28 October 2013

Baca Buku Ibarat Menonton Drama

Lately, aku suka membeli buku. Tak kira la, beli di MPH, Popular mahupun kedai buku yang lain. Tetapi bukan semua buku yang aku beli, aku akan baca dengan tekun. Sebabnya, teknik dan gaya penulisan akan menyemarakkan semangat aku untuk membaca. 

Sebab itu, ada la jugak beberapa buah buku yang telah dibeli tetapi tak habis dibaca. Aku gagahkan jugak untuk membacanya tetapi gaya penulisan menyebabkan aku tewas untuk menghabiskan pembacaan aku.

Sebab itu, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah buku yang akan menarik minat khalayak untuk membaca. Perlu ada tekniknya. Tambahan pula, kesukaan aku kepada teknik penceritaan pengalaman seperti travelog ataupun yang memaparkan biografi seorang tokoh terkenal. 

Jika penulisan berkaitan pengalaman sendiri, kita dapat merasakan kejujuran penulisan dalam menyampaikan pengalamannya, yang bagus kita mudah atau rasa dekat dengan perkara yang ingin disampaikan.

Penulisan mengenai biografi pula akan memaparkan corak pemikiran tokoh yang tersebut. Bagaimana latar belakang hidupnya menjadikan beliau seorang tokoh hebat yang berjaya, tak kira sama ada beliau seorang usahawan, ahli perniagaan, ahli politik mahupun wartawan. 

Sebab itu, keinginan aku untuk menghasilkan sebuah buku masih ada, tetapi aku masih samar sama ada aku mampu atau tidak. Moga dipermudahkan. 

13 October 2013

Ada apa dengan CCRIS

Bagi yang pernah membuat pinjaman bank, tak kira la sama ada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan mahupun pinjaman peribadi. Pastinya anda pernah mendengar berkaitan CCRIS. Ini adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System. Ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kalau tak silap, sebelum ini, aku pernah beritahu bahawa CCRIS bukan eksklusif untuk dilihat oleh pihak bank sahaja, anda sebagai pengguna/peminjam juga boleh mendapatkan salinan CCRIS ini. Cuma, untuk dapatkan maklumat CCRIS ini anda perlu walk-in sendiri di Bank Negara. Lebih kurang sama, macam dapatkan penyata KWSP. Dengan ada salinan CCRIS ini, anda akan tahu maklumat kredit anda yang direkodkan secara rasmi oleh Bank Negara. 

Baru-baru ini, aku telah pergi ke Bank Negara untuk mendapatkan salinan CCRIS aku. Ini merupakan pengalaman kedua aku, kebetulan pula aku punya masa lapang semasa lalu di hadapan Bank Negara. 

Dalam masa yang sama, memang aku sedang dalam proses memohon pinjaman dengan Public Bank. Pinjaman kenderaan second hand. Hasil daripada semakan aku dalam CCRIS, memang rekod kredit aku baik, semua berstatus '0'. Maknanya aku seorang peminjam yang membayar hutang dari kaca mata bank. Sebab itu, loan aku dengan public bank hanya mengambil masa selama 3 hari je untuk lulus. Bukan niat nak poyo, tapi ini pentingnya untuk kita sentiasa menguruskan hutang, prinsipnya, Bayar ikut masa yang ditetapkan. Letakkan keutamaan untuk membayar kepada komitmen/hutang.

Tapi dalam masa yang sama, aku perasan dalam CCRIS menunjukkan aku masa aktif lagi menggunakan kad kredit Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Ikut rekod, kad kredit telah lama tamat tempoh, kalau tak silap masa tahun 2005 lagi. Aku pernah la guna satu dua kali kad kredit tersebut, dan setelah tamat tempoh kad itu, aku tak pohon pun kad yang baru. Seingat aku, memang aku pernah baca statement daripada BIMB, yang mengatakan aku ada tunggakan sebanyak RM0.72 sen. Masa tu, memang aku tak peduli pun pasal tunggakan tersebut. 

