11 July 2011

BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT?


Tidak dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakkan kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad. Keadaan itu pastinya membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua.

Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang ‘sediakan payung sebelum hujan’

Proses penuaan setiap orang berbeza dan ia banyak bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan. Individu yang sering bersikap positif dan mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan.

Kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti (kegemukan) dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.

Senaman secara berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental kerana bukan saja dapat mengurangkan berat badan serta tekanan, malahan tekanan darah rendah, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.

Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan makan makanan seimbang. Pengambilan air bersih yang cukup mampu menajamkan pemikiran di samping ia dapat mengelakkan penyakit dan kulit yang lebih cantik.

07 July 2011

Tips : Penggunaan Minyak Masak




  • Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jangan dicampurkan dengan minyak lama.
  • Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan. Jika menggoreng jemput-jemput ikan, sebelum habis goreng pertama, cepat-cepat masukkan gorengan kedua. Jangan pula biarkan api lama menyala dan memanaskan kuali.
  • Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak.Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua.
  • Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak.
  • Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu. 
  • Jangan gunakan minyak yang sudah rosak.
  • Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu. 
  • Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.
  • Banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak.  

05 July 2011

Risk Management atau Menguruskan Risiko


Bila kome baca tajuk ... mesti kome ingat teman nak bincang secara serius... betul tak.Kalu sapa2 yang amik degree, dalam management pasti biasa dengan topik nie... tapi setau teman ler, kita belajo dulu bukan nak pandai, bagi paham untuk jawab periksa je... lepas tu abih lupa balik. kira2 cam orang belajo buluh kasap, ingat ujong, pangkal lesap...

Sebenornya kita nie setiap menguruskan risiko, sama ada kita sedor ngan idak je... contohnya, bila kita pandu kereta....mesti kita akan tengok jalan, tengok kereta lain, tengok lampu isyarat... semua tindakan ini bertujuan untuk kita menguruskan risiko yang bakal kita hadapi....cumanya tindakan nie kita buat setiap hari, makanya idak ler kita anggap ianya satu masalah bagi kita....

bab lain, dalam kita menjalankan tugas atau kerja di pejabat... mesti kita kena paham, macam maner nak buat, kenapa nak kena buat, bila nak siap, sapa yang boleh tolong kita....semuanya ini berkait dengan kita dalam menguruskan risiko...

Pendek kata, kita memang menguruskan risiko setiap hari.... cumanya ader risiko yang tinggi, ader yang sederhana dan ader yang rendah....hidup tanpa mengambil risiko, bermakna kita bukan seorang yang berani menyahut cabaran..

01 July 2011

Nilai Diri

Nilai atau value! Mudah disebut, mudah dilafaz dan mudah diingat. Tapi adakah kita mengamalnya. Bila masuk bab nak buat dan nak amal, memang la agak payah...

Apa yang korang bayangkan, bagi teman, kalau dalam konteks islam, kita panggil muhasabah diri. Disini teman nak kongsikan, antara konsep muhasabah diri yang patut kita buat dalam urusan kerja atau urusan peribadi.

Mengakui kelemahan diri
Mungkin ader yang kurang bersetuju, tapi sebenarnya bila kita tahu sesuatu kelemahan dalam diri, kita pasti akan cuba untuk cover bab yang kita lemah. Kadang2 kita akan cuba untuk tambah baik kelemahan itu.

Terima Kritikan Sebagai Hadiah
Wah... berat kenyataan nie. Tapi itulah hakikat, jika mampu menerima secara positif setiap kritikan, rasanya perasaan kecil hati atau geram pasti tidak timbul, malah kita akan lebih tenang dengan kritikan yang diberikan. Kritikan ini sebenarnya membina kendiri seseorang, yang mana melalui kritikan, kita akan memberikan yang terbaik dalam aktiviti yang akan datang.

Nasihatkan Diri Sendiri
Ibarat masuk bakul angkat sendiri... kena tak statement nie. biasanya kita mudah memberi nasihat kepada orang lain. Tapi kalau kita boleh nasihatkan diri sendiri, itu lah sebagus-bagus manusia.

Jangan Rantai Diri dengan 'Old Values'  
Kita mesti berani berubah.