Fenomena baru di negara kita... ada pendapat mengatakan golongan remaja pada hari ini begitu meminati drama dan lagu daripada korea... malah sekarang ianya lebih dikenali sebagai 'K-Pop'
Itu lah nilai rakyat kita. Mudah menyukai budaya luar, tapi menganggap budaya sendiri 'out of dated'. Persoalannye kenapa? Mereka mengatakan citer ni lebih baik, penuh dengan adegan romantik dan pasti disebabkan jejaka yang melakonkan mempunyai watak yang charming dan punyai 'pesona bintang'
Kalau kita imbas semula, sebelum ini rakyat Malaysia begitu meminati drama atau filem daripada India.... habis tisu ... lepas drama indon.... la nie drama korea... tapi sebenarnya semua ini adalah hiburan. Mana yang menghiburkan pasti akan diminati.
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Yang baik pastinya dari Tuhan yang Esa dan yang buruk atas kelemahan kita. Mari kira bermuhasabah diri.
22 September 2011
19 September 2011
KENAPA ANDA PERLUKAN VITAMIN?
Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang cepat. Saiz partikel makan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.
Pemakanan dan peminuman
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
Pengambilan Alkohol
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pancreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alcohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxine, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.
Merokok
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.
Pengambilan Julap
Pengambilan julap atau laxative yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat – waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.
Proses Makanan
Makanan yang dimasak dengan lebih lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.
Makanan yang diproses
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.
Pengambilan antibiotic
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.
Sakit
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih banyak zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C lebih banyak.
Tekanan
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan.
Pre Menstrual Syndrome (PMT)
Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.
Mengandung
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosphorus.
Kurang Pendedahan Pada Cahaya Matahari
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolism kalsium.
06 September 2011
Apabila Kemalasan Melanda.
Malas... satu perkataan yang biasa kita dengar, biasa kita sebut dan biasa kita buat. Persoalannya kenapa kita jadi malas. Rasanya malas ni ader kaitan dengan emosi kita. Bila emosi kita tidak stabil atau tertekan, perkataan malas akan sentiasa melingkari jiwa kita.
Bila malas nak tulis blog... penyebabnya emosi aku tak stabil. Maka idea untuk menulis pun semakin menipis.
11 July 2011
BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT?
Tidak dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakkan kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad. Keadaan itu pastinya membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua.
Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang ‘sediakan payung sebelum hujan’
Proses penuaan setiap orang berbeza dan ia banyak bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan. Individu yang sering bersikap positif dan mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan.
Kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti (kegemukan) dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.
Senaman secara berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental kerana bukan saja dapat mengurangkan berat badan serta tekanan, malahan tekanan darah rendah, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.
Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan makan makanan seimbang. Pengambilan air bersih yang cukup mampu menajamkan pemikiran di samping ia dapat mengelakkan penyakit dan kulit yang lebih cantik.
07 July 2011
Tips : Penggunaan Minyak Masak
- Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jangan dicampurkan dengan minyak lama.
- Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan. Jika menggoreng jemput-jemput ikan, sebelum habis goreng pertama, cepat-cepat masukkan gorengan kedua. Jangan pula biarkan api lama menyala dan memanaskan kuali.
- Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak.Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua.
- Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak.
- Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.
- Jangan gunakan minyak yang sudah rosak.
- Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu.
- Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.
- Banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak.
05 July 2011
Risk Management atau Menguruskan Risiko
Bila kome baca tajuk ... mesti kome ingat teman nak bincang secara serius... betul tak.Kalu sapa2 yang amik degree, dalam management pasti biasa dengan topik nie... tapi setau teman ler, kita belajo dulu bukan nak pandai, bagi paham untuk jawab periksa je... lepas tu abih lupa balik. kira2 cam orang belajo buluh kasap, ingat ujong, pangkal lesap...
Sebenornya kita nie setiap menguruskan risiko, sama ada kita sedor ngan idak je... contohnya, bila kita pandu kereta....mesti kita akan tengok jalan, tengok kereta lain, tengok lampu isyarat... semua tindakan ini bertujuan untuk kita menguruskan risiko yang bakal kita hadapi....cumanya tindakan nie kita buat setiap hari, makanya idak ler kita anggap ianya satu masalah bagi kita....
bab lain, dalam kita menjalankan tugas atau kerja di pejabat... mesti kita kena paham, macam maner nak buat, kenapa nak kena buat, bila nak siap, sapa yang boleh tolong kita....semuanya ini berkait dengan kita dalam menguruskan risiko...
Pendek kata, kita memang menguruskan risiko setiap hari.... cumanya ader risiko yang tinggi, ader yang sederhana dan ader yang rendah....hidup tanpa mengambil risiko, bermakna kita bukan seorang yang berani menyahut cabaran..
01 July 2011
Nilai Diri
Apa yang korang bayangkan, bagi teman, kalau dalam konteks islam, kita panggil muhasabah diri. Disini teman nak kongsikan, antara konsep muhasabah diri yang patut kita buat dalam urusan kerja atau urusan peribadi.
Mengakui kelemahan diri
Mungkin ader yang kurang bersetuju, tapi sebenarnya bila kita tahu sesuatu kelemahan dalam diri, kita pasti akan cuba untuk cover bab yang kita lemah. Kadang2 kita akan cuba untuk tambah baik kelemahan itu.
Terima Kritikan Sebagai Hadiah
Wah... berat kenyataan nie. Tapi itulah hakikat, jika mampu menerima secara positif setiap kritikan, rasanya perasaan kecil hati atau geram pasti tidak timbul, malah kita akan lebih tenang dengan kritikan yang diberikan. Kritikan ini sebenarnya membina kendiri seseorang, yang mana melalui kritikan, kita akan memberikan yang terbaik dalam aktiviti yang akan datang.
Nasihatkan Diri Sendiri
Ibarat masuk bakul angkat sendiri... kena tak statement nie. biasanya kita mudah memberi nasihat kepada orang lain. Tapi kalau kita boleh nasihatkan diri sendiri, itu lah sebagus-bagus manusia.
Jangan Rantai Diri dengan 'Old Values'
Kita mesti berani berubah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