Tapi tidak sekarang, kesedaran aku mengenai perkara menyebabkan aku membuat semakan dengan BIMB. Mula-mula aku call BIMB punya call centre. Dimaklumkan kes ini merupakan kes tunggakan, aku perlu merujuk sendiri ke Collection Department, BIMB. Setelah dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas, mereka memang sedar akan tunggakan tersebut tetapi katanya, tunggakkan tersebut telah diwaivekan. Sebelum tu, aku tanya, bagaimana untuk selesaikan tunggak ini. Pegawai BIMB tu tanya gak sama ada tengah proses buat pinjaman ke, dan aku bagitau setakat ini ianya tidak menjejaskan pertimbangan bank untuk luluskan pinjaman aku. 

Dan akhirnya, pegawai BIMB tu memaklumkan mereka akan ambil tindakan untuk keluarkan maklumat ini daripada rekod CCRIS. dan aku pun sangat mengalu-alukan tindakan tersebut.

Disebalik pengalaman ini, apa yang hendak aku kongsikan, bank ini selalu lambat atau tak ambil tindakan langsung untuk keluarkan nama kita daripada senarai CCRIS, walaupun kita tidak lagi menggunakan kemudahan kredit dengan mereka. Sebab itu, aku sangat menyarankan untuk anda luangkan masa untuk dapatkan salinan CCRIS anda, terutama jika anda merancang untuk memohon pinjaman. 

Bayangkan kes aku, setelah telah lebih 8 tahun, depa tak buat apa-apa, setelah aku semak, dan kemukakan komplen, baru nak ambil tindakan. Hakikatnya, tiada siapa yang akan menjada kepentingan anda, melainkan anda sendiri. 

12 October 2013

EBOOK! OVER EXPECTED.

Bagi yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, penulisan dan pembelian buku ebook telah menjadi satu trend. Aku tak pasti bidang yang lain, tetapi ebook berkaitan dunia hartanah memang ada banyak. 

Tajuk ebook yang disediakan menjurus kepada perkongsian mengenai cara membeli rumah tak kira subsale, lelong ataupun direct pemaju, cara untuk mohon pinjaman bank dan tips supaya permohonan anda mudah lulus, panduan berkaitan lawyer dan sebagainya. dan akhirnya, aku juga telah membeli satu , dua ebook yang dijual secara online. Satu konsep bisnes yang mudah dan ringkas. 

Tetapi aku ada masalah dengan pembelian ebook ini. Jika dibandingkan dengan pembeli buku secara fizikal, kita berpeluang untuk membelek-belek buku tersebut dengan terperinci sambil membaca penulisan secara sepintas lalu. Bila kita merasakan buku tersebut sangat menarik, terutama kandungan penulisan, maka kita pasti akan membelinya. 

Berbeza pula dengan pembelian buku melalui ebook, kita sekadar dapat membaca tajuk dan juga sedikit review berkaitan kandungan penulisan buku tersebut. Tetapi, hakikatnya kita masih sukar untuk membayangkan kandungan sebenar penulisannya. 

Apa yang telah aku alami, aku merasakan aku sebenar telahnya over expected mengenai kandungan buku ebook yang aku beli. Hakikatnya aku gagal mendapat kepuasan sebenar dalam pembacaan buku tersebut. 

Penulisan ini bukan untuk menidakkan trend penulisan buku melalui ebook, tetapi merasakan adalah wajar penulis buku ebook memastikan penulisannya benar-benar memberikan kepuasan kepada pembacanya, yang telah mengeluarkan modal dalam membeli buku tersebut.

08 October 2013

Bumiputera Property Showcase

Aku telah menerima email daripada iproperty.com yang mencanangkan berkenaan satu showcase berkaitan hartanah bumiputera. Showcase ini akan diadakan pada 19 - 20 Oktober 2013. Aku tak punya pengalaman berkaitan showcase ini untuk dikongsikan. Tapi kepada anda yang berminat, why not. Lapangkan masa untuk hadir. Rasailah sendiri.

Pastikan anda tengok tempat dan tarikhnya

Satu lagi tarikan, akan diadakan free seminars berkaitan hartanah. Panelnya, dikalangan bumiputera yang berjaya di dalam bidang ini.  
 
Adakah anda kenal dengan pembentang. Kalau tak kenal, cuba google.
Satu lagi, ada lucky draw...
dalam bahasa, cabutan bertuah.
 
Nota; ini bukan iklan tajaan, lebih kepada perkongsian. tq