- Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 berbanding 7.70 sen yang diterima tahun lepas.
- Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bahawa 8.60 juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 1.00 sen seunit.
- Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pemegang unit secara kolektifnya memegang 137.07 bilion unit ASB.
- Beliau berkata, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, meningkat sebanyak 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun lepas.
- Manakala bagi bayaran bonus, ia melibatkan sejumlah RM804.43 juta, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 2013.
- Sehingga Selasa lepas, katanya, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.55 bilion.
- "Pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus, pendapatan daripada keuntungan jualan saham sebanyak RM4.23 bilion atau 40.1 peratus dan lain-lain pendapatan sebanyak RM1.68 bilion atau 15.9 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini.
- Prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham mengalami penurunan mendadak sejak kebelakangan ini.
- “Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015, bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus,” katanya. - Bernama
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Yang baik pastinya dari Tuhan yang Esa dan yang buruk atas kelemahan kita. Mari kira bermuhasabah diri.
18 December 2014
ASB: Dividen 7.50 sen, bonus 1 sen seunit
Subscribe to:
Posts (Atom)