26 March 2012

Kerja itu nikmat kehidupan?

....Cuba bayangkan, bila kita bangun pagi-pagi, kita takde tujuan? nak pergi keja, tapi kita tak keja, takde pejabat, tak kawan-kawan opis. kalu dah takder keja, takkan kita asyik nak g jalan2 je atau g windows shopping....

itulah perasaannya bila kita takde kerja, pasti kita akan hilang punca. cumanya kita nie bila bekerja, kita akan rasa terbeban. sebabnya, kita nak yang terbaik, yang jadi yang paling pandai buat kerja, bila kita tak  mampu nak mencapai standard yang kita sendiri letak, tu la punca kita rasa kita nie tidak menyumbang dalam pekerjaan kita. ibaratnya, macam makan gaji buta.

kita dan kerja sebenarnya bersulam dalam sebuah kehidupan. dengan adanya pekerjaan, warna kehidupan kita akan berwarna warni, bila kita ada banyak sangat keja, kita akan rasa stress, kita pilih warna Merah, bila dapat gaji, kita rasa happy sangat, kita akan pilih warna biru, bila kita rasa dah berjaya menyiapkan satu tugasan yang diberikan dengan baik, kita akan pilih warna pink... sebab itu bagi aku kerja itu satu nikmat dalam hidup kita.

23 March 2012

Mari kita bersabar

Kalau rasa marah, geram dan tak suka dengan sesuatu perkara tu, apa yang patut kita buat. Lepaskan geram atau kita akan mula memaki hamun, memang kita akan buat satu tindakan yang kita rasa tindakan yang betul. cumanya, ianya akan betul pada masa itu sahaja.

Eloknya bila perasaan begini muncul dalam diri kita, elok la kita bersabar... ataupun kita beristifar supaya dapat menenangkan diri kita.

19 March 2012

Jem di KL

Kalu disuruh meeting di KL kul 9 pagi, aduh memang kena ader perancangan yang betul. Pukul berapa yang patut untuk bertolak bagi mengelakkan lambat sampai. Jem di KL ini memang dijangka, tahapnya tidak menentu. Ada yang jem sampai tak bergerak langsung, ade yang bergerak perlahan-lahan, tapi jangan terkejut yang macam tak jem langsung. Itu la uniknya jem di KL.

18 March 2012

Hot Air Ballon at Putrajaya

Pesta belon panas antarabangsa putrajaya nie kali keempat dianjurkan, tapi kali pertama aku pergi. Lagipun, aku punya masa senggang dihujung minggu, elok jugak la kali aku dan keluarga melihat-lihat sekitar pesta belon panas nie.

Lokasi pesta nie, seperti tempat pesta-pesta lain yang biasanya diadakan di Putrajaya. Memang lokasi ini sesuai, cuma terdapat penambahbaikan yang perlu diberi perhatian oleh Perbadanan Putrajaya. Eloknya semua kawasan parking, diturap dengan baik, akan lebih memberikan keselesaan.

Kalau nak dibandingkan dengan Floria, pengunjung pesta belon panas lebih ramai. Sampai nak mencari parking, perlukan kesabaran yang tinggi. habis semua bahu-bahu jalan akan menjadi parking. Lagipun, kawasan-kawasan parking yang sedia ada, telah dijadikan sebagai kawasan pesta, macam gerai-gerai dan booth yang lain.

Satu lagi, aku perhatikan ramai orang-orang cina yang hadir ke pesta nie. Satu perkara yang menarik untuk dijadikan persoalan, mengapa dan kenapa? agaknya ader kaitan dengan budaya masyarakat cina, atau ader sebab lain yang aku sendiri pun tak pasti.

Selain dari belon panas, tarikan lain yang ader seperti pengalaman menaiki helikopter dan membeli pelbagai barangan cenderahati. Umumnya, aku rasa dengan sambutan yang baik daripada masyarakat, pesta ini sangat wajar untuk diteruskan pada tahun hadapan.

17 March 2012

My Red Iswara

Iswara Merah, kereta pertama yang aku miliki. Kalau tak silap, aku beli kereta tu masa tahun 2003, time tu opis aku kat Subang Jaya. Kalau dikenang, memang sangat banyak jasa kereta ni. kepada aku dan juga kepada keluarga aku.

Yang bagus pasal kereta iswara, tak banyak masalah. bagi aku yang penting kena servis ikut jadual, kalau ader bunyi sikit-sikit, kena check ngan bengkel. kerosakan kena la dibaiki dengan lebih awal. setakat ni tak pernah la kereta iswara nie mati tengah-tengah jalan.

ari nie aku baru pergi servis kereta iswara nie... kat bengkel biasa aku, Top Mix. rasanya dah hampir 4 tahun aku akan servis kereta kat sini. bukan la sebab dapat murah, cumanya aku agak puas hati dengan kebolehan mekaniknya. bila kita dah biasa servis kat situ, mekanik nie akan beri pandangan dengan lebih jujur, bukan nak ambik kesempatan kat pelanggan. tu la strategi aku setia kat satu bengkel je.

15 March 2012

Jusco telah bertukar menjadi Aeon

Kenapa tukar? aku pun tak pasti. itu ari aku nampak kat buletin utama.
Maybe sebab ader pertukaran pengurusan.
tapi nama Aeon tu macam tak sedap. payah nak sebut dan tak catchcy langsung.
biaq pi kat depa... walaupun aku tak berapa minat shopping kat jusco nie. tapi aku selalu gak pegi windows shopping.

14 March 2012

Road Tax di JPJ Bandar Baru Bangi

Kalau road tax mati, biasanya teman akan pergi ke Pejabat Pos untuk renew semula. Kat Pejabat Pos nie kita buleh buat urusan, 2 dalam 1 ( 2 in 1), mula-mula kita akan renewkan insuran kereta, dalam masa yang sama kita akan renew road tax kereta sekali. Sekali pandang memang kita rasa mudah. cumanya, perkhidmatan pejabat pos nie rojak, kiranya pelbagai la. Disebabkan itu kita masa menunggu pun akan menjadi lebih lama, sebab public ramai yang datang dengan pelbagai urusan seperti bayar bil, beli setem, kiriman bungkusan.

Sekarang teman dah ubah strategi, kalau nak idupkan road tax elok buat direct kat JPJ. Teman dah dua kali berurusan dekat JPJ Bandar Baru Bangi. Lokasi JPJ nie kat kawasan rumah kedai yang diubahsuai menjadi pejabat. Ianya terletak kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kawasan ni tidak la terlalu padat. Yang paling penting, kawasan parking kereta pun banyak dan percuma.

Biasanya sebelum kita nak idupkan road tax, kita kena renewkan insuran dulukan. Kat kawasan sekitar JPJ nie ader banyak ejen-ejen insuran yang menawarkan perkhidmatannya, kita buleh pilih nak ambik insuran dari syarikat mane. Tepung dada, tanya selera.

Selesai renew insuran, buleh terus pergi ke Pejabat JPJ. Ambik nombor giliran, insyallah dalam masa 5 minit urusan renew road tax akan selesai. Public pun tak berapa ramai yang datang berurusan. Masa menunggu pun sangat singkat. Tempat pun selesa. Itu la pengalaman yang sukan teman kongsikan untuk panduan bersama.

13 March 2012

Penat

Bulan 2 yang bulan yang agak memenatkan.
Aku tak mengemaskini blog disebabkan sibuk dengan urusan peribadi.
Namun aku terus berdoa moga tuhan terus berikan aku idea untuk menulis.
Kadang-kadang tidak mudah untuk mengarang, nak bagi menarik lagi la payah.