mahal la. Takpe je kalo memula beli rumah flat dulu pun..beli je rumah mana mampu dulu..kawan-kawan aku yang rumah 2-3 biji tu pun asalnya dok rumah flat dululah redho je naik tangga turun tangga lama2 mampu gak dok rumah teres.

....Bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian..ni kang kahwin dah 20 tahun rumah sebiji pun takde dok menyewa rumah org berpuluh tahun baik bayar loan umah dah settel kan kalau dok memilih nak beli umah seketul yang harga setengah juta memang tak mendapatlah rumah sampai sudah.... beli ajelah ikut kemampuan..

....Aku ni pun rasa syukur sangat dapat duduk rumah sendiri walaupun sebuah apartmen aje tapi syukurlah ada rumah juga..insyaallah kami pun bercadang jika diberi rezeki yg lebih bila kereta dah abis loan nanti, memang nak gak beli rumah lagi..mula-mula nak hidup ni beginilah hutang keliling pinggang dulu, yang pasti hutang yang relevan lah macam rumah dan kereta, bukannya belanja yang kurang penting macam perabot ke dan gadget yang canggih ke.

NOTA ;

Statement nie aku ambil dari http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=675009. Ada point yang boleh difikirkan.

Apa yang ingin aku kongsikan disini sebenarnya kesedaran dan pandangan masyarakat kita dalam membeli rumah sebenarnya tidak sama..... Ada yang kata nak beli teres terus...... ada yang nak beli apartment dulu dan ada yang suka hidup menyewa. Tepuk dada tanya selera.

15 November 2012

JKIDs PARTY PARADIGM MALL


...sempena cuti awal muharam, aku bawa anak bermain kat sini.
Bayaran masuk sebanyak RM30.
Satu lagi, wajib pakai stokin...
kalau takder stokin, boleh beli di kaunter masuk.

pandangan aku, tempat nie menarik dan sesuai untuk anak bermain.

14 November 2012

AES : Ikut Tapi Tidak Gembira.

AES atau nama penuh Sistem Penguatkuasaan Automatik merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh JPJ bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemandu yang melebih had laju yang ditetapkan.

Selalu disebut, tujuan AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tapi adakah kita yakin bahawa AES ini akan mengurangkan kes kemalangan. Aku tak pernah lagi dapat saman yang dibuat oleh AES tapi media utama sering menyatakan pelaksanaan AES akan memberi kesan yang baik kepada pengguna jalan raya.

Hakikatnya kita rakyat malaysia tidak selesa dan tidak suka apabila yang menghukum kita adalah mesin atau sistem komputer. Sebabnya sistem ini akan menghukum berdasarkan logik yang telah direka dan ditetapkan oleh manusia. Kita takut sistem ini akan dimanipulasi atau ketepatannya tidak menyakinkan. Kita juga tidak tahu berapa ianya akan dapat berfungsi dengan baik.

Rasanya kita tiada masalah jika yang mengeluarkan saman itu adalah Polis atau JPJ sendiri. Akhirnya, pengguna jalan raya tetap akan membayar saman walaupun saman tersebut dikesan menggunakan AES tetapi bagi saya, kita tidak akan rasa gembira dengan keadaan ini.

Konsep homestay yang telah diperluaskan.


Jika dirujuk di dalam wikipedia, homestay atau Inap desa bermaksud rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.

Tapi sekarang, setau aku konsep homestay ini telah diperluaskan dimana bukan sahaja disewakan bilik, malah diberi sewa satu rumah sekaligus.

Baru-baru aku ada berkesempatan ke Changlun, Kedah, g berjalan rumah abang aku, dan semasa aku pusing-pusing taman perumahan, aku jumpa banyak rumah yang dijadikan homestay, hampir 10 biji yang aku jumpa. Aku rasa target penyewa homestay ini mungkin semasa minggu konvokesyen di UUM, permintaan untuk homestay ini akan meningkat.

Dan kalau kita search kat internet, hampir semua bandar-bandar kecil, ada diiklankan rumah homestay. Industri homestay ini telah berevolusi daripada berkonsepkan menyewakan bilik, sebaliknya ianya menjadi konsep menyewa rumah ala hotel mahupun apartment servis.

Satu industri yang menarik untuk diterokai tetapi kita perlu pandai untuk buat kiraan pulangan pelaburan.

12 November 2012

Wang dan Kewangan

Kita sering mendengar kenyataan berikut ;

i. aku takde modal sekarang, macam mane nak mulakan bisnes hartanah yang memerlukan berjuta ringgit.
ii. sekarang, aku mempunyai terlalu banyak hutang dan rekod CCRIS aku pun ada banyak masalah, boleh ke aku menceburi pelaburan hartanah.
iii. boleh ke aku mendapat pembiayaan dengan kadar 90% untuk membeli beberapa unit hartanah.

Untuk memahami dan mengatasi masalah ini kita perlu faham mengenai wang dan kewangan.