28 January 2011

MARI BERJIMAT

"...Perangkap pendapatan sederhana berlaku bila harga menjalankan perniagaan dan perbelanjaan seharian telah meningkat jauh lebih pantas dari peningkatan gaji dan pendapatan kita..."

Semua orang faham kenyataan ini … tapi bagaimana nak mengatasinya. Biasanya kita akan salahkan kerajaan, ye la sebab kerajaan tak kawal ekonomi dan tak kawal harga barang ... Tu mentaliti masyarakat Malaysia semua nak harapkan kerajaan untuk bantu… tapi kalau kerajaan tak bantu sapa pulak yang patut membantu…

Tapi cuba lihat kuasa beli orang kita kat pasaraya besar, contohnya hypermarket TESCO, GIANT dan CAREFOUR… semua akan memenuhkan troli masing-masing… jadi mana yang dikatakan kuasa beli rakyat kita berkurang…. Rasanya bukan sebab kuasa beli tapi lebih kepada perangai orang kita yang sukar untuk berjimat… sentiasa rasa berkemampuan walaupun sebenar kemampuanya terhad. Apa pandangan kita bila disuruh berjimat cermat… mudah disebut dan susah nak buat.


24 January 2011

LIGA MALAYSIA 2011


... Liga M akan bermula pada 1 Februari 2011. FAM telah putuskan beberapa stadium kena main petang... sebabnya lampu limpah kat stadium tak cukup terang... termasuk Stadium Perak, Sabah, Johor FC, Kelantan, Terangganu serta T-Team.

... team2 nie kena la main waktu petang... ada gak yang dah naiktaraf lampu...
cuma FAM kena semak balik.... agak2 selepas Malaysia menang Piala Suzuki itu ari.... macamaner sambutan penonton kepada pasukan masing-masing... ataupun tunggu team depa masuk final baru sibuk nak sokong...........

10 January 2011

Ustaz bukan penghalau hantu

...Rasanya aku bersetuju dengan pandangan yang aku baca kt dalam
paper Berita Harian di bawah.ada bagusnye watak ustaz dalam drama/filem perlu dikembangkan. ini yang penting, elemen hiburan, elemen sosial dan
sentimen agama hendaklah diketahui sensitivitinye...

...maybe FINAS, majlis ulama dan jabatan agama perlu diberikan ruang untuk memberikan komen lanjut berhubung isu ini. ye la bukan ape, bab-bab agama kena berhati-hati, buleh tergelincir iman kalu tidak dijaga
antara teladan dan sempadan...


Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul

Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin. Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.
“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata. “Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.
Beliau juga menegur elemen jampi serapah yang disebut watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu
diton-jolkan sebegitu. Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
“Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitkan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia. “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia melemahkan minda umat Islam,” katanya.
- Berita Harian 10 Januari 2010

06 January 2011

TERMINAL BERSEPADU - BANDAR TASIK SELATAN

Infrastruktur Kelas Pertama Pengurusan Kelas Tiga
Editorial akhbar, Nanyang Siang Pau

Perhentian Bas Tasik Selatan yang menelan belanja 570 jura ringgit, sebanyak 1917 buah bas dari selatan ditempatkan di situ supaya memudahkan perjalanan dan pengurusan pangangkutan bas; bangunan serba indah di stesyen tersebut, pemandangannya seperti bangunaan di lapangan terbang antarabangsa, kelengkapan dalamannya serba canggih, selain daripada mempaparkan waktu perjalanan bas di kaca TV besar, di situ juga dilengkapi dengan pos polis, pos Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pos JPJ serta pejabat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, di kawasan tersebut juga dilengkapi dengan ruang menunggu taxi serta pakir tempat letak kereta.

Penggunaan stesyen bas Tasik Selatan melambangkan satu perkembangan era baru kepada industri pengangkutan di negara ini. Tetapi pada hari pertama ia beroperasi berlaku pelbagai masalah, pihak kawasan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya dan Maju Tmas masing-masing bertelagah, satu pihak meyatakan tempat tersebut akan mula beroperasi pada 2 Februari 2011, satu pihak lagi berkata tempat itu beroperasi pada 1 Januari 2011: sebenarnya siapa yang menguruskan steysen itu? Pada hari pertama digunakan berlaku masalah besar di jalan litar di Bandar Tasik Selatan, sebanyak 51 syarikat Bus dari Selatan Semenanjung hanya 8 buah syarikat yang beroperasi di situ, sehingga pengarah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan naik berang, beliau tidak mendengar keluhan dari syarikat-syarikat bus terus tuduh secara melulu dan membuta tuli marah pihak pengurusan syarikat Maju Tmas kerana tidak membuat persediaan, tidak mendengar suara pengusaha bas, ia hanya mengeruhkan suasana.

Kebanyakkan syarikat bus di laluan itu tidak puas hati terhadap yuran yang dikenakan dan sistem pembelian tiket bas kepada syarikat-syarikat bas yang menggunakan tempat itu, sebab itu mereka tidak setuju berpindah ke steysen baru itu, pihak syarikat bas berkata bayaran yang dikenakan lebih tinggi 6 kali ganda dariapda stesyen bas di Puduraya, selain dari itu pihak Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan keluarkan permit pada 30 Disember tahun lepas, mahu mereka berpindah tempat pada 1 Januari, dalam masa yang begitu singkat untuk berpindah ke Stesyen Bandar Tasik Selatan, dalam masa singkat sudah tentu pihak syarikat bas tidak dapat dilaksanakannya, itu juga salah satu punca mereka tidak dapat berpindah.

Stesyen bas Bandar Tasik Selatan adalah salah satu contoh dan lambang stesyen bas serba canggih kelas pertama tetapi pengurusannya kelas ketiga. Bermulanya hari pertama beroperasi sehingga penyediaan perkhidamatan boleh dikatakan suasana lintang pukang, jabatan kerajaan yang mana yang sepatutnya membuat keputusan? Sama ada Wilayah Persekutuan, JPJ, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur ataupun Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan? Apa yang rakyat nampak sekarang ini knapa semua jabatan boleh keluarkan arahan yang berlainan, selain daripada itu apa sahaja polisi-polisi baru kerajaan yang dilaksanakan tidak terlebih dahulu berbincang dengan pengusaha dan rakyat, mereka hanya bersikap “kami tuan dan kamu rakyat jelata”, secara jelas isu ini mempaparkan sikap itu.

Pegawai-pegawai kerajaan ini mungkin semuanya mempunyai kenderaan rasmi ataupun kendaraan peribadi, langsung tidak mahu memahami kesusahan rakyat jelata yang memerlukan pengangkutan bas awam, tiket sudah ditangan tetapi tidak tahu di mana turun naik bas? Menghantar dan mengambil penumpang di mana pula? Kita masih bernasib baik lapangan terbang kita tidak diuruskan oleh jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi ini, jika tidak ia akan jadi huru hara satu dunia.

Pihak kerajaan berhasrat mahu bina janakuasa api neuclear sebelas tahun lagi, pembinaan ini dapat bantahan kuat dari rakyat, mereka membantah kerana kurang yakin terhadap pihak pengurusan janakuasa neuclear itu nanti, dikhuatiri kerana kecuain manusia boleh menyebabkan malapetaka. Kerisauan rakyat memang tidak boleh dinafikan kerana perkara kecil di stesyen bas pun tidak dapat diselesaikan dengan baik dan cara pengurusan yang kurang berkesan, jika demikan bagaimana pula kita boleh urus sesuatu yang lebih mencabar keselematannya seperti janakuasa api neuclear itu?

Ahli falsafah China zaman dahulu Zigong dalam bahasa kunonya berkata: “makanan cukup dan kelengkapan tentera pun cukup rakyat semakin menjadi yakin, tetapi kita mesti beri kayakinan pada rakyat tersebih dahulu jika tidak akan hilang kuasa”, “jika letakan kelengkapan tentera di atas sebaliknya tinggalkan makanan sudah tentu rakyat akan kebuluran, rakyat tidak percaya pada kerajaan dan kerajaan akan hilang kuasa”. Dari kata-kata ini Kongfu Zhi pula anggap keyakinan rakyat pada kerajaan lebih penting daripada makanan dan kelengkapan tentera.

Pegawai-pegawai atasan kerajaan sehingga di bawahnya dan di bahagian-bahagiannya sepatutnya ubah sikap cara mereka menjalankan tugas, jika tidak walau macamana baik dan bagus sekalipun sesuatu polisi itu, walauppun infrastruktur canggih macam mana sekalipun jika pengurusannya tidak baik dan tidak memberi keyakinan pada rakyat, akhirnya nanti jadi sesuatu pembaziran dan yang membebankan.

05 January 2011

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah :

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan. Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Sumber : @budiey.com

ADA APE DENGAN 2011 ?


Hari ni baru aku berkesempatan menulis bagi tahun 2011.
tapi aper ader dengan tahun 2011?
biasanye bila masuk tahun baru semua orang mesti letak azam. yang bujang, pasti azamnye nak kawin. yang belum ader anak, berdoa agar dikurniakan anak. yang kerja belum tetap, berazam nak jadi kakitangan tetap.
tapi aku... apa yang aku dok rancang untuk tahun 2011...
yang pasti ni tahun ke empat kewujudan blog nie...
masih mencari identiti, kemana halatuju aku dalam blog... tapi yang pasti aku nak terus menulis dalam blog nie... sasaran nak ramaikan follower...
maybe nak fokus pasai isu politik, isu sosial dan isu semasa.