30 June 2011

Mak Teman



'Janji Syurga' ... tajuk drama arahan Rashid Sibir. Aku tengok kat Prima. Biasa drama arahan Rashid Sibir, memang menginsafkan. Drama ini mengisahkan anak lelaki yang tidak berkahwin, menjaga emaknya yang sakit. Dalam pada beliau redho menjaga maknye, timbul juga perasaan marah dan hilang sabar. Namun akhirnya, dia sedar tanggungjawab menjaga maknya yang sakit merupakan satu kewajipan yang tidak boleh tidak perlu diambil tanggungjawabnya.

Teman memang terkesan dengan drama nie. Bukan aper, bila masuk bab anak taat dengan mak, jiwa halus teman pasti akan tersentuh. Apa yang teman bayangkan, cukup ke apa yang teman dah buat kat mak teman. Sehingga saat ini, mak teman masih sihat lagi.... walaupun usianya dah masuk 65 lebih....cukup ke, dengan hanya jumpa sekali sekala bila teman balik kampung... cukup ke, takat teman kasi duit yang tidak seberapa....cukup ke, kalu teman sekadar telefon je.... yang rasanya boleh dibilang dengan jari....

Teman fikir2 balik, masa untuk teman berjasa dengan mak teman makin singkat. Eloknya teman kena ambil manfaat peluang dan masa yang masih ader. Moga tuhan membuka jalan untuk teman ke arah itu.

28 June 2011

Kaya Dulu Kaya Sekarang

Mari kita berfikir sejenak.
Mungkin ader yang telah terfikir, tapi rasanya ramai lagi yang tidak terfikir.
Puncanya ader manusia yang suka berfikir, malas berfikir atau sekadar berfikir....
Cuba kita bayangkan, bila kita sebut NAK KAYA...
apa yang akan kita bayangkan... 
pertama, mesti ader banyak duit... beribu-ribu, berjuta-juta...
kedua, mesti ader kereta yang mewah... jaguar, mercedez benz,BMW..
ketiga, mesti duduk kat rumah banglo...
Keempat,mesti ader syarikat, atau jawatan yang hebat-hebat
rasanya memang tafsiran kita kaya tu lebih kepada benda-benda yang dapat dilihat dengan mata kasar...tak kira la, kaya dulu atau kaya sekarang..



bezanya...
dulu, kalu duduk rumah batu dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalau duduk rumah kayu dianggap kaya ;
dulu, kalu memandu kereta dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalau orang lain yang pandukan kereta untuk kita dianggap kaya;
dulu, kalu bagi anak susu tepung dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalau kasi anak susu ibu dianggap orang kaya... sebab tak perlu kerja;
dulu, selalu dapat makan ayam dianggap orang kaya,
tapi sekarang kalu makan ikan (jenahak dll) akan dianggap orang kaya.

Begitu lumrah kehidupan kita,
berlaku pusingan sama ada kita sedar atau tidak.

27 June 2011

RESIT

Menurut Seksyen 140, Akta Perlindungan Pengguna 1999, seseorang yang membekalkan atau menawarkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan.

Pengguna hendaklah dibekal suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna. Sesuatu resit yang dikeluarkan dibawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut :

a) nama perdagangan dan alamat pembekal ;
b) tarikh pembelian ;
c) amaun yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
d) jumlah amaun yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
e) jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
f) apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan. Pengguna adalah orang yang membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang ada di pasaran. Jika pengguna tersebut hendak menukar barang tersebut, disebabkan oleh kecacatan, apakah bukti pembelian yang boleh ditunjukkan jika tiada resit?

Resit bukan sahaja penting dalam pembelian barangan, tetapi juga dalam semua transaksi dan perkhidmatan. Resit adalah bukti yang kukuh jika pengguna hendak membuat aduan dan membolehkan menuntut balik barang-barang atau ganti rugi. Jadilah pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Minta resit walaupun yang membekalkan perkhidmatan atau barang adalah barang sendiri.

17 June 2011

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG



Terdapat pelbagai kaedah untuk membayar hutang kad kredit anda. Ianya bergantung kepada jumlah hutang dan pendapatan semasa anda. Situasi ini akan menentukan keupayaan anda untuk berhadapan dengan bayaran bulanan minimum.

Akses Situasi Kewangan
 Akses kedudukan kewangan anda sebelum merancang mengurangkan hutang kad kredit anda adalah penting untuk mencapai matlamat.
 Hitung semua pendapatan dan perbelanjaan bulanan
 Baki jumlah tersebut boleh digunakan untuk pembayaran atau penggunaan kad kredit.

Merancang Pengurusan Hutang
 Perancangan hutan yang profesional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan.
 Pastikan bahawa anda tidak mempertimbang dan memasukkan semua pilihan pelepasan hutang bagi mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.

Melaksanakan Perancangan
 Ianya bukannya mudah, namun hutang kad kredit anda perlu dikurangkan.
 Anda mungkin mengambil masa selama bertahun bagi menghapuskan hutang anda sepenuhnya.

TIP UNTUK PERTIMBANGAN

1. Lebihkan pendapatan, Kurangkan perbelanjaan
Anda perlu memastikan bahawa telah mengeluarkan semua perbelanjaan yang tidak penting. Ia adalah penting bagi memudahkan anda untuk mengenalpasti jumlah yang boleh dijimatkan dengan mengubah tabiat pemakanan, misalnya makan direstoran yang murah (kurangkan makan diluar), membeli barangan runcit berjenama pasaraya berbanding jenama biasa.

2. Kurangkan perbelanjaan
Anda perlu mengenapasti tujuan perbelanjaan anda. Peluang untuk berbelanja adalah lebih tinggi berbanding pendapatan. Ini adalah situasi yang kritikal di mana hutang tidak boleh dihapuskan. Justeru, anda perlu mengurangkan perbelanjaan harian anda terlebih dahulu.
Anda perlu berusaha untuk melalui kehidupan sejajar dengan kemampuan anda dan bukannya mewah. Mengurangkan perbelanjaan adalah pilihan yang tepat, mudah dan pantas untuk melihat keberkesannya.

3. Pendapatan yang lebih baik
Cari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan pastikan anda tidak meninggalkan pekerjaan sekarang sehingga anda mendapat pekerjaan yang baru kerana ia akan menyebabkan stress yang berpanjangan.

4. Pekerjaan Kedua
Dapatkan pekerjaan yang kedua, pekerjaan sementara untuk menambahkan pendapatan kerja sepenuh masa. Hal ini akan bantu menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan hutang yang anda tanggung.

5. Dapatkan Khidmat Golongan Profesional
Pilihan terbaik adalah untuk mendapatkan firma pengurangan hutang yang berupaya meringankan beban anda dengan menyediakan pembayaran mengikut keadaan semasa anda. Bantuan firma yang pakar yang mampu berunding untuk mendapatkan terma-terma imbalan yang baik bagi pelanggan mereka.