30 November 2011

ZOO NEGARA

Baru-baru ni teman berkesempatan dengan keluarga pergi Zoo Negara. Zoo Negara ni terletak di Ulu Klang. Kiranya bersebelahan dengan Bangunan FINAS. Melawat Zoo ni benar-benar mengusik jiwa teman.. sebab dulu masa teman sekolah rendah, pergi la sekali mengikuti rombongan ke Zoo Negara. Kalau tak silap dalam tahun 1990 kot. Budak lagi masa tu, memang excited la dapat berjalan-jalan.

Bayaran tiket masuk Zoo sekarang adalah sebanyak RM 20 bagi orang dewasa. Makanya kalu sesiapa nak melawat Zoo kalau pergi reramai perlu la prepare bajet lebih sikit. Menarik dan santai. Itulah istilah yang boleh teman simpulkan dengan aktiviti melawat Zoo Negara.

Menarik kerana kita dapat mengenal pelbagai spesies binatang mahupun ikan. Bagi anak kampung macam teman, ader sesetengah binatang kiranya buleh je teman jumpa kat kampung teman. Seperti Kera, Musang, Lembu, Kambing, Ular dan spesies burung tapi ye la kalau kat kampung kita main agak-agak je spesies dia... takder sapa yang sahkan betul atau salah. Kalau kat Zoo nie, kita buleh baca papan tanda/kenyataan yang disediakan oleh pengurusan Zoo. Pengetahuan kita insyallah akan bertambah la.

Santai pula kerana persekitaran Zoo yang menarik dan selesa, macam kita bersiar-siar di tepi tasik sambil melihat burung bangau dan angsa berenang-renang. Ibarat macam kita pergi beriadah.

Ikut pemerhatian teman, Zoo nie sesuai untuk dilawati oleh keluarga yang mempunyai anak-anak di peringkat kanak-kanak. Pastinya mereka sangat menghargai pengalaman ini. Ada juga yang teman jumpa, pasangan bercinta... tapi rasanya agak kureng sesuai la sikit untuk depa.

Apapun, teman gembira dengan aktiviti ini. Mungkin teman akan melawat zoo lagi di masa hadapan.

29 November 2011

Idea

Dalam kita ingin menulis, idea merupakan elemen yang sangat penting. Tak mungkin kita mampu menulis jika kita takder idea. Anda rasa idea nie boleh datang tak kalu kita paksa ? Bagi teman, jawapannya boleh.

Sebagai contoh, ketika kita menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu. Anda diminta mengarang sebuah esei berkaitan isu semasa. Pastinya sebelum kita dapat arahan tersebut, takder idea yang terhasil dalam minda kita.Tapi dalam peperiksaan, suka atau tidak kita mesti jawab. Kita akan paksa minda kita untuk berfikir dan mencari idea. Akhirnya teman yakin, anda akan mampu menghasilkan sebuah karangan berkaitan tajuk yang perlu kita sampaikan.

Cuba kita kaitkan dalam penulisan bebas kita. Pasti masalah mencari idea akan muncul. Bagaimana nak mengatasinya, ya, kita paksa minda kita untuk berfikir. Insyaallah pasti boleh.

11 November 2011

Erti Kebahagiaan

Kebahagian adalah elemen tertinggi yang akan menjadi idaman dan kesukaan semua insan. Kebahagian selalunya dirujuk kepada kehidupan berkeluarga sahaja. Namun hakikatnya ianya boleh dirasai dari skop yang lebih luas daripada itu.

Kebahagian ini lahir dari perkataan bahagia. Bahagia ini ditakrifkan sebagai satu suasana senang, aman dan gembira. Dalam mencari kebahagiaan, hakikatnya banyak ranjau dan dugaan yang perlu ditempuhi sebelum kita dapat mengecapi sebuah kebahagiaan. Perasaan bahagia biasanya akan bersifat berulang-ulang, dimana ianya kadang-kadang kita rasai, kadang-kadang ianya hilang begitu sahaja, tatkala kita menghadapi masalah.

Masalah dan bahagia akan siling berganti muncul dalam kehidupan kita. Ada pendapat menyebut hidup tanpa masalah, menyebabkan kita akan rasa kosong, namun hidup penuh dengan masalah membawa kepada tekananm perasaan. Sama juga keadaannya dengan kebahagiaan, hidup penuh kebahagiaan menyebabkan kita lalai dan leka dalam melakukan sesuatu perkara, namun hidup tanpa kebahagiaan membawa kepada tekanan dan penderitaan.

Pemilikan wang yang banyak akan memberi sinar kebahagiaan kepada kita. Tetapi untuk memilik wang yang banyak kita perlu berusaha mencarinya. Kita perlu bekerja seperti berniaga dan sebagainya. Dalam urusan kita bekerja, tekanan dan cabaran akan muncul disekeliling persekitaran pekerjaan kita.

Darjah kebahagian mengikut peringkat usia, ianya berbeza, dimana kanak-kanak merupakan kumpulan yang sentiasa bahagia, tanpa perlu memikirkan masalah dipersekitarannya. Golongan dewasa pula sentiasa merasa bahagia dengan kebebasan dalam menjalani kehidupan yang kita pilih, seperti kuasa untuk membeli barangan dan mempunyai keluarga. 

04 November 2011

Siapa yang patut berkorban?

'Saya dah banyak berkorban'.... 'Saya pun banyak berkorban'....
apa yang telah anda korbankan....
itulah ayat yang selalu kita cakap bila nak menunjukkan yang kita nie seorang yang banyak berkorban...
apa tujuan kenyataan kita... nak menunjuk atau nak minta simpati....
Persoalannya, ikhlas kah kita dalam melakukan pengorbanan, bila kita suka mengungkit..

... rasanya kita akan berkorban demi kepentingan kita...
tak mungkin kita berkorban tanpa sebab-sebab yang konkrit...
'Korban', 'berkorban', 'pengorbanan'
perkataan yang mudah disebut, sedap didengar...
tetapi
perlu penghayatan yang tinggi..agar kita tidak dikorbankan.

(entri nie sempena Hari Raya Korban 1432h)