Aku mungkin baru tau... tapi rasanya ramai yang tak tau. Kebiasaannya bagi kereta yang masih mempunyai baki hutang di bank, anda perlu berurusan dengan kaunter bank untuk renew road tax kereta tersebut.
Dan urusan ini tidak akan selesai dalam masa satu hari sahaja. Sekurang-kurang anda perlu 2 kali hadir ke kaunter bank, pertama untuk bayar insuran dan harga cukai kereta , manakala kali kedua, untuk mengambil road tax yang telah siap. Tempoh siap pun mungkin mengambil masa 3 hari sampai seminggu.
Tetapi anda ada alternatif untuk hidupkan road tax tanpa geran kereta. Anda boleh menggunakan mesin MySIKAP yang disediakan di Pejabat JPJ yang berdekatan. Seperti biasa, anda perlulah memperbaharui insuran kereta anda dengan agen insuran yang berdaftar. Sekarang ni mudah, agen insuran biasanya akan menggunakan sistem online insuran. Sistem online insuran ini akan link dengan Sistem di JPJ. So yang penting, anda pastikan semasa anda perbaharui insurans kereta, pastikan makluman insurans itu online dan dikemaskini dalam database JPJ.
Setelah itu, anda cuma perkara berurusan dikiosk MySIKAP yang disediakan di ruang khas dalam Pejabat JPJ. Urusan ini tidak boleh dilaksanakan secara tunai, anda perlu menggunakan sama ada Kad Kredit atau Kad Debit. Maklumat anda akan dikesan menggunakan MyKad. Anda hanya perlu ikut je arahan mesin kiosk tersebut.
Seingat aku, mulanya anda perlu pilih urusan 'LKM', pastu pilih button 'salinan', 'perbaharui' ... kemudian anda perlu memasukkan mykad di tempat yang disediakan dan disahkan menggunakan kad jari. Urusan ini tak boleh dilaksanakan jika mykad anda tidak boleh dibaca oleh mesin kiosk tersebut.
Selepas itu, anda perlu memasukkan no plat kereta, dan akan terpapar maklumat lesen kenderaan anda. Maklumat ini adalah sama dengan maklumat tempoh insuran kereta yang telah anda perbaharui. Sebab itu penting untuk anda pastikan maklumat insuran telah link dengan JPJ.
Kemudian, anda perlu membuat pilihan bayaran sama ada kad kredit atau kad debit. Selesai bayaran dibuat, mesin tersebut akan mencetak road tax kereta anda yang baharu. Mudah dan pantas. Anda juga boleh mencetak resit sebagai rekod. Bagi aku penting resit ini disimpan.