28 March 2013

Aku tersentuh !

Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

Aku sebenarnya tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Aku rasa aku tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan aku dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk meninggal ahli keluarga untuk tempoh yang hampir tidak pasti berapa lama.

Kadang-kadang, akal aku tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah. Secara logiknya, untuk menang, agak mustahil. Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi aku sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

ps: kenapa semangat nak menulis blog semakin hari pudar? Disebabkan itu, aku selalu membiarkan blog ini tanpa entri baru.

18 March 2013

Shopping di Jalan TAR

Jalan TAR sangat femes, terutama bila musim perayaan. Hampir semua orang suka dan biasa berjalan-jalan di sana. Tapi aku pun tak pasti apa yang best sangat, mungkin sebab banyak pilihan barangan dan banyak kedai. Selalunya orang akan bershopping kain dan tudung di situ.

Semalam aku pun telah berkunjung ke sana, biasanya kitaorang akan parking kat Sogo, tapi untuk kali ini kita orang decide nak parking kat tempat lain... akhirnya kita orang parking kat Semua House, mulanya kitaorang ingat dikenakan bayaran RM4 sekali masuk, banner bukan main besar, propanya je lebih. RM4 hanya untuk pengunjung selepas 4 petang, di waktu bukan hujung minggu. Maka, kitaorang pun dikenakan kadar biasa, jumlah parking yang aku kena bayar adalah RM9 (lebih kurang 3jam ++). Agak banyak jugak lot parking kat Semua House nie. Kitaorang parking kat sini sebab nak g Jakel. Sambil tu nak survey juga la, kat Gulati's, Maya Silk... tapi kat situ mahai beb... akhir Jakel jugak yang menjadi pilihan.

Apa yang aku perasan, ada jugak lot kedai kat Semua House yang tutup. Maybe bisnes tak berapa baik kot. Tapi tak la banyak sangat. Turun dari Semua House, jalan menuju ke Masjid India. Ibarat anda berada di Madras, India. Sebabnya pengunjung di dominasi oleh orang depa je. Ramai orang luar yang suka cari makan di negara kita.

Satu lagi bab gerai-gerai makan. Memang ada banyak jugak la yang aku perasan tapi tekak aku tak lalu nak membeli makanan disitu, bukan apa, aku kurang yakin dengan tahap kebersihannya... especially bab air minum, takut depa belasah air paip je. Silap buleh sakit perut. Hakikatnya, orang lain ok je kan.

11 March 2013

Keinginan bid rumah lelong?

Entah la... niat dan planning aku memang nak cari barang sebijik dua rumah apartment, dengan niat untuk disewakan. Tapi dengan bajet bawah RM100 ribu, buleh aku katakan hampir mustahil untuk harga itu di kawasan Lembah Klang.

Sekarang nie, tak banyak apartment medium cost yang dibina oleh pemaju, mereka lebih suka buat kondominium dan servis apartment. Harganya pulak, amat la tinggi, antara 250k - 350k.

Apakah ini ada kaitan dengan dasar perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Sebab dulu aku rasa ada la jugak medium apartment yang dibangunkan.  

Tapi aku tengok, kalau rumah lelong masih ada peluang lagi. Blogger yang fokus kat rumah lelong siap boleh dapat dua tiga biji rumah sekali, walaupun banyak kali kalah. Basically, aku faham macam mana proses rumah lelong. Cuma, aku tak pernah cuba untuk bid dan masuk proses lelongan. 

Satu perkara yang aku bimbang dan takut nak ambil risiko beli rumah lelong, takut rumah tersebut berada dalam keadaan teruk dan banyak bil yang tak nampak. 

Gitu la... biarlah aku layan dulu keinginan ini.