27 September 2011

Gurauan Bertukar Menjadi Serius


Bergurau sesama sendiri memang menyeronokkan. Bergurau boleh membawa kegembiraan dan ketawa. Dengan bergurau kita akan sentiasa merasa gembira selalu.

Cuba kita fikir, masa bila selalunya kita bergurau. Biasanya kita bergurau bila masa kita bersembang sambil melepak minum teh tarik kat kedai mamak, atau masa berbincang dalam sebuah kumpulan kecil. Pada saat beginilah gurauan akan terjadi. Ianya menjadi sendi perbualan kita, ye la tak nak serius memanjang.

Gurauan nie berkisahkan agenda mengena atau memperli orang lain. Bagi orang yang kita dah kenal hati budi, biasanya akan mudah menerima tanpa menganggap gurauan itu sebagai satu perkara yang menyakitkan. Ada juga keadaan dimana kita tidak dapat menerima gurauan itu sebagai perkara yang lawak. Ini boleh menyebabkan kita tersinggung dan boleh mencetuskan pergaduhan kecil antara sesama kita.

Kebijakan kita dalam mengenalpasti dan melihat keadaan untuk bergurau sebenarnya penting. Ini bagi memastikan kita tidak tersilap mengeluarkan usikan yang boleh mewujudkan perasaan tidak puas hati kepada orang lain.  

26 September 2011

Mendera atau Didera


Pernah ke kita mendengar isteri mendera suami. Dunia sekarang sudah berubah. Wanita sekarang sudah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki. Apa yang kebiasaanya orang lelaki patut buat, zaman sekarang orang perempuan pun mampu untuk buat sama.

Maka isu isteri mendera suami, bukanlah menjadi isu yang jangkal pada hari ini. Kalau zaman 50an dan 60an, memang kaum isteri sangat bergantung hidup dengan suami. Mulai tahun 90-an, ramai isteri yang berkerjaya dengan niat untuk membantu suami. Diberatkan pula keperluan hidup yang semakin mahal dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat. Bila isteri turut sama bekerjasama dalam menyumbang kepada ekonomi keluarga, beliau merasakan dia punyai hak bersuara dalam menentukan keputusan dalam sebuah keluarga.

Penderaan terhadap suami ini boleh berlaku dari segi mental dan fizikal. Penderaan mental merupakan penderaan terhadap emosi dan perasaan suami. Sebagai contohnya, isteri memboikot malas memasak, maka terpaksalah suami membeli makanan atau makan di luar. Secara luarannya, nampak macam tiada sebarang masalah, tetapi kalau perkara ini kerapkali terjadi, memang memberi kesan emosi kepada suami. Penderaan fizikal pula merujuk kepada tindakan memukul atau wujudnya 'body contact'. Ini boleh berlaku dalam keadaan wujudnya perasaan tidak puas hati yang diluar batasan.

Suami atau lelaki yang didera, biasanya dikalangan lelaki yang memiliki status sosial yang rendah dari segi kekayaan atau pekerjaannya berbanding dengan isterinya. Ini menyebabkan hak untuk suami untuk bersuara dalam perbincangan keluarga juga akan turut rendah sama. Isteri biasaya akan lebih dominan, dan suami akan menurut sahaja, dengan tujuan bagi mengelakkan perselisihan faham.

Dalam membahaskan isu ini, tiada penyelesaian yang jelas. Rasanya kita kena faham tujuan sebuah perkahwinan. Umumnya, perkahwinan ini merupakan perkongsian hidup, maka perlu ada TOLAK ANSUR yang kemas antara suami dan isteri. Perasaan tidak puas hati sentiasa akan timbul, baik dalam diri suami mahupun isteri. Kedua-dua perlu mengamalkan konsep muhasabah diri dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Amin.

23 September 2011

Kuasa Kedudukan atau Kuasa Wang


Kome paham ke tajuk yang teman tulih kat atas tu.... kalo kome tak buat paham, coba kome baca sekali lagi... key wordnya adalah KUASA... Memang betul, salah satu nikmat hidup, jika kita mempunyai kuasa.

Dalam pekerjaaan kuasa dan pangkat saling berkait antara satu sama lain. Lagi tinggi pangkat, lagi banyak kuasa yang dipegangnya. Selalunya bila kita takder kuasa, selalunya kita akan kate 'ala nak buat macam maner'... 'ikutkan je la'...  Bila kita ade kuasa pulak, kita lupa akan nasib anak buah ke kite... bagi kita yang penting, kerja siap. bagi teman ini lebih kepada kuasa kedudukan. kome setuju tak.

Macamana pula dengan kuasa wang? Rasanya kuasa wang berdasarkan kemampuan kita membeli barang. Dengan adanya wang kita mampu membeli barang yang berkenan dihati. Jika kita takde kuasa wang, kita akan menumpukan kepada perbelanjaan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Masa bila pulak kuasa wang dan kuasa kedudukan ini bertemu. Mudah aje. Lagi tinggi pangkat kite, lagi banyak kuasa yang dipegang, lagi tinggi la gaji yang dibayar, maka meningkat la kuasa wang.

Cuba kita pikir semula, kadang-kadang kita punya kuasa, biasanya kuasa tu terhad dalam satu satu ruang lingkup aje. Contohnya, kita boleh mengawal kakitangan kita di pejabat, untuk pastikan depa semua buat kerja rajin-rajin, tapi kita tak mampu mengawal kakitangan pejabat yang kita berurusan supaya kerja rajin-rajin. Nampak tak, had kuasa yang kita ade.

Sama juga le keadaan dengan kuasa wang. Walaupun bergaji besar, namun titik kepuasan dalam kita membelanjakan duit meningkat naik juga. Oleh itu, kita akan tetap berperasaan yang kita perlukan lebih banyak duit lagi.

Apa yang teman nampak bila bincang isu ini, kuasa kedudukan dan kuasa wang ini akan dikawal oleh nafsu. Sebenarnya yang penting kita kena bijak mengawal nafsu, tak kira la nafsu amarah, nafsu makan atau nafsu berbelanja. Dengan nafsu yang terkawal, kita akan sentiasa redha dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Mari la kita menjadi insan yang bersyukur.

22 September 2011

Kegilaan Kepada K-POP

Fenomena baru di negara kita... ada pendapat mengatakan golongan remaja pada hari ini begitu meminati drama dan lagu daripada korea... malah sekarang ianya lebih dikenali sebagai 'K-Pop'

Itu lah nilai rakyat kita. Mudah menyukai budaya luar, tapi menganggap budaya sendiri 'out of dated'. Persoalannye kenapa? Mereka mengatakan citer ni lebih baik, penuh dengan adegan romantik dan pasti disebabkan jejaka yang melakonkan mempunyai watak yang charming dan punyai 'pesona bintang'

Kalau kita imbas semula, sebelum ini rakyat Malaysia begitu meminati drama atau filem daripada India.... habis tisu ... lepas drama indon.... la nie drama korea... tapi sebenarnya semua ini adalah hiburan. Mana yang menghiburkan pasti akan diminati.

19 September 2011

KENAPA ANDA PERLUKAN VITAMIN?

Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang cepat. Saiz partikel makan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.

Pemakanan dan peminuman
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

Pengambilan Alkohol
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pancreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alcohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxine, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

Merokok
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.

Pengambilan Julap
Pengambilan julap atau laxative yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat – waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.

Proses Makanan
Makanan yang dimasak dengan lebih lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang diproses
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.

Pengambilan antibiotic
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

Sakit
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih banyak zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C lebih banyak.

Tekanan
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan.

Pre Menstrual Syndrome (PMT)
Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

Mengandung
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosphorus.

Kurang Pendedahan Pada Cahaya Matahari
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolism kalsium.

06 September 2011

Apabila Kemalasan Melanda.

Malas... satu perkataan yang biasa kita dengar, biasa kita sebut dan biasa kita buat. Persoalannya kenapa kita jadi malas. Rasanya malas ni ader kaitan dengan emosi kita. Bila emosi kita tidak stabil atau tertekan, perkataan malas akan sentiasa melingkari jiwa kita.

Bila malas nak tulis blog... penyebabnya emosi aku tak stabil. Maka idea untuk menulis pun semakin menipis.

11 July 2011

BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT?


Tidak dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakkan kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad. Keadaan itu pastinya membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua.

Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang ‘sediakan payung sebelum hujan’

Proses penuaan setiap orang berbeza dan ia banyak bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan. Individu yang sering bersikap positif dan mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan.

Kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti (kegemukan) dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.

Senaman secara berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental kerana bukan saja dapat mengurangkan berat badan serta tekanan, malahan tekanan darah rendah, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.

Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan makan makanan seimbang. Pengambilan air bersih yang cukup mampu menajamkan pemikiran di samping ia dapat mengelakkan penyakit dan kulit yang lebih cantik.