25 October 2011

Tahap Mendidik Anak

Rasulullah S.A.W telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu :

TAHAP PERTAMA
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab

TAHAP KETIGA
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT
Anak berumur lebih 21 tahun, para ibu bapa hendaklah memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.  

20 October 2011

Lesen Ikut Tarikh Lahir



...satu usaha yang baik, tapi kenapa sekarang.. kenapa tak dibuat 50 tahun dahulu, masa baru merdeka. agaknya dulu kita tak terpikir...apa yang baiknya, sebab kome selalu benor lupa nak idupkan lesen kereta kome... teman pun ader pengalaman juga, lupa nak idupkan lesen kereta, bukan takder duit...masa lupa tu, konpiden je bila bawa kereta, langsung tak takut kena saman.... bila dah tau lesen dah mati, takut pulak nak bawak kereta selagi lesen tak diidupkan...sebab apa buleh lupa? ye la banyak sangat tarikh yang nak diingatkan.... lagi kita bukannya tengok lesen hari2, macam kita tengok handphone... memang logik la kalu akan terlupa...
... makanya lepas, insyaallah rakyat malaysia tak lupa nak idupkan lesen kereta, ye la bila dah sama dengan tarikh lahir...takkan la tarikh lahir sendiri pun buleh lupa... lepas kalu sapa sambut birthday teman akan ucapkan.... 'Selamat hari lahir, jangan lupa idupkan lesen kereta... '

Artikel dari Berita Harian :

KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun. Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit. Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac.

Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.

Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.

Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013.

Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.

Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan. Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya. [ Berita Harian - 20 Oktober 2011 ]

08 October 2011

Manipulasi Harga di Hypermarket

Satu perkara yang aku selalu perati adalah harga barang yang dijual di hypermarket macam Giant dan Tesco selalu berubah-ubah. Kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah.Rasanya depa nie dok memanipulasi harga untuk mengaburi mata pengguna. Iklan dan promosi boleh dikatakan hampir setiap minggu. Eloknya kita kena kaji dan buat perbandingan harga barangan yang ditawarkan. Pasti kita akan ketahui teknik manipulasi yang depa mainkan.

Kalau ikut pengalaman teman ler, memang ader barang yang depa tawarkan memang sangat murah berbanding dengan tempat lain, tapi satu dua barang je. Bila kita dah masuk dalam giant tu, takkan lepas tu nak pergi tesco lagi, lepas tu pegi pasar borong lagi... kos duit minyak pun akan jadi banyak le. Tentunya kita beli semua barang yang kita nak kat satu tempat je. Maybe sebab ini la, yang menyebabkan hyper nie main harga. Depa yang untung secara total.. contohnya, barang A, barang B dan Barang C. Barang A depa letak harga murah, kira buang harga la, barang B kira standard tak perubahan harga, Barang C depa up sikit harga... jadi ye hyper nie konon buat promosi, kata mereka menawarkan harga yang terendah di pasaran, tunjuk la gambar Barang A. Maka berjaya la hyper ni menarik pelanggan berduyun-duyun, hakikatnya, Barang A je yang murah tapi Barang B dan C sama je atau lebih sikit.

Disini peranan kita sebagai pelanggan atau pengguna kena bijak agar tidak dimainkan oleh hyper-hyper ni yang tumbuh bagai cendawan. Yang agak maintain harga, Mydin. So far teman rasa harga barang kat Mydin atau MyMydin memang maintain la.... maner yang murah akan kekal murah..Ada la satu dua barang yang maner harganya agak lebih sikit dari tempat lain. Eloknye, jadilah pengguna bijak.

07 October 2011

C.I.N.T.A


Cinta adalah satu perkara yang indah dan mengasyikkan, Tahukah anda saat dilamun perasaan itu? Tiada cara mudah untuk mencari kebenaran di sebalik perasaan anda atau individu lain. Namun, ada beberapa tanda memberitahun kisah cinta mula mekar.
  • Anda tahu kerana anda sudah pun mula bercerita mengenai perasaan istimewa terhadap seseorang itu kepada rakan
  • Apabila meluangkan masa dengan si dia, anda sangat selesa bahkan mesra
  • Jika atau apabila anda merasa cemburu, perasaan itu akan hilang kerana anda yakin bahkan percaya dengan pasangannya anda tentang keikhlasannya
  • Rasa tenang apabila bersama pasangan
  • Apabila anda berbincang mengenai sesuatu dengan pasangan, walaupun terpaksa berdebat, anda masih dapat mengawal emosi bahkan selepas itu keadaan menjadi lebih mudah untuk diuruskan bersama
  • Pasangan tidak pernah meminta anda untuk memilih antara dia atau sebaliknya kesetiaan anda kepada keluarga dan rakan
  • Sama ada anda atau pasangan anda berasa perlu untuk menguji kesetiaan atau perasaan antara satu sama lain
  • Anda senang bersamanya walaupun bersama rakan lain
  • Jika seks adalah keperluan utama dalam hubungan yang dijalin, maka perasaan yang hadir itu bukanlah cinta sebenar. Cinta sepatutnya tidak hanya berlandaskan keinginan nafsu sebaliknya tanggungjawab dan komitmen bersama.

04 October 2011

Buku ' Senyumlah'


Teman baru beli sebuah buku karya Syed Alwi Alatas, buku tu bertajuk SENYUMLAH. Teman terpanggil beli buku, sebabnya cara penulisan syed alwi alatas semasa teman preview buku nampak bersahaja.

Rasanya buku ini menyampaikan berkaitan masalah dan kehidupan kita.... salah satu perkataan yang tertulis kat muka depan dia, APA PUN MASALAHMU, IA PASTI AKAN BERLALU.... satu frasa yang menunjukkan kita jangan lari masalah... hidup akan lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat kita hadapi dengan cara yang betul.....

Biar teman baca dulu... nanti teman akan kupas perkara menarik yang teman jumpa.

30 September 2011

Apa Temanya?

Dalam kita nak melakukan sesesuatu pekerjaan atau melaksanakan sesuatu arahan kita kena tau, apa temanya? Tema ni sebenarnya merupakan tujuan atau hala tuju kita dalam melaksanakan arahan tersebut.

Tema ini juga bagi memastikan kita mempunyai keseragaman antara satu sama lain. Misalannya, kita hendaklah melangsungkan sebuah majlis perkahwinan, soalan pertama yang akan ditanya oleh perunding perkahwinan, apa temanya? persandingan dalam taman ke, perkahwinan ala arab ke. Penentuan warna juga merupakan tema perkahwinan tersebut.

Tu belum masuk masa sambutan raya, dah ramai keluarga yang akan menetapkan warna tema bagi baju raya masing-masing. Selain menunjukkan keseragaman, ia juga akan mewujudkan semangat bersatu padu.

Tapi bila dah malas, ader pula yang akan mempersoalkan, apa tema-tema! buat menyusahkan je... pakai je la apa yang ader. Maka, apa pandangan anda ?

28 September 2011

Sapa lebih tertekan.

Anda merasa tertekan. Apa puncanya. Sebab peribadi, macam masalah anak atau masalah keluarga. Sebab kerja, macam laporan yang masih tertangguh, bos nak cepat atau rakan sekerja berlagak semacam. Sebab sosial, jiran suka skodeng kita atau kacau kawasan parking kereta kita. Macam-macam sebab yang boleh menjadikan kita tertekan.

Biasanya, ramai yang akan mengaitkan tekanan disebabkan kerja atau kerjaya yang selalunya memberikan tekanan kepada kita. Tapi kalau tak bekerja turut memberi tekanan kepada kita. Dalam banyak kerja yang ada kita muka bumi, semua kerja ader tekanannya tersendiri.

Kalau kerja makan gaji, tentunya kita kena mendengar dan melaksanakan apa yang disuruh oleh majikan kita. Kegagalan melaksanakan kerja seperti yang disuruh, memberikan tekanan kepada kita.

Dalam mencari kerja nie, kita utamakan apa? gaji yang lumayan, kerja yang mudah/ringan, suasana kerja yang selesa, jarak tempat kerja yang dekat dengan rumah kita. Kalau dapat semua pakej ini, memang bertuah badan. Rasanya memang payah la nak dapat. Mesti ader kekurangan dimana-mana. Kekurangan ini akan membawa tekanan kepada kita. Contohnya, gaji lumayan tapi kerja kena banyak berfikir dan volume yang banyak. Kalu dapat gaji sikit, tapi suasana kerja yang seronok juga menyebabkan kita nak mencari kerja lain sebab perlu duit yang lebih banyak.

Kalau kerja sendiri pula, tentunya kita kena pastikan kerja kita memberikan pulangan atau keuntungan kepada kita. Nanti kita buat kerja sia-sia, kalau takder hasil. Macamaner nak tanggung keluarga. Apa yang kita patut buat untuk pastikan kita tak buat kerja sia-sia.

Tekanan dalam kehidupan kita sukar untuk dipisahkan. Namun kita tetap perlu meneruskan hidup. Lari dari masalah akan memberikan masalah. Keimanan dan ketakwaan kepada tuhan merupakan jalan penting yang perlu kita ader supaya kita akan hidup dalam keadaan yang redho.