06 January 2011

TERMINAL BERSEPADU - BANDAR TASIK SELATAN

Infrastruktur Kelas Pertama Pengurusan Kelas Tiga
Editorial akhbar, Nanyang Siang Pau

Perhentian Bas Tasik Selatan yang menelan belanja 570 jura ringgit, sebanyak 1917 buah bas dari selatan ditempatkan di situ supaya memudahkan perjalanan dan pengurusan pangangkutan bas; bangunan serba indah di stesyen tersebut, pemandangannya seperti bangunaan di lapangan terbang antarabangsa, kelengkapan dalamannya serba canggih, selain daripada mempaparkan waktu perjalanan bas di kaca TV besar, di situ juga dilengkapi dengan pos polis, pos Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pos JPJ serta pejabat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, di kawasan tersebut juga dilengkapi dengan ruang menunggu taxi serta pakir tempat letak kereta.

Penggunaan stesyen bas Tasik Selatan melambangkan satu perkembangan era baru kepada industri pengangkutan di negara ini. Tetapi pada hari pertama ia beroperasi berlaku pelbagai masalah, pihak kawasan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya dan Maju Tmas masing-masing bertelagah, satu pihak meyatakan tempat tersebut akan mula beroperasi pada 2 Februari 2011, satu pihak lagi berkata tempat itu beroperasi pada 1 Januari 2011: sebenarnya siapa yang menguruskan steysen itu? Pada hari pertama digunakan berlaku masalah besar di jalan litar di Bandar Tasik Selatan, sebanyak 51 syarikat Bus dari Selatan Semenanjung hanya 8 buah syarikat yang beroperasi di situ, sehingga pengarah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan naik berang, beliau tidak mendengar keluhan dari syarikat-syarikat bus terus tuduh secara melulu dan membuta tuli marah pihak pengurusan syarikat Maju Tmas kerana tidak membuat persediaan, tidak mendengar suara pengusaha bas, ia hanya mengeruhkan suasana.

Kebanyakkan syarikat bus di laluan itu tidak puas hati terhadap yuran yang dikenakan dan sistem pembelian tiket bas kepada syarikat-syarikat bas yang menggunakan tempat itu, sebab itu mereka tidak setuju berpindah ke steysen baru itu, pihak syarikat bas berkata bayaran yang dikenakan lebih tinggi 6 kali ganda dariapda stesyen bas di Puduraya, selain dari itu pihak Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan keluarkan permit pada 30 Disember tahun lepas, mahu mereka berpindah tempat pada 1 Januari, dalam masa yang begitu singkat untuk berpindah ke Stesyen Bandar Tasik Selatan, dalam masa singkat sudah tentu pihak syarikat bas tidak dapat dilaksanakannya, itu juga salah satu punca mereka tidak dapat berpindah.

Stesyen bas Bandar Tasik Selatan adalah salah satu contoh dan lambang stesyen bas serba canggih kelas pertama tetapi pengurusannya kelas ketiga. Bermulanya hari pertama beroperasi sehingga penyediaan perkhidamatan boleh dikatakan suasana lintang pukang, jabatan kerajaan yang mana yang sepatutnya membuat keputusan? Sama ada Wilayah Persekutuan, JPJ, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur ataupun Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan? Apa yang rakyat nampak sekarang ini knapa semua jabatan boleh keluarkan arahan yang berlainan, selain daripada itu apa sahaja polisi-polisi baru kerajaan yang dilaksanakan tidak terlebih dahulu berbincang dengan pengusaha dan rakyat, mereka hanya bersikap “kami tuan dan kamu rakyat jelata”, secara jelas isu ini mempaparkan sikap itu.

Pegawai-pegawai kerajaan ini mungkin semuanya mempunyai kenderaan rasmi ataupun kendaraan peribadi, langsung tidak mahu memahami kesusahan rakyat jelata yang memerlukan pengangkutan bas awam, tiket sudah ditangan tetapi tidak tahu di mana turun naik bas? Menghantar dan mengambil penumpang di mana pula? Kita masih bernasib baik lapangan terbang kita tidak diuruskan oleh jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi ini, jika tidak ia akan jadi huru hara satu dunia.

Pihak kerajaan berhasrat mahu bina janakuasa api neuclear sebelas tahun lagi, pembinaan ini dapat bantahan kuat dari rakyat, mereka membantah kerana kurang yakin terhadap pihak pengurusan janakuasa neuclear itu nanti, dikhuatiri kerana kecuain manusia boleh menyebabkan malapetaka. Kerisauan rakyat memang tidak boleh dinafikan kerana perkara kecil di stesyen bas pun tidak dapat diselesaikan dengan baik dan cara pengurusan yang kurang berkesan, jika demikan bagaimana pula kita boleh urus sesuatu yang lebih mencabar keselematannya seperti janakuasa api neuclear itu?

Ahli falsafah China zaman dahulu Zigong dalam bahasa kunonya berkata: “makanan cukup dan kelengkapan tentera pun cukup rakyat semakin menjadi yakin, tetapi kita mesti beri kayakinan pada rakyat tersebih dahulu jika tidak akan hilang kuasa”, “jika letakan kelengkapan tentera di atas sebaliknya tinggalkan makanan sudah tentu rakyat akan kebuluran, rakyat tidak percaya pada kerajaan dan kerajaan akan hilang kuasa”. Dari kata-kata ini Kongfu Zhi pula anggap keyakinan rakyat pada kerajaan lebih penting daripada makanan dan kelengkapan tentera.

Pegawai-pegawai atasan kerajaan sehingga di bawahnya dan di bahagian-bahagiannya sepatutnya ubah sikap cara mereka menjalankan tugas, jika tidak walau macamana baik dan bagus sekalipun sesuatu polisi itu, walauppun infrastruktur canggih macam mana sekalipun jika pengurusannya tidak baik dan tidak memberi keyakinan pada rakyat, akhirnya nanti jadi sesuatu pembaziran dan yang membebankan.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.